Saturday 26 July 2014

Choc Mirifica


UNTUK KECANTIKKAN 
BENTUK BADAN & DALAMAN WANITA

LEBIH 4 TAHUN DI PASARAN

12 BIJI UNTUK 12 HARI
DISYORKAN MAKAN 2 KOTAK UNTUK SEBULAN

COKLAT SEDIA UNTUK DIMAKAN
TIDAK PERLU BANCUHAN AIR

facebook.com/CoklatMinda


Apa itu Choc Mirifica?

Choc Mirifica adalah coklat khusus untuk wanita dan digunakan oleh wanita yang inginkan bentuk badan dan payudara yang cantik. Bagus juga untuk wanita yang mahu mengatasi masalah kitaran haid dan simptom menopause.

Apa bentuk & rasa Choc Mirifica?

Choc Mirifica adalah coklat dalam bentuk hati dan rasanya adalah seperti coklat yang berada di pasaran.

Choc Mirifica merupakan coklat berfungsi yang sedia untuk dimakan. Coklat ini diadunkan dengan 'Pueraria mirifica' untuk memberi fungsi mencantikkan tubuh dan kesihatan dalaman wanita.

Choc Mirifica? Apa Kelebihannya?

  1. Membantu menjaga ciri-ciri kewanitaan
  2. Memulihkan dan mengekalkan kesegaran tubuh
  3. Anti-sindrom menopause
  4. Menegangkan payudara
  5. Melegakan ketidak-tentuan menopause
  6. Membuat kulit kelihatan muda
  7. Mengandungi khasiat anti-penuaan
  8. Melancarkan peredaran darah
  9. Menguatkan ingatan
  10. Memperbaiki kulit wajah
  11. Mengurangkan kedutan dan bintik
  12. Mengurangkan masalah katarak
  13. Menyuburkan kulit, terutama di bahagian payudara
  14. Melambatkan rambut beruban
  15. Menggalakkan pertumbuhan, menguatkan & menghitamkan rambut
  16. Menambah tenaga & kecergasan pergerakan anggota badan.

Pueraria Mirifica

Adalah sejenis tumbuhan herba berubi yang banyak ditanam di Utara Thailand. Penyelidikan menunjukkan 'phyto-estrogen' dalam Pueraria mirifica adalah lebih banyak dan lebih berkesan.


Jika berminat boleh Tel/SMS : 017-5240739 (Nor Mahsuri)
e-mail : normahsurinordin@gmail.com
(Pengedar Produk Coklat Minda Hijrah)

Tugas Hakiki (Kini)

Assalamualaikum....

Sambungan kisah hidupku, setelah mengalami peristiwa hampir kehilangan anak pertama kami, saya mula merancang untuk berhenti kerja dan menjaga anak kami sepenuh masa. Kebetulan setelah 2 tahun bekerja di Perak, cawangan pejabat kami akan ditutup kerana hendak mengurangkan bajet pengurusan. Maka pihak pentadbiran menukarkan staf yang berada di cawangan kembali ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Maka semakin jauh dan semakin sukar saya hendak berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah bersama seorang anak kami. 

Akhirnya pada penghujung tahun 2013, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini saya tinggal bersama suami dan anak kami di Kedah. Suami berasa lega dengan keputusan saya itu kerana dia tidak perlu risau akan berlaku masalah seperti anak sakit dan sebagainya. Sekarang jika berlaku sebarang masalah semuanya telah berada di depan mata, dan mudah untuk kami berbincang. Malah saya pun berasa lebih tenang dan tidak perlu risau untuk mencari pengasuh menjaga anak kami ketika saya bekerja. Memandangkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur, dengan gaji yang tak seberapa, saya rasa tidak cukup untuk perbelanjaan saya ketika itu.

Walaupun saya telah menjadi suri rumah sepenuh masa, saya tidak mahu duduk goyang kaki sahaja. Di samping menjaga anak dan menguruskan rumahtangga saya mula menjadi pengedar untuk produk Coklat Minda Hijrah. Suami dan keluarga memberi sokongan penuh dan membantu saya dalam mendapatkan stok barang. Pelanggan pertama adalah ahli keluarga saya sendiri, dan menjadi testimoni yang pertama. Saya juga mencuba produk tersebut untuk diri sendiri dan anak saya. Ternyata rasanya memang sedap seperti coklat yang terdapat di pasaran. Kesannya juga dapat dilihat apabila anak saya memakan coklat minda, dia yang sebelum ini belum boleh bercakap telah mula menyebut pekataan-perkataan dengan jelas. Saya akan meneruskan memberi anak saya makan coklat minda dan akan terus melihat pekembangannya. Ibu saya juga telah mencuba CoChollagen, iaitu salah satu produk coklat minda. Setelah mencuba produk tersebut, kulitnya yang sebelum ini kelihatan kusam telah nampak sedikit perubahan.

Jika sebelum ini saya tidak pernah mengiklankan produk tersebut. Setelah menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan belajar membuat blog, saya mula mengiklankan produk tersebut untuk pengetahuan umum. Walaupun saya tahu ramai di luar sana yang telah mengetahui berkenaan produk tersebut. Di sini saya ingin uar-uarkan berkenaan kebaikan produk coklat minda.



