Wednesday 2 November 2016

Handsock Dwitone 26cm - November 2016


Handsock Dwitone 26cm :

Harga RM7 sepasang

Borong juga diterima. Untuk melihat lebih banyak koleksi atau untuk tempahan bolehlah...

Whatsapp ke : 017-5240739

Email : normahsurimhdnordin@gmail.com


Wednesday 19 October 2016

Soka Original





Soka Original :

Material yang lembut, tebal dan menyerap peluh.

Terdapat dalam dua warna :

  • Coklat
  • Hitam
Harga : RM7 sepasang
Borong : RM5.50 sepasang

Berminat sms/whatsapp ke 017-5240739

Wednesday 12 October 2016

Soka Vintage



Soka Vintage :

Stokin dengan tema vintage, dengan motif classic dan menampilkan kesan etnik yang kuat sehingga menambah keanggunan penampilan pemakai. Stokin ini tersedia berbagai warna dan dapat dipadankan dengan pakaian yang anda kenakan.

Bahan : Spandek Nylon
Panjang : 32 - 34 cm
Lebar : 8 - 9 cm
Harga : RM9

Warna available :
❤Purple gelap
❤Purple muda
❤Pink terang
❤Hitam
❤Coklat muda
❤Pink muda
❤Coklat gelap
❤Skin
❤Biru
❤Putih
❤Kelabu gelap
❤Biru gelap

Berminat boleh sms/ whatsapp 017-5240739

E-mail : normahsurimhdnordin@gmail.com

Thursday 6 October 2016

Ulasan Tentang Kelas Asas Blog - Penulisan Konsisten


Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah

Guru Bimbingan : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum w.b.t. pengunjung blