Wednesday 29 April 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update, dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya akan mencipta yang baru pula. 

Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.

Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.

Selain daripada belajar menyiapkan blog dan fanpage, banyak lagi ilmu yang saya perolehi, terutamanya yang berkaitan dengan dunia perniagaan online. Banyak panduan dan tips-tips yang berguna untuk digunakan bagi membina perniagaan yang baru bermula. Malah kami juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain di akademi serta saling bantu-membantu mempertingkatkan trafik blog.

Jika anda berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah atau mengikuti Kelas Asas Blog dan Fanpage boleh mengunjungi blog anysidayuzakaria.blogspot.com atau email beliau di anysidayu@gmail.com.

Tuesday 28 April 2015

Bagaimana Cara Membina Jenama Untuk Perniagaan?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Kepada para pengunjung dan pembaca sekalian, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah dan melihat-lihat blog saya yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya saya juga sama seperti anda semua, yang sentiasa mencari maklumat-maklumat yang berguna untuk dijadikan sebagai panduan untuk meneruskan apa jua aktiviti dalam kehidupan seharian.

Sudah pasti apa yang hendak dibincangkan kali ini adalah berkaitan dengan tajuk kita, iaitu cara membina jenama untuk perniagaan. Tanpa kita sedari, sebenarnya diri kita sendiri adalah penjenamaan yang paling berkesan dan banyak kelebihan tersendiri yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar. Kata-kata yang kita ucapkan dan apa yang kita lakukan sudah cukup untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang perniagaan kita. Sekiranya terdapat pelanggan yang menghubungi untuk membuat tempahan atau pembelian, maka mereka terus berhubung dengan kita secara langsung. Kita sebagai manusia pastinya lebih suka berinteraksi dengan manusia, bukan melalui mesin atau sekarang ini manusia ramai yang bekerja sebagai mesin. Melalui cara ini kita akan kelihatan lebih dipandang jika dibandingkan dengan syarikat yang telah memiliki jenama yang hebat. Pelanggan akan merasa senang dan gembira apabila dapat berhubung dengan kita secara terus dan pastinya rasa positif akan muncul apabila pengalaman mereka bersama kita, dan juga cerita-cerita yang didengar daripada rakan-rakan yang dikenali membuatkan mereka lebih percaya akan kelebihan yang terdapat pada jenama kita.

Pastinya ramai di luar sana yang telah membina laman web untuk tujuan meluaskan lagi perniagaan. Tetapi laman web tersebut semestinya mempunyai hubungan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Banyak kita lihat laman web yang hebat-hebat dicipta bagi memastikan syarikat mereka kelihatan megah dan besar, walaupun syarikat yang sebenar tidak wujud secara fizikal. Cara ini mungkin akan menjadi pada mulanya, tetapi apabila pelanggan mendapati ianya tidak benar bagai yang dikata, pasti mereka tidak akan mempercayai anda, bahkan penjenamaan anda akan turut gagal sama sekali. Sudah tentu kehebatan dan kemegahan yang dibina pada awalnya tidak menjadi pula pada akhirnya, maka sia-sialah usaha anda.

Pada awal perniagaan, wujudkanlah sebuah blog yang menceritakan pergerakan perniagaan anda dari awal sehingga kini supaya pembaca mengenali anda dan perniagaan yang anda jalankan. Terangkan dengan jelas segala yang berkaitan dengan pernigaan anda seperti objektif, fungsi, faedah dan kebaikan kepada pelanggan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan pelanggan. Jika pelanggan merasa masalah mereka dapat diatasi dengan mendapat maklumat yang tepat, maka anda adalah pakar bagi mereka. Dari sehari ke sehari penjenamaan diri anda akan terus meningkat dan menjulang naik. Seterusnya lama-kelamaan anda akan memperolehi pelanggan yang ramai dari yang tetap sehingga pelanggan yang baru. Memiliki logo dan tagline yang menarik serta hebat bukanlah penentu kejayaan perniagaan anda. Ingatlah apa sahaja yang kita katakan dan apa sahaja yang kita lakukan itulah sebenarnya penjenamaan diri kita yang sebenar.