Coklat Minda No. 1 di Malaysia
SEDAP . MUDAH . BERKESAN

60 biji untuk 1 bulan

COKLAT SEDIA UNTUK DIMAKAN
Tidak perlu bancuhan air

facebook.com/CoklatMinda


Apa itu Coklat Minda?

Coklat Minda Hijrah adalah coklat berfungsi gabungan coklat sebenar dengan bahan-bahan makanan berzat untuk minda anda. Coklat Minda Hijrah datang dalam bentuk coklat yang sedap, sedia dimakan serta tidak perlu bancuhan air.

Kebaikan Coklat Minda?
  1. Meningkatkan dan menguatkan daya ingatan
  2. Mengembalikan semangat dan tenaga
  3. Mengatasi tekanan (Stress)
  4. Menambah daya kreativiti
  5. Mengekang perasaan mudah putus asa
  6. Mempertingkatkan fokus dan tumpuan
  7. Mengatasi perasaan rendah diri

Khasiat dalam ramuan Coklat Minda Hijrah
  • Koko
  • Susu Kuda
  • Gotu Kola (Pegaga)
  • Kacang Soya

Jika berminat boleh Tel/SMS : 017-5240739 (Nor Mahsuri)
e-mail : normahsurinordin@gmail.com
(Pengedar Produk Coklat Minda Hijrah)

Friday 25 July 2014

Menjelang Tiba Syawal Mulia

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ke 28 Ramadhan, diharap kita meneruskan amal ibadah dan merebut segala kebaikannya di hujung-hujung bulan ini. Tentunya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk Syawal yang bakal tiba 2 hari saja lagi. Ketika ini sudah tentu ramai yang sudah pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga masing-masing, dan membantu untuk membuat persiapan terakhir menjelang syawal. Dalam kegembiraan menyambut syawal nanti jangan dilupa kepada mereka yang tidak berdaya dan tidak berkemampuan. Hulurkan sedekah bagi mereka yang memerlukan. Ingatlah saudara seagama kita yang sedang mengalami penderitaan di Gaza yang sedang menghadapi serangan Israel laknatullah. Ingatlah bahawa kita perlu bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang melimpah ruah di samping keamanan dan kedamaian yang kita miliki sekarang. Berdoalah semoga keamanan ini sentiasa berpanjangan dan terhindar daripada sebarang kekacauan dan peperangan, serta bencana.

Tinggal 2 hari kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa masih belum cukup amal di bulan Ramadhan, tetapi ia sudah hampir meninggalkan kita. Semoga dapat bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan. Sayunya rasa di hati, mudah-mudahan bertemu lagi wahai Ramadhan.

Hari ni pagi-pagi lagi suami dah bersiap untuk bersahur. Kemudian dia menyiapkan barang-barang perniagaan untuk dibawa. Selepas solat Subuh dia terus bertolak ke tempat kerja untuk menyusun barang-barang. Jika lewat takut tidak sempat kerana hari ni pasti pelanggan datang awal ke market. Biasanya dekat-dekat raya ni ramai yang membeli keperluan dapur untuk masak-masak. Kalau lambat takut habis, maklum la pembekal pun semua dah start bercuti untuk balik kampung. Suami saya pun mengambil barang-barang lebih awal untuk stok 2 hari lagi. Kalau tak tempah awal-awal takut takde barang. Permintaan banyak pada musim perayaan ni. kalau hari biasa ambil setakat cukup-cukup sahaja. Tetapi untuk hari raya ni, terpaksa ambil 2 ke 3 kali ganda barang. Alhamdulillah rezeki masuk. Seperti tahun-tahun yang lepas kebanyakkan barang habis dijual. Jadi tak perlu simpan lebihan stok. Maklum la lepas tu nak kena tinggal bercuti raya pulak. Biasanya hari pertama sampai ketiga hari raya tak ramai yang nak beli barang di market, kalau ada pun orang bukan melayu yang tak sambut raya.

Tahun ni suami bercuti selama seminggu. Ye la nak balik beraya di kampung. Kali ni beraya di kampung suami dahulu, lepas tu raya ketiga baru kampung saya. Sunyi kampung saya tahun ni, ye la adik-adik yang dah berumahtangga semuanya beraya di rumah mertua. Tinggal adik-adik yang masih bersekolah temankan mak dan ayah beraya di kampung tu. Sabar ye mak, ayah, tunggu kepulangan anakmu ini. Jika sebelum ini kami beraya bertiga, tahun ini berempat pula. Perkenalkan ahli baru kami, 'Ainul Mardhiyyah puteri kami. Nanti kami jumpa datuk dan nenek ye.

Sebelum mengundur diri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri saya. Juga tidak lupa kepada Pn. Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), Pn. Anys Idayu Zakaria, Guru Online ABDR, dan semua rakan-rakan yang sama-sama berada di akademi. Salam Aidilfitri diucapkan. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Minal 'Aidil Wal Faizin....


Sunday 20 July 2014

Pakej Kudapan Hidangan Raya


Apabila tiba hari raya pasti kita menghidangkan pelbagai jenis kuih raya untuk tetamu di atas meja. Sekali sekala apa salahnya kita hidangkan pula kudapan seperti di bawah sebagai hidangan sampingan. Kudapan ini bukan sahaja enak dimakan, tetapi ia sangat berkhasiat. Bukan sahaja sesuai dimakan pada bulan puasa, tetapi bila-bila masa ia boleh dimakan, tidak kira di rumah sewaktu menonton tv, atau sewaktu di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Marilah dapatkannya sekarang....!!!! Tempahan masih dibuka. 

