Sunday 31 January 2016

Pengurus Online ABDR


Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin

Assalamualaikum tuan/ puan, saudara/ saudari, encik/ cik sekalian.
Hai, perkenalkan saya Nor Mahsuri Mhd Nordin, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Kami dalam group ABDR menyediakan peluang yang luas kepada para suri yang mahu belajar asas dalam penulisan serta cara membina kedai secara online.

Anda juga dapat belajar cara untuk memaksimumkan pemasaran produk secara percuma dengan menggunakan blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui kaedah dropship
  • Belajar menjual produk berbentuk fizikal
  • Belajar menjual produk berbentuk digital
  • Juga anda belajar mula membuat tabungan dan memperolehi pendapatan aktif tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Apakah dia Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini?
  • Kumpulan sokongan khas untuk para suri belajar memulakan perniagaan secara online
  • Kumpulan sokongan khas untuk para suri belajar memperolehi pendapatan walaupun hanya di rumah
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri yang berkerjaya memperolehi pendapatan sampingan
  • Kumpulan sokongan untuk mereka yang bergelar WAHM
  • Platform yang digunakan untuk belajar memulakan perniagaan produk fizikal dengan kaedah dropship dan juga produk digital seperti ebook dan servis atau perkhidmatan yang pelbagai.
2 pakej kelas utama yang paling popular sepanjang tahun adalah :
  1. KELAS ASAS BLOG PENULISAN
  2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
KELAS ASAS BLOG PENULISAN :
  1. Belajar asas pembinaan blog (blogspot)
  2. Belajar menulis berasaskan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
  3. Menukar PEMBACA menjadi PELANGGAN.
  4. Belajar menulis secara berterusan dan konsisten.
  5. Menjadikan minat, kemahiran dan kepakaran yang sedia ada diadaptasi kepada penulisan. Jadikan ia sebagai rujukan dan panduan.
  6. Menukar blog yang sebelum ini tidak mempunyai pembaca kepada blog yang dapat membina kumpulan pembaca sasaran.
  7. Apabila blog sudah memiliki kelompok pembaca sasaran yang 'tepat', maka ia sudah boleh bertukar kepada pembeli pula.
  8. Blog adalah salah satu medium yang digunakan untuk pemasaran secara percuma. Namun begitu, dengan adanya penulisan yang bagus dan menarik, ia dapat menarik minat dan memberi pengaruh yang baik kepada pembaca blog anda.
  9. Di dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ini anda perlu terlebih dahulu menguasai 44 entri dan juga 5 label berdasarkan fokus penulisan. Ini akan diberikan selepas anda membuat pendaftaran dan juga menjawab soalan analisa terlebih dahulu.
KELAS ASAS BLOG MULA BISNES :
  1. Membina kedai online berdasarkan apa produk dan servis yang bakal dijual. Contohnya seperti produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya.
  2. Kelas ini dikhususkan untuk para suri yang yang benar-benar zero berkenaan perniagaan online ini.
  3. Khas untuk mereka yang mahu bermula berniaga secara online, tetapi tidak tahu cara yang betul.
  4. Khas untuk mereka yang mahu mula berniaga tetapi tidak mempunyai idea atau produk. Di ABDR kami ada menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan juga ruang pengiklanan untuk memudahkan anda memasarkan produk.
  5. Belajar mula menjana pendapatan melalui blog.
  6. Belajar asas-asas kedai online seperti membuat borang tempahan dan menulis entri berdasarkan 5 label utama.
  7. Bila sudah ada shopping cart, juga bina blog yang khusus untuk sasaran pembaca dan juga kepada bakal pelanggan.
  8. Anda juga boleh menyimpan stok barang sendiri ataupun tidak. Terpulang kepada kemampuan anda. Anda juga boleh mula menjana pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah. In Shaa Allah.

Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej  yang anda pilih :

PAKEJ YURAN KELAS BLOG BISNES & PENULISAN (BERMULA 28 JULAI 2015) :

YURAN 1 - RM150 - Kelas Asas Blog Penulisan (Bonus Ebook Belajar Asas Blog)
YURAN 2 - RM180 - Kelas Asas Blog Penulisan (Bonus 3 Ebook : Belajar Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online)

YURAN 3 - RM200 - Kelas Asas Blog Penulisan ATAU Kelas Asas Blog Bisnes Fanpage (Bonus 4 Ebook : Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes)

YURAN 4 - RM250 - Kelas Blog Bisnes ATAU Penulisan serta layak menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE ABDR. (Bonus 6 Ebook : Asas Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes, Yeay Mama Sudah Resign, 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1).

