Monday 27 July 2015

Memulakan Bisnes Melalui Dropship

Pengenalan Dropship.

Ia adalah sejenis kaedah yang digunakan dalam perniagaan dengan melibatkan penjualan produk atau servis oleh pengedar, dan perlu dibayar kepada pembekal produk atau servis yang terlibat dalam perniagaan berkenaan. Pengedar akan memperolehi keuntungan yang besar dan tidak perlu menyimpan stok atau mengeluarkan modal. Melalui dropship seseorang peniaga boleh terus menjalankan perniagaannya walaupun tidak memiliki produk atau servis yang dihasilkan sendiri oleh mereka.

Fungsi Dropship yang perlu anda tahu.

Fungsinya amat mudah seperti berikut :
1. Terdapat pelbagai katalog Dropshippers daripada laman web yang boleh anda pilih bagi yang ingin menjadi  agen Dropship.
2. Kemudian senaraikan produk atau servis yang telah anda pilih sama ada di Facebook, laman web atau di tempat lain berdasarkan foto dan keterangan produk.
3. Apabila terdapat pelanggan yang membuat tempahan kepada anda, maka anda perlu membuat tempahan daripada dropshippers tersebut. Kemudian penghantaran akan dibuat oleh Dropshippers terus kepada pelanggan anda. Dengan itu pelanggan akan berfikir bahawa barang tersebut dikirim oleh anda.
4. Anda akan mendapat keuntungan dengan mudah daripada komisyen yang diberikan.

Langkah demi langkah dropship :

1. Agen dropship akan menjual barangan dari pemborong.
2. Pembeli bersetuju untuk membeli produk tersebut.
3. Pembeli membayar harga + caj penghantaran yang dikenakan terus kepada agen dropship.
4. Agen dropship membayar harga + caj penghantaran yang telah ditetapkan kepada pemborong.
5. Pemborong akan menghantar terus barang yang telah dibayar kepada pembeli atas maklumat agen dropship.

Dengan cara ini anda akan mendapat keuntungan tanpa perlu membeli barang atau menyimpan stok, malah anda tidak perlu melihat produk-produk berkenaan. Semuanya akan dilakukan oleh dropshipper.

Anda akan beroleh keuntungan lebih dengan menggunakan dropshipping bergantung kepada banyaknya waktu yang anda gunakan. Terpulang kepada anda, jika mahu lebih perlu berusaha lebih banyak.

Contohnya jika anda hanya ada beberapa jam dalam sehari atau pun seminggu, maka peruntukkanlah waktu tersebut untuk melakukan dropshipping ini, kerana ia masih lagi akan memenuhi keperluan kewangan anda, tanpa memerlukan masa yang panjang.

Seterusnya anda akan dapat membina perniagaan anda sendiri menurut kemahuan anda. Setelah anda berasa lebih yakin dan selesa, mungkin satu hari nanti anda akan dapat menambah produk yang lain untuk perniagaan anda.

Tarikan utama dropship adalah anda tidak perlu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan atau menyimpan stok barangan. Apa yang perlu anda lakukan adalah membayar kepada dropshipper pesanan pelanggan setelah pelanggan membayar kepada anda. Seterusnya dropshipper akan menguruskan segala-galanya seperti pembungkusan dan penghantaran terus kepada pelanggan sehingga segalanya selesai.



Tuesday 7 July 2015

Info Penghantaran THE DRESS

THE DRESS menggunakan beberapa syarikat penghantaran yang mempunyai servis berpatutan dan baik. Antaranya :

1. Pos Laju (EMS)
2. Pos Parcel Malaysia

Prosedur Penghantaran :

1. Penghantaran setiap hari Isnin sehingga Jumaat sahaja.
2. Tiada penghantaran pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum/ am/ khas - Negeri Selangor.
3. THE DRESS akan membuat penghantaran berdasarkan alamat yang diberikan oleh pelanggan.
4. Tempahan (Order) yang sudah berbayar dan maklumatnya telah diterima oleh pihak THE DRESS sebelum pukul 10 pagi akan dipos pada hari yang sama.
5. Tracking no. akan diberikan dan dihantar ke no. contact atau email pelanggan.
6. Risiko penghantaran :
    - Selepas mendapat tracking no., bungkusan tersebut adalah di bawah tanggungjawab syarikat 
      penghantaran tersebut.
    - Kami tidak bertanggungjawab ke atas bungkusan yang hilang, bungkusan yang rosak dan 
      penghantaran yang mengalami kelewatan.
    - Sebarang tuntutan/ pampasan perlu dibuat terus oleh anda ke atas syarikat penghantaran 
      tersebut dan kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda dalam tuntutan pampasan.
    - Bagi tempahan antarabngsa, caj Kastam dan duti import adalah ditanggung oleh penerima. 
      Kami tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini kerana polisi Kastam dan duti import 
      berbeza dari negara ke negara.

Wednesday 1 July 2015

Testimoni ChoCollagen - Pengguna Bukan Beragama Islam


Testimoni ChoCollagen
Apa pengalaman mereka?
Dan anda bila pula?

Testimoni dari Pengguna ChoCollagen bukan beragama Islam.
Abby Lee berumur 31 tahun
Kadar pengambilan : 1 biji sebelah petang
Perubahan : Selepas 3 hari

Sebelum :
Sebelum menggunakan ChoCollagen, kulit muka sangat kusam dan gelap sejak melahirkan anak pertama, pelbagai krim dan losyen diguna untuk merawat sehingga saya berputus asa. Keadaan berlanjutan setelah melahirkan anak kedua, kulit muka bukan sahaja berjeragat (pigmentasi), kulit menjadi kering, saya berusaha menggunakan losyen untuk mengekalkan keadaan kulit supaya sentiasa lembab. Garis-garis kedut juga mula kelihatan. Sentiasa letih dari segi fizikal.

Selepas :
3 hari setelah mencuba ChoCollagen, kelihatan segar, tubuh badan segar walaupun setiap malam terpaksa bangun untuk menyusukan anak. Kini saya tengah menghabiskan kotak kedua dan hasilnya saya kelihatan lebih muda kulit cerah, kulit tidak lagi kering. Suami juga perasan dengan perubahan pada kulit saya. Kawan-kawan kata muka saya segar dan blushy (kemerahan). Thank you ChoCollagen!

Apa itu ChoCollagen?
ChoCollagen membantu menyihatkan, menguatkan, menganjalkan dan mencantikkan kulit. Ia juga mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan untuk lelaki dan wanita dari semua peringkat umur terutamanya 25 tahun ke atas.

ChoCollagen adalah sejenis coklat berfungsi sedia untuk dimakan, bukan serbuk, bukan air tetapi coklat sebiji-sebiji. Rasanya lemak, sedap, tanpa gula, tanpa cholesterol, tanpa trans-fat, tanpa pewarna, tanpa pengawet dan tanpa perasa tiruan.

Jika berminat untuk mendapatkannya, anda boleh SMS/Whatsapp : 017-5240739, e-mail : normahsurinordin@gmail.com. (Pengedar : Kawasan Bagan Serai, Perak)