Untuk tempahan boleh hubungi saya di 017-5240739 (Nor Mahsuri)
atau pm saya di Nor Mahsuri Mhd Nordin, emel : normahsurinordin@gmail.com



Pakej Kudapan Hidangan Raya

Kurma Maryami RM40
Kismis Hitam RM25
Kismis Basah RM30
Almond RM20
Pistacio RM30

Jumlah 
RM165 termasuk pos Semenanjung
RM225 Sabah Sarawak


Saturday 19 July 2014

Coklat Minda Hijrah


Coklat Minda No. 1 di Malaysia
SEDAP . MUDAH . BERKESAN

60 biji untuk 1 bulan

COKLAT SEDIA UNTUK DIMAKAN
Tidak perlu bancuhan air

facebook.com/CoklatMinda


Apa itu Coklat Minda?

Coklat Minda Hijrah adalah coklat berfungsi gabungan coklat sebenar dengan bahan-bahan makanan berzat untuk minda anda. Coklat Minda Hijrah datang dalam bentuk coklat yang sedap, sedia dimakan serta tidak perlu bancuhan air.

Kebaikan Coklat Minda?
  1. Meningkatkan dan menguatkan daya ingatan
  2. Mengembalikan semangat dan tenaga
  3. Mengatasi tekanan (Stress)
  4. Menambah daya kreativiti
  5. Mengekang perasaan mudah putus asa
  6. Mempertingkatkan fokus dan tumpuan
  7. Mengatasi perasaan rendah diri

Khasiat dalam ramuan Coklat Minda Hijrah
  • Koko
  • Susu Kuda
  • Gotu Kola (Pegaga)
  • Kacang Soya

Jika berminat boleh Tel/SMS : 017-5240739 (Nor Mahsuri)
Pengedar Produk Coklat Minda Hijrah






Friday 18 July 2014

Ceritaku....

Memang sejak dari dulu saya bercita-cita nak jadi cikgu, dan pernah menjadi cikgu sementara, tetapi cita-citaku itu tidak sampai ke akhir kerana telah menukar bidang kerjaya. Ibu saya memang menggalakkan supaya saya menjadi cikgu kerana pada pandangannya masa depan saya akan lebih terjamin. Mungkin rezeki saya bukan ke arah itu. Segalanya berubah setelah saya mengikuti kursus Perkeranian dan Kesetiausahaan di sebuah Institusi swasta. Selepas menamatkan kursus tersebut dan menjalani Praktikal di sebuah Jabatan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, saya telah ditawarkan untuk mengisi kekosongan di Jabatan tersebut. Alhamdulillah setelah mengikuti temuduga untuk memenuhi prosedur, permohonan saya telah diterima dan saya memegang jawatan sebagai seorang Pembantu Tadbir di Unit Pembangunan Modul. 

Itulah pengalaman pertama saya bekerja di pejabat. Di dalam unit itu kami bertugas untuk membangunkan modul bagi setiap bahagian di dalam Sektor Operasi. Sektor Operasi ini sentiasa menjalankan program-program berbentuk seminar, motivasi dan juga aktiviti-aktiviti sosial bersama masyarakat di luar. Jadi modul yang dibangunkan hendaklah bersesuaian dengan setiap audien atau peserta kursus yang akan dijalankan dalam program nanti. 

Biasanya bahagian-bahagian di dalam Sektor Operasi akan membuat permohonan terlebih dahulu dengan menyertakan kertas kerja program sekurang-kurangnya sebulan awal supaya kami dapat menyediakan modul yang dikehendaki. Setelah modul siap disediakan perbincangan akan diadakan bersama Bahagian yang memohon untuk menilai sama ada modul tersebut sesuai untuk dilaksanakan. Sekiranya terdapat persetujuan bersama maka modul tersebut akan dilaksanakan di dalam program nanti sebagai ujikaji. Sepanjang program dijalankan audien akan diberikan borang penilaian untuk menilai sama ada modul tersebut berjaya. Setelah habis program, penilaian daripada peserta akan dilihat sama ada memuaskan atau tidak. Jika tidak memuaskan perbincangan akan diadakan sekali lagi untuk menambah baik modul tersebut. Kemudian ujikaji akan dijalankan sekali lagi dengan mengadakan program yang lain pula dengan audien yang berbeza. 

Begitulah seterusnya dalam setiap program penialaian dan perubahan akan dibuat terhadap modul tersebut sehingga ia benar-benar memuaskan hati semua pihak. Kemudian modul yang telah sempurna akan dipatenkan dan disimpan sebagai fail simpanan, dan kemudian sekiranya terdapat Bahagian-bahagian lain yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuat permohonan agar modul tersebut terpelihara. Kemudian kami akan menilai pula sebanyak mana modul tersebut digunakan. Di samping itu modul-modul yang lain juga turut dibangunkan, jadi terdapat banyak pilihan modul yang dapat digunakan mengikut kesesuaian.