Kesimpulannya, penjenamaan adalah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap sesebuah perniagaan yang dibina. Ingatlah terdapat faktor lain yang penting selain pemilihan nama dan jenama perniagaan, iaitu anda perlu memberi pengenalan yang baik tentang perniagaan anda, mengambil hati, dan juga menarik kepercayaan pelanggan dan masyarakat kepada anda. Jika perkara-perkara ini diambil kira, maka anda tidak akan tersasar daripada objektif perniagaan anda dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Oleh itu diharapkan anda semua yang memiliki perniagaan, semoga berjaya dengan apa yang anda lakukan, tidak kira ianya besar atau kecil. Semoga memberi manfaat. Wassalam....

Friday 17 April 2015

Cara-cara Hendak Memulakan Bisnes Butik Secara Online/ Offline

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada para pengunjung sekalian.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cara-cara untuk memulakan bisnes butik samada online atau offline. Saya pasti ramai yang telah tahu bagaimana untuk membuka sebuah butik online/ offline kerana kini telah banyak butik baru yang muncul bagaikan cendawan tumbuh. Dan saya pasti pengetahuan mereka amat luas melalui ilmu yang diperolehi semasa pengajian di institusi pengajian tinggi ataupun pengalaman yang mereka perolehi semasa bekerja di butik ataupun kedai-kedai menjahit pakaian. Semuanya mempunyai keunikan dan idea yang tersendiri dalam memperkenalkan rekaan pakaian dan butik mereka.

Namun demikian, saya masih ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi untuk mereka di luar sana yang masih mencari-cari maklumat berkenaan bisnes butik dan ingin memulakannya tetapi tidak tahu caranya. Oleh itu marilah ikut bersama saya untuk meneroka dunia bisnes butik.

Cara-cara memulakan bisnes butik dari awal hingga akhir :

1. Pertama sekali anda mesti mempunyai pengalaman dalam dunia butik. Caranya dengan bekerja sebagai jurujual ataupun penyelia di butik.

2. Belajar menjahit pakaian sekiranya anda berminat dalam dunia jahitan tidak kira belajar sendiri ataupun dengan mengikuti kursus-kursus jahitan.

3. Kalau anda tidak minat menjahit, anda boleh menjual secara terus produk atau perkhidmatan yang terdapat di pasaran, dengan mengkaji terlebih dahulu apa produk yang sedang popular atau terkini.

4. Penyelidikan perlu dijalankan terlebih dahulu mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak dijual dan mencari pelanggan sasarannya.

5. Mestilah ada modal terlebih dahulu, kalau tak macam mana nak jual produk kan. Modal boleh anda perolehi dengan bekerja secara sambilan, ataupun duit simpanan sewaktu anda bekerja. Anda boleh juga membuat pinjaman dalam jumlah yang kecil. Mestilah buat pinjaman di institusi kewangan yang sah sahaja, jangan pula pinjam dengan Along!!!

6. Penting juga untuk anda membuat pelan perancangan terlebih dahulu untuk bisnes anda.

7. Kemudian anda boleh mendaftarkan bisnes anda apabila telah yakin untuk membukanya secara rasmi.

8. Cari pembekal yang berkaitan dengan produk supaya mudah anda memperolehi produk yang dikehendaki.

9. Jika hendak membuka kedai untuk butik pastikan anda mencari lokasi yang strategik dan sesuai dengan bajet yang anda miliki.

10. Anda juga perlu membuka laman web yang rasmi untuk butik anda supaya ada alternatif yang lain selain butik fizikal.

11. Anda boleh mulakan bisnes anda secara online terlebih dahulu sebelum anda membuka kedai fizikal. Apabila kedai fizikal telah wujud, anda boleh juga menjalankan kedua-duanya sekali, iaitu online dan offline.

12. Sekiranya anda telah benar-benar yakin dan segalanya telah berjalan dengan sempurna, anda boleh meneruskan bisnes butik anda dan memajukannya.

13. Anda juga boleh mempromosikan produk anda dengan cara membuat jualan di lokasi-lokasi terpilih seperti di pasaraya-pasaraya terkenal untuk mencari sasaran pelanggan dan menyesuaikan fokus produk pilihan anda. 

