Wednesday 24 June 2015

A1026 - Jubah Chiffon


Description :

- Weight : 0.56 kg
- Chiffon Jubah with Lining & Belt
- Price : RM70.00 - RM80.00
- Material : Chiffon & Silk Lining

Additional Info :

- Rubber grip at wrist
- No rubber grip at waist
- Non BF friendly
- Removable Belt

Size Available : S, M, L, XL

Measurement :

Size S : Length : 139cm, Bust : 90cm, Shoulder : 35cm, Sleeve : 59cm, Armhole : 44cm,
            Hem : 230cm

Size M : Length : 140cm, Bust : 94cm, Shoulder : 36cm, Sleeve : 60cm, Armhole : 46cm,
             Hem : 234cm

Size L : Length : 142cm, Bust : 98cm, Shoulder : 38cm, Sleeve : 61cm, Armhole : 48cm,
             Hem : 238cm

Size XL : Length : 143cm, Bust : 102cm, Shoulder : 39cm, Sleeve : 62cm, Armhole : 50cm,
               Hem : 242cm

Colours : Lilac Mint, Dark Grey, Orchid, Dark Turquoise, Redmaroon, Orange.


To Order/ For more information :

SMS/ Whatsapp : 017-5240739
E-mail : normahsurinordin@gmail.com

Thursday 18 June 2015

Ayam Sabung Milik Suami











































Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua yang beragama Islam. Hari ni dah masuk hari ke dua kita berpusa. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah sehingga ke akhir bulan nanti. 

Kok..kok...kok....kooooookkkkk.....pagi-pagi lagi ayam dah berkokok kejutkan tuan rumah untuk bangun bersahur. Hehehe.... Mesti anda tertanya-tanya kan kenapa tiba-tiba saya cerita pasal ayam pulak kan? Sebenarnya saje saya nak cerita tentang hobi suami saya ni.

Encik suami ni memang minat menternak ayam ni. Bukan ayam je, tapi itik angsa pun dia suka bela. Mula-mula dulu dia hanya beli anak ayam kampung je saje suka-suka dalam 10 ekor macam tu. Comel-comel tengok masa kecik tu. Badan bulat-bulat. Hehehe.....Saya pun suka tengok. Beberapa bulan bela semua dah besar-besar. Bila dah besar ayam-ayam ni sampai masa la yang betina bertelur. Masa tu suami kutip telur-telur tu dia tolak di kedai runcit. Memang laku, habis semua dijual. Sejak hari tu dia pun bercita-cita nak ternak ayam kampung.

Beberapa bulan lepas tu suami saya beli pulak anak-anak burung puyuh. Lagi comel-comel, kecik je anak burung puyuh ni. Burung puyuh ni pun sama jugak bila dah besar dan bertelur, dia jual telur burung puyuh tu di kedai runcit. Bila dah makin dewasa ayam-ayam dan burung-burung puyuh tu dia tolak pula kepada penjual ayam untuk disembelih dan dijual ayam yang siap proses. Bila dah habis suami beli pula anak itik dan angsa. Mula-mula dia beli 2 ekor angsa putih, sepasang jantan dan betina. Lepas tu dia beli pula angsa kelabu seekor.Tapi masa kecil tak dapat bezakan jantan dan betina. Bila dah besar baru dapat tengok, rupa-rupanya jantan. Jadi terpaksa la cari pasangannya. Tanya-tanya pada orang akhirnya dapat la cari pasangan angsa kelabu ni. Jadi semua 4 ekor angsa. Dia bela angsa ni bukan untuk dijual, tapi suka-suka je. Selain tu dapat jadikan penjaga rumah, sebab bila ada orang datang angsa-angsa ni mesti bising. Itik-itik pula suami ingatkan itik telur, rupa-rupanya itik air. Jadi semua tak bertelur. Itik-itik tu pun suami jual kepada penjual ayam untuk disembelih dan dijual yang dah siap proses.

Tak lama lepas tu suami minat pulak bela ayam sabung. Dia dapat sepasang daripada kawan yang dia kenal. Lepas tu dia beli lagi sepasang. Mula-mula saje suka-suka. Tak sangka ada orang dapat tahu dan beli sepasang ayam tu. Tinggal la sepasang lagi. Lepas tu dia beli pula ayam sabung betina, dia kata untuk buat baka. Kena cari ayam jantan yang elok sikit untuk jadi pasangannya. Akhirnya dapat juga ayam jantan yang sepadan. Tunggu pula hasilnya nanti. 

Lepas tu dia minat pulak nak bela burung tekukur. Senyap-senyap keluar dari rumah. Balik-balik je dia dah bawak burung tu. Mula-seekor, besoknya dia bawak balik seekor lagi. Saya tengok rumah ni dah macam zoo mini pulak. Macam-mcam ada, tapi tak kisah la sebab suami minat. Lagi pun dia rajin jaga ayam-ayam dan burung-burungnya tu. Walaupun dia sibuk bekerja dan menjaga ternakannya, tanggungjawab kepada keluarga tidak pernah dilupakan.

Kepada sesiapa yang berminat tentang ternakan ayam dan yang seumpama dengannya bolehlah berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Ataupun anda boleh hubungi no tel ni : 017-5227684/ whatsapp : 017-5240739.


Tuesday 16 June 2015

Info Pembayaran THE DRESS

Jika anda hendak membuat pembayaran, sila lakukannya dalam masa 24 jam, jika gagal membuat pembayaran, tempahan anda akan dibatalkan.

Sila bayar ke akaun di bawah :

Bank : Bank Islam
No Akaun : 08077020153774
Penama : Ahmad Zaki bin Sapiai

Setelah pembayaran dibuat, pelanggan dikehendaki untuk e-mail kepada kami Butiran Pembayaran ke normahsurinordin@gmail.com untuk pengesahan bayaran. Sila ikut format seperti berikut :

Butiran Pembayaran :

E-mail :
Order Code :
Dari Bank ke Bank :
Tarikh :
Jumlah : 
Bukti Pembayaran :

Kami tidak akan membuat apa-apa penghantaran selagi tidak menerima e-mail pengesahan bayaran seperti yang dikehendaki.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama anda. Harap maklum.