Itulah serba sedikit kisah pengalaman bekerja saya. Walaupun peranan saya hanyalah pembantu tetapi, ia memberi pengalaman yang berguna untuk saya. Diharap dengan pengalaman tersebut dapat saya menggunakannya untuk diri saya suatu masa nanti. Begitulah kisah diri saya yang diberi nama Nor Mahsuri Binti Mhd Nordin. Nama yang diberikan oleh ayah dan ibu saya. Saya dibersarkan bersama-sama 6 orang adik saya yang lain, dan saya adalah anak sulung. Saya dilahirkan di Selangor tempat asal ibu bapa saya. Kehidupan kami adalah sederhana tetapi bahagia. Ibu bapa saya tidak kisah apa pekerjaan saya asalkan saya gembira dn suka dengan apa yang saya buat. Mereka juga sering mendoakan kejayaan saya. Alhamdulillah dengan didikan yang diberikan oleh mereka kini saya menjadi insan yang berguna dan dapat memberi khidmat kepada rakyat. 

Kini saya telah mendapat jawatan tetap sebagai Pengurus Rumah Tangga sepenuh masa. Setelah bertemu jodoh dengan suami saya yang berasal daripada Perak. Beliau merupakan usahawan persendirian secara kecil-kecilan. Setelah berkahwin saya masih lagi bekerja di Jabatan yang sama dan kami tinggal berjauhan, saya di Kuala Lumpur dan suami di Kedah, kerana dia bekerja di sana. Ketika itu saya berulang-alik dari KL ke Kedah dalam dua minggu sekali. Maklum la dah jadi isteri kena jugak tunaikan tanggungjawab. Nasib baik la suami faham kerja saya. Setelah enam bulan berkahwin saya mendapat berita gembira apabila disahkan mengandung anak pertama, begitu juga suami. Beliau berpesan supaya sentiasa menjaga diri dan kandungan. Tapi apa kan daya kegembiraan tidak berpanjangan apabila saya mengalami keguguran. Mungkin disebabkan saya terlampau letih kerana saya pergi bekerja dengan menaiki komuter dan perlu berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Mungkin juga kandungan saya masih belum kuat. Kami merasa sedih, tetapi suami tetap memberikan semangat dengan mengatakan mungkin masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami boleh mencuba sekali lagi, dan dalam masa yang sama suami meminta saya untuk bertukar tempat kerja yang lebih dekat dengannya. 

Kebetulan pada masa itu pejabat telah membuka cawangan baru di Perak, jadi saya memohon untuk ditukarkan ke sana kerana lebih dekat sedikit dengan suami. Alhamdulillah saya mendapat pertukaran walaupun lama juga menunggu permohonan diluluskan, kerana menunggu pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan saya yang akan saya tinggalkan. Perjalanan untuk berulang-alik dari Perak ke Kedah tidaklah jauh sangat, lebih kurang 2 jam, jika nak dibandingkan dari KL ke Kedah, boleh katakan 4 ke 5 jam jugak tu. 

Setelah beberapa bulan bekerja di situ sekali lagi saya disahkan mengandung. Kali ini alhamdulillah kami dikurniakan seorang putera yang comel. Tetapi setelah bekerja semula saya tidak dapat menjaganya sendiri dan terpaksa menghantar ke rumah pengasuh. Pada suatu hari pengasuh memaklumkan anak saya diserang demam panas. Sejak dari hari itu saya tidak mengetahui bahawa anak saya telah dijangkiti kuman di otaknya. Kami menyedarinya apabila anak kami berumur 9 bulan. Pada waktu itu anak saya asyik menangis sahaja, dan demam yang berpanjangan serta tidak sembuh-sembuh walaupun sudah beberapa kali pergi ke klinik untuk mengambil ubat. 

Akhirnya kami membawanya ke hospital. Apabila doktor memeriksanya, akhirnya doktor memaklumkan anak kami terpaksa ditahan di wad kerana doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman. Setelah seminggu berada di Hospital, ketika itu Hospital Besar Ipoh, doktor telah menjalankan ujian pada darah dan air kencing, tetapi tidak terdapat kuman pada kedua-duanya. Doktor juga memeriksa jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan semua organ, tetapi masih tidak menemui punca mengapa demamnya tidak sembuh-sembuh. Akhirnya doktor menyarankan agar diambil air dari tulang belakangnya. Kami tidak dapat memberi keputusan kerana bimbang akan keselamatan anak kami. Kami meminta pendapat daripada ahli keluarga yang lain berkenaan perkara tersebut. Kebanyakkan mereka tidak bersetuju untuk mengambil air tulang belakang kerana bimbang risiko pada masa hadapan. Jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan rawatan di Putra Medical Centre, Kedah setelah disarankan oleh kakak suami. 

Di hospital itu doktor membuat  MRI dan x-ray. Setelah melihat x-ray tersebut barulah doktor menemui puncanya. Rupa-rupanya kuman tersebut telah merebak di bahagian otak sebelah kanan anak saya, dan ia berupa nanah yang menyelaputi bahagian luar otak. Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera atau anak kami akan mengalami kecacatan kekal seumur hidup. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya, setelah doktor menerangkan risiko sewaktu pembedahan mungkin akan berlaku kehilangan darah yang banyak dan mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa. Tetapi kami menyerahkan semuanya kepada Allah Taala. Kami tetap mahu meneruskan pembedahan tersebut untuk melihat anak kami sembuh. Walau apa pun yang berlaku kita tetap perlu berusaha, Allah yang menentukan segalanya. Sewaktu pembedahan dijalankan kami hanya berdoa dan bertawakkal agar semuanya selamat. Dengan sabar menanti di hadapan bilik pembedahan yang berlangsung selama 4 jam, akhirnya semua telah selamat. Tetapi kami masih tidak dibenarkan untuk melihatnya kerana keadaannya masih belum stabil.