14. Selain itu, anda perlu menghadiri mana-mana kursus keusahawanan atau yang berkaitan dengan dunia butik atau jahitan untuk menambahkan pengetahuan secara berterusan, tidak kira samada anda masih belum membuka butik atau telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya.

15. Jalinkanlah rangkaian bisnes bersama usahawan butik yang lain, pembekal tekstil, pereka fesyen dan juga pelanggan sasaran anda untuk mengembangkan lagi bisnes butik anda.

16. Pastikan anda sentiasa mencari maklumat yang terkini berkenaan dunia fesyen, fabrik atau tekstil dan yang seumpama dengannya yang berkaitan dengan dunia butik.

17. Sentiasa membuat perancangan dan mempromosikan produk anda sepanjang tahun terutamanya menjelang waktu perayaan tertentu.

18. Hendaklah kreatif dengan mencari idea yang segar untuk menarik pelanggan dan memastikan ikatan dengan pelanggan setia sentiasa terjalin erat melalui promosi-promosi yang anda berikan sepanjang tahun.

19. Tingkatkan ilmu dalam dunia keusahawanan dan ilmu khidmat pelanggan supaya pelanggan lebih yakin dengan anda.

20. Pastikan produk keluaran anda adalah original daripada rekaan anda sendiri dan tidak meniru atau menciplak idea orang lain, kerana menciplak adalah sama dengan mencuri. Kepercayaan adalah penting.

Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Semoga ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda menjayakan bisnes butik impian anda. Semoga berjaya!!!...

Thursday 9 April 2015

Menjadikan Kitaran Haid Teratur


ANDA MEMPUNYAI MASALAH KITARAN HAID TIDAK TERATUR & DATANG TAK TENTU TARIKHNYA, ATAU TIDAK DATANG LANGSUNG?

KINI DATANG SETIAP BULAN TEPAT PADA WAKTUNYA SECARA KONSISTEN.

- Coklat ChocMirifica membantu perjalanan haid anda lebih teratur.

- Coklat ini sebiji-sebiji dan sangat mudah dimakan tanpa perlu bancuhan air.



TESTIMONI PENGGUNA CHOCMIRIFICA - Seorang guru, umur 36 tahun.

SEBELUM memakan ChocMirifica :

Saya mengalami masalah haid yang tidak teratur. Kadang-kadang dua bulan saya tidak datang haid. Kadang-kadang haid saya tidak lawas. Saya mengalami masalah ini sejak 4 tahun yang lalu.

Masalah ini amat merunsingkan hati saya. Muka saya juga selalu ditumbuhi jerawat batu.

SELEPAS memakan ChocMirifica :

Setelah membaca testimoni rakan-rakan, saya mula mencuba produk ChocMirifica. Terkejut saya bila haid saya keluar selepas dua minggu makan produk ini. Ini menambahkan keyakinan saya akan keberkesanannya.

Bulan seterusnya, haid saya keluar tetap pada tarikhnya hingga kini. Alhamdulillah wajah saya pun sudah bersih dan bebas daripada jerawat.

Biasanya berapa biji dimakan sehari?
Pagi : 1 biji

Bila perubahan mula dapat dilihat?
Selepas 2 minggu

Harga?
* 1 kotak ChocMirifica ada 12 biji coklat.
* Harga = RM49.00 sekotak (Sebelum GST)
* Cuba Coklat ChocMirifica sekarang, 100% tiada risiko.

ANDA PERTAMA KALI MAHU MENCUBA?

Kami ada Jaminan 60 hari untuk anda, 100% wang dikembalikan. Sekiranya tak berkesan seperti yang diceritakan, anda hanya perlu hubungi office kami, kami akan pulangkan kembali wang anda.

- Untuk itu anda boleh hubungi nombor ini : 017-881 9111 (khas untuk pulangan wang).
(Syaratnya - anda pertama kali mencuba & belian bawah dari 6 kotak).

Untuk tempah CHOCMIRIFICA :
- Whatsapp CHOCMIRIFICA ke : 017-524 0739/ 017-881 9111

Atau 
Message kat link ni pun boleh juga :
https://www.facebook.com/messages/CoklatMinda