YURAN 5 - RM300 - Kelas Blog Bisnes dan Penulisan Serentak serta layak menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE ABDR. (Bonus 10 Ebook : Asas Blog, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes, Panduan Berpantang, Resepi Pantang, Super Wahm Super Mom, Rahsia Khidmat Pelanggan, Yeay Mama Sudah Resign, 10 Langkah Bina Kedai Online Edisi 1, Panduan Rakan Niaga).

  • Kelas online berada di dalam group kelas di facebook sahaja.
  • Masa belajar adalah sangat fleksibel, mengikut kesesuaian dan kelapangan masa pelajar sendiri. Tiada limit masa yang ditetapkan, bila-bila sahaja anda boleh datang ke kelas.
  • Nota tutorial yang lengkap bergambar disediakan untuk memudahkan pembelajaran.
  • Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang kesemuanya merupakan usahawan online dan WAHM.
  • Anda masih boleh menghadiri kelas dan mengikuti tutorial secara berterusan walaupun tugasan anda sudah selesai.
  • Dapat menjana pendapatan melalui produk yang terdapat di ABDR jika anda mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE ABDR.
Jika anda sudah bersedia untuk menggunakan blog sebagai kaedah pemasaran yang paling efektif dan berkesan, menjadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi idea dan menjadi platform pelanggan untuk mendapatkan produk serta untuk menjadikan blog anda mudah mendapat tempat di carian google, serta mudah dijejaki oleh para pembaca, marilah sertai segera KELAS ONLINE BLOG ABDR ini ye.

Anda boleh membaca lebih banyak ulasan pelajar-pelajar ABDR di blog utama iaitu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com

Jika anda sudah bersedia, boleh mendaftar untuk menyertai keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan untuk para suri secara online.

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya melalui :
Email : normahsurinordin@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-5240739

Untuk terus mendaftar, boleh terus isikan borang tempahan di sini ye :

http://normahsurinordin.blogspot.com/p/borang-tempahan.html




Tuesday 19 January 2016

Marilah Menuju Kejayaan...

Assalamualaikum...

Ada sesuatu yang saya nak beritahu anda semua ni...
...
...
...
Sekarang tibalah masanya kita bersama-sama menuju ke arah kejayaan...😊
...
Anda faham?
...
Salam Asar semua...😊😊😊



Saturday 9 January 2016

Apa Tujuan Menjalankan Perniagaan?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pasti ramai yang berpendapat bahawa menjalankan perniagaan adalah untuk mencapai segala impian di dalam kehidupan... seperti memiliki kereta mewah, rumah mewah, pergi melancong bersama keluarga, simpanan yang banyak untuk masa depan dan berbagai-bagai lagi KEHENDAK... Kerana itulah mereka bertungkus lumus dan berusaha kuat tidak kira siang dan malam, tanpa mengira hujan atau panas. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai semua impian tersebut.

Anda tidak perlu risau...pasti Allah akan memperkenankan segala usaha kita satu masa nanti... Namun ramai di antara kita mula menjadi LEKA apabila memperolehi NIKMAT... Mereka akan mula memenuhi kehidupan mereka dengan cara yang lebih MEWAH, hanya ingin berkawan dengan orang-orang tertentu atau yang setaraf sahaja. Mula meninggikan diri dan merendah-rendahkan orang lain. Cara berpakaian juga mengikut gaya yang moden. Bahkan semakin lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan tersebut hanya bersifat SEMENTARA...

Oleh sebab itu tidak ramai yang menjadikan tujuan TERTINGGI berniaga adalah mengajak orang lain untuk lebih mengenali Allah SWT dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW... Ini adalah dengan cara menggunakan harta kekayaannya, rumahnya dan segala nikmat yang diperolehi untuk  menyebarkan MATLAMAT TERTINGGI manusia dan seterusnya untuk dijadikan sebagai bekal apabila bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil.

Dengan cara ini sahaja dapat mengajar manusia supaya menjadi TAKUT dan TAAT kepada Allah SWT. Ia juga mengajar manusia supaya menjadi orang yang sentiasa BERSABAR dan sentiasa BERSYUKUR... agar sentiasa berdoa dan bergantung HARAP hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada MANUSIA... Dan meletakkan kepercayaan bahawa segala HASIL yang diperolehi bukan kerana atas USAHA sendiri... tetapi segalanya adalah dengan kekuasaan dan rahmat daripada ALLAH SWT...

Semoga kita semua tidak dilalaikan dan terpesong daripada tujuan yang sebenar...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Friday 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016


Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi sahabat2 Positif

Moga semua yang dirancang dipermudahkan & diberi kelancaran oleh Yang Maha Pengasih.

Aamiin... 😊