Akhirnya kami dibenarkan untuk melihat anak kami. Sayu hati kami melihat keadaannya yang masih tidak sedarkan diri dengan bermacam-macam alat disambungkan ke badannya. Doktor memaklumkan dia akan berada dalam keadaan begitu selama beberapa hari kerana doktor memberinya ubat tidur dan ubat penahan sakit agar dia tidak banyak bergerak selepas pembedahan. Kami tidak sabar untuk melihatnya membuka mata. Akhirnya dia membuka mata jua dan apabila terlihat kami, dia terus menangis kerana ingin didukung. Saya menangis kegembiraan kerana tahu anak kami masih mengenali kami walaupun setelah dibedah. Tetapi dalam masa yang sama sedih kerana tidak dapat mendukung dan memeluknya. Kami terpaksa berada di hospital selama lebih kurang 3 bulan untuk menjaga anak kami sehingga dia betul-betul sembuh. Setiap hari doktor akan datang memeriksa untuk melihat perkembangannya. Hospital tu boleh dikatakan macam rumah kami selama 3 bulan dan anak kami juga membesar di hospital, sehingga dia pandai berjalan di situ. Suami hanya balik sekali-sekala untuk mengambil barang-barang seperti pakaian dan sebagainya. Saya merasa amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bersama dengan anak kami, permata hati kami. Saya tidak tahu bagaimana rasanya jika kehilangannya pada masa itu. Saya berharap anak kami akan terus diberikan kesihatan dan membesar menjadi anak yang soleh. Amiiiin....


Permata Hatiku ....Muhammad Daniel Awatif
Ibu sayang kamu sangat-sangat.....!!!

Senarai Blog Rakan Akademi

Di dalam Kelas Asas Blog Fan Page bersama guru online Pn. Anys Idayu Zakaria, setelah create blog dan memasukkan entri, saya diajar pula cara untuk memasukkan senarai blog rakan akademi.

Cara memasukkan senarai blog di ruangan tepi blog anda adalah seperti berikut :

  • Pergi ke design - pilih layout 
  • Kemudian klik mana-mana kotak add gadget di sebelah tepi
  • Cari Blog List
  • Copy link blog dari senarai blog rakan akademi ke kotak tersebut
  • Kemudian save
  • Ulang semula copy link blog, klik add a list - save
  • Buat satu-satu sehingga habis
  • Selesai semua save - save arrangement
Pengasas Kelas Online :
http://naufalsayang.blogspot.com/
(buat dalam satu kotak add gadget yang pertama) 

Guru Online :
http://anysidayu.blogspot.com/
(buat dalam satu kotak add gadget yang kedua)

Blog Rakan Akademi :
(buat semua dalam satu kotak add gadget yang sama) - selain yang pertama dan kedua di atas
Contoh blog rakan akademi : http://asmahmdisa.blogspot.com/ dan lain-lain lagi.

Tujuan senarai blog ini adalah untuk berkenalan dan untuk menaikkan dan membantu aliran trafik ke blog masing-masing. 

Selamat melayari blog rakan-rakan kita ye... :)

Kelas Asas Blog Fan Page (Mula Bisnes)

Salam seindah Ramadhan....

Di Hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat rakyat palestin di Gaza, semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi serangan dari Israel laknatullah yang sungguh kejam. Juga doakan untuk ahli keluarga mangsa tragedi Kapal Terbang MH17 milik syarikat penerbangan MAS, supaya mereka juga diberi ketabahan menerima kehilangan keluarga yang terlibat dalam nahas kapal terbang yang terhempas ditembak peluru berpandu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ketika melalui ruang udara Ukraine. 

Untuk hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang telah saya pelajari di dalam Kelas Asas Blog dan Fan Page (Mula Bisnes). Apa yang saya belajar dalam kelas ini? Di bawah ini saya tunjukkan....
  1. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online. 
  2. Mereka yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara.
  3. Mahu bermula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang pengiklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di Akademi Bekerja Di Rumah.
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian ditingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya. (Ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
  5. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  6. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
  7. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/ minat/ pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
  8. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Untuk maklumat lanjut layari lamn web berikut : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/




Tuesday 15 July 2014

Create Blog pula....

Selepas kita create email, apa kata kita create blog pula. Saya rasa sudah ramai yang tahu cara-cara untuk create blog ni kan. Tapi untuk yang belum tahu tu di sini saya tunjukkan caranya.

Untuk create blog, anda boleh klik link ini ye:

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&passive=1209600&continue=http://www.blogger.com/home&followup=http://www.blogger.com/home&ltmpl=start#s01

Untuk blog ni tulis nama anda, contoh : normahsurinordin.blogspot.

Pastikan semuanya nama dan huruf kecil serta berdekatan.

Mudah diingat dan ada kaitan dengan carian google juga.

Fokus blog, pilih apa yang anda suka baca, contoh :

Tajuk atas blog tu : Panduan Kesihatan dan Kecantikan.

Blog dan google, gmail hubungannya macam adik beradik, saling kait mengait, begitu juga you tube.

Kemudian mulakan dengan entri pengenalan.

Entri pertama pengenalan diri - tulis tentang :

  • analisa - nama mengikut ic
  • pendidikan, kerjaya
  • pengalaman kerja, bisnes
  • kemahiran
  • minat
  • matlamat jangka pendek
  • matlamat jangka panjang
Diharap anda boleh mengikuti langkah-langkah yang diberikan. Apabila sudah mahir teruskan dengan entri-entri yang lain berdasarkan pembacaan atau pengalaman anda. Selamat berblog... :)





Cita-Cita Saya?

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Diharap semua sihat la ye. Saya ni bukan ada cerita menarik pun masa kanak-kanak dulu. Maklum la saya ni seorang yang pendiam. Jadi tak banyak yang saya boleh cerita. Bukan cerita klasik atau cerita dongeng tau, tapi kenyataan. 

Cakap pasal cita-cita ni, sejak dari zaman sekolah lagi saya bercita-cita untuk menjadi guru. Itulah yang saya ulang-ulang dalam fikiran bila besar nak jadi cikgu, nak ajar budak-budak. Nampak macam mudah je kan kerja jadi cikgu ni. Sebab apa saya minat sangat nak jadi cikgu ni? Sebenarnya mak dan ayah saya bekerja sebagai cikgu. Sejak saya bersekolah saya pernah juga diajar oleh ibu saya sebab dia juga salah seorang guru di kelas saya. Saya berminat melihat cara ibu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang dan begitu jelas penerangan yang diberikan ketika mengajar. Sehingga pelajar-pelajarnya ramai yang telah berjaya yang juga kawan-kawan saya. Saya juga ingin menjadi seperti beliau bila dewasa nanti.

Akhirnya tercapai juga cita-cita saya untuk menjadi cikgu. Ketika saya menunggu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sementara. Waktu itu saya mengajar budak-budak darjah 2. Memang teruja saat memegang status cikgu, melihat murid-murid yang berada di dalam kelas mendengar dan memberi perhatian ketika kita mengajar. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi cikgu ni. Ketika kita mengajar bukan semua pelajar dapat mengikuti apa yang kita ajar, maklum la budak-budak kan. Ada yang bermain dan bersembang ketika kita mengajar, jadi kita perlu pandai mengambil peranan untuk menarik perhatian mereka. Ada juga sesetengahnya memang memberi perhatian tetapi lambat sikit penerimaan mereka. Jadi kita perlu beri perhatian lebih kepada pelajar tersebut, sebab tidak mahu dia ketinggalan dalam semua perkara yang diajar. Apabila kita memberi latihan barulah kita dapat menilai sejauh mana penerimaan mereka. Alhamdulillah setakat yang saya lihat, mereka semuanya boleh menjawab dengan betul soalan yang diberi. Budak-budak sekarang boleh dikatakan semuanya bijak. Mungkin terdapat segelintir yang mungkin lambat. Jadi itulah tugas seorang guru yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan mereka insan yang berkualiti bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga sahsiah. 

Ok la buat masa ni yang ni dulu dapat saya sampaikan. Nak bersyarah lebih-lebih pun saya ni bukannya pensyarah kan. Semoga apa yang saya sampaikan ni dapat menjadi iktibar buat diri saya dan juga pembaca sekalian. Insya Allah....

Saya ingin mengundur diri terlebih dahulu. Ma'assalamah....

Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t......

Bertemu lagi di hari Rabu yang penuh barakah, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sambil menunggu anak-anak  bangun dari tidur update blog sekejap. Maklum la diorang mengantuk sebab bangun awal pagi tadi, nak ikut sama bersahur. Padahal bukannya diorang boleh berpuasa pun. Umur sorang 2 tahun, sorang lagi 2 bulan. Hehehe....rajin betul nak bangun pagi-pagi tu....Tak kisah la, asalkan diorang gembira, saya pun gembira sebab dapat tengok diorang membesar depan mata. 

Ok....hari ni ceq nak cerita sikit pasal Kelas Asas Blog dan Penulisan. Bila kita dah ada blog mestilah kita kena menulis. Betul tak? Kalau tak menulis tak bermakna la wujudnya blog tu kan. Anda nak tahu apa yang kita belajar dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ni? Meh...ceq nak habaq naa....aiii cakap loghat utara lak...hehe...

Kat bawah ni adalah apa yang kita akan belajar dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ni ye.... :
  1. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  2. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/ bakal pelanggan.
  3. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  4. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  5. Bergabung dengan lebih ramai blogger - lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  6. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  7. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  8. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika anda berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Boleh pm inbox atau mesej saya 017-5240739 sekiranya berminat. Anda akan dibimbing oleh guru-guru online yang terdapat di akademi. 

Sumber : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Monday 14 July 2014

Update Blog : BISNES ONLINE SURI BEKERJAYA

Sesuatu yang telah saya mulakan akan saya teruskan hingga ke akhirnya. Begitu juga dalam pembinaan blog BISNES ONLINE SURI BEKERJAYA. 

Setelah selesai mengemas rumah dan menguruskan anak-anak saya meluangkan masa untuk mengupdate blog ini. Seperti biasa apa yang dipelajari di Kelas Asas Blog Fanpage akan saya masukkan ke dalam blog tersebut.

Perkara pertama yang saya pelajari dalam pembinaan blog ini adalah create email, kerana email ini juga akan menghubungkan saya dengan blog ini juga. Ia tidak dapat dipisahkan seperti adik-beradik.
  1. Untuk create email pilih nama mengikut ic, contoh : normahsurinordin@gmail.com. Kemudian klik link di bawah : 


Alasannya untuk bina penjenamaan diri, email ini kelak boleh digunakan untuk bisnes dan juga urusan profesional yang lain.

Kelas Asas Blog Fanpage

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni adalah hari ke 17 di dalam bulan Ramadhan, dan juga hari Nuzul Al-Quran. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini.

Walaupun kita sedang berpuasa tidak ada alasan untuk tidak melakukan kerja-kerja yang lain. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, bukan bulan untuk berehat dan bermalas-malas di rumah.

Begitu juga dengan saya, walaupun saya adalah suri rumah sepenuh masa, tidak bermakna tugas saya hanya mengurus hal rumahtangga, tetapi ada tugas dan tanggungjawab lain yang harus saya tunaikan. Contohnya seperti sekarang, saya adalah pelajar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), jadi saya perlu menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sentiasa mengulangkaji serta mengamalkan apa yang telah saya pelajari di kelas. Dengan itu akan berpanjangan ilmu yang saya perolehi dan semoga ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru online dapat memberi manfaat juga kepada semua yang mempelajarinya. Masih banyak lagi ilmu yang masih belum digali, saya masih lagi berada di permukaan, perlu menggali lebih dalam  untuk sampai ke dasarnya. 

Di dalam Kelas Asas Blog Fanpage, saya tela mempelajari cara-cara untuk membina blog dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasukkan aplikasi yang lain seperti link ke blog yang lain dan juga label. Setelah menyertai kelas ini barulah saya nampak dengan lebih jelas setelah diterangkan langkah demi langkah pembinaan blog. Sekarang saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran.

Jika anda berminat untuk memiliki blog sendiri tidak kira untuk perniagaan atau untuk peribadi, boleh sertai kami dan mendaftar di sini sekarang. Layari laman web guru online http://anysidayu.blogspot.com/.

Semoga bermanfaat....wassalam.

Sunday 13 July 2014

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi .... :)

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan yang baru mendaftar dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Selamat menimba ilmu dan bersama-sama kita menuju kejayaan demi masa hadapan yang gemilang, Insya Allah. 

Saya mengenali Akademi ini melalui pengasasnya, iaitu Pn. Masayu Ahmad. Pada mulanya saya mengenali beliau melalui artikel beliau yang saya baca di Majalah Mingguan Wanita. Setelah beberapa kali mengikuti ruangan tulisan beliau saya berminat untuk menyertai akademi ini. Maka saya telah membuat carian laman web beliau iaitu http://masayuahmad.blogspot.com dan https://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ menyatakan hasrat untuk menyertainya. Alhamdulillah beliau telah membalas permintaan saya, maka bermulalah rutin harian saya bersama akademi ini. Saya telah menjadi warga ABDR sejak 29 Jun yang lalu. Pn. Masayu Ahmad memasukkan saya di bawah group Pn. Anys Idayu Zakaria. Selama berada di bawah bimbingan guru online, Anys Idayu Zakaria saya telah mula membina blog sendiri dan juga memasukkan entri berkaitan dunia bisnes online serta rangkaian fan page. Saya juga dapat mendalami lebih lagi ilmu berkaitan dunia blog dan bisnes online atau offline. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, pendaftaran adalah dibuka pada setiap hari. Kelas dijalankan secara online. Tidak perlu hadir ke kelas, hanya memerlukan peralatan seperti PC dan talian internet atau telefon pintar untuk berhubung dan menjalani sesi pembelajaran. Tidak terdapat masa tertentu untuk menghadiri kelas, mengikut kelapangan dan keselesaan anda sama ada di rumah atau di mana sahaja dan bila-bila masa anda mahu. Terdapat 12 guru online yang sedang bertugas dan bersedia membimbing anda, dan sebanyak 22 kelas sedang berlangsung setiap hari. 

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan dua kelas online seperti berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage khusus untuk bisnes
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif online (yuran RM250, dua ebook rujukan)

Selepas memilih kelas dan membayar yuran anda perlu mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan, kemudian anda akan mendapat ebook rujukan berdasarkan kelas yang dipilih.

Yuran 1 : RM150
Sebuah ebook rujukan - ebook asas blog

Yuran 2 : RM180
Tiga buah ebook - ebook asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom

Yuran 3 : RM200
Empat buah ebook - asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom
Percuma - 101 idea Home-Based Bisnes

Yuran 4 : RM300
Untuk dua kelas serentak, 3 ebook rujukan, asas blog, bisnes butik, 101 idea home based bisnes.

Anda boleh membayar yuran kelas ke salah satu akaun di bawah:

Maybank - 164100264204
(Nor Mahsuri Mhd Nordin)

Sila sms (017-5240739)

Bank Islam - 14023022604496
(Nor Mahsuri Mhd Nordin)

Selepas bayar yuran isi borang di sini, http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
email : normahsurinordin@gmail.com

Selamat menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).... :)



Friday 4 July 2014

Projek Duit Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu lagi bersama saya NOR MAHSURI BINTI MHD NORDIN. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, walaupun hari ni dah masuk hari ke 6 dalam Bulan Ramadhan. Hari ni juga dah masuk hari ke 6 saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), juga bersama guru saya Pn. Anys Idayu Zakaria, yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dalam Kelas Asas Blog Fanpage. 

Semoga Bulan Ramadhan ini, kita dapat memperbanyakkan amal ibadah, walaupun kita sibuk dengan kerja dan tugasan di siang hari. Tidak kira suri rumah atau wanita berkerjaya pasti semuanya sibuk menguruskan hal rumahtangga, terutamanya di bulan puasa ini. Bagi wanita yang bekerja sudah pasti sibuk memikirkan apa juadah yang ingin disediakan untuk suami dan anak-anak ketika berpuasa. Mahu beli di bazar Ramadhan atau masak sendiri. Walau apa pun pilihannya, pasti kita inginkan yang terbaik untuk  ahli keluarga, di samping menjaga kerukunan rumahtangga.

Untuk Bulan Syawal yang bakal menjelang tiba ini pasti banyak persiapan yang ingin dibuat seperti menyediakan pakaian untuk anak-anak, mengemas dan menghias rumah, dan membuat juadah seperti kek dan biskut. Semuanya harus dibuat awal supaya tidak kelam-kabut kemudian nanti. Perbelanjaan untuk semua itu pastilah bukan sedikit, sebab itu kita perlu merancang perbelanjaan menjelang musim perayaan ini.

Bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan untuk hari raya ini ABDR memberi peluang kepada anda untuk menyertai projek duit hari raya. Jika anda berminat boleh klik di sini http://projekduithariraya.blogspot.com. Daftar segera sementara peluang masih ada. Semoga lebaran nanti disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.

PAKEJ HIDANGAN RAYA


1. Pakej Kudapan Hidangan Raya


    - kurma maryami RM40

    - kismis hitam RM25
    - kismis basah RM rm30

    - almond RM20
    - pistacio RM30

    RM145
    kospos RM20

    RM165 termasuk pos semenanjung 
    RM 225 sabah sarawak


Pakej Hidangan Keluarga




Pakej 1



- 1 Nasi Mandi (Arab Saudi) kotak biru- RM15
- 1 Maqluba Ayam kotak oren- RM15
- 1 Nasi Kabsah kotak merah RM15
- 1 Mandy Kambing kotak hijau RM15
- Oat Chocolate 2 paket (RM12 X2) RM24

Jumlah

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak


Jumlah keseluruhan
RM99 termasuk kos pos





Pakej 2


- 1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
- 1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
- 1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
- 1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15

Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak

Jumlah Termasuk Pos RM71




Pakej 3


- 4 kotak mandy arab (RM15 X 4) = RM60
- Chocolate oat choco = RM12 x2 (RM24)

kos pos RM15 (skynet) / RM25 SabahSarawak
Jumlah termasuk pos = RM99



Pakej 4

- 4 paket nasi maqluba ayam (RM15 X4) = RM60
- 2 paket oat choco RM12 X2 = RM24

Kos Pos 15 / RM25 SabahSarawak
Jumlah RM99





Pakej 5


- 1 peket maqluba ayam (kuning) RM15
- 1 kabsah ayam (merah) RM15
- 1 mandy kambing (hijau) RM15
- 1 mandy ayam (biru) RM15
- 2 oat choco (RM24)

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak
Jumlah keseluruhan: RM99



Pakej 6

- 4 mandy kambing RM15 X 4 (RM60)
- 2 oat choco 12X 2 (RM24)

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak
Jumlah keseluruhan RM99




Pakej 7

- 4 mandy ayam RM15 X 4
- 2 oat choco RM12 X 2


Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan RM99




Pakej 8

- 4 kabsah ayam RM15 X 4 = RM60
- 2 oat choco RM12 X 2 = RM24

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak
Jumlah keseluruhan RM99




* Pakej Kurma & Nasi Arab 1

- 4 paket nasi arab RM15 X 4 (RM60)
- 1 kg kismis hitam RM35
- 1 kg kismis Zarrin RM30
- 1 kg kurma maryami RM50

Kos pos RM10 (4paket nasi arab)+RM3+RM3+RM3= RM19
Jumlah termasuk pos





* Pakej Kurma & Kismis 1


- 1 kg kismis hitam RM35
- 1 kg kismis Zarrin RM30
- 1 kg kurma maryami RM50

Kos pos RM10 + RM3+ RM3= RM 16
RM 25 SabahSarawak




* Serunding

- Serunding ayam biasa 1 kg RM60
kos pos RM13 /RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos

- Serunding daging 1 kg RM60 (import)
kos pos RM13 / RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos



- Serunding daging tempatan 1kg rm70

kospos RM13/ RM25 sabah sarawak

- Serunding ikan 1 kg RM60
kos pos RM13/RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos


Untuk tempahan boleh hubungi saya di 017-5240739 (Nor Mahsuri)
atau pm saya di Nor Mahsuri Mhd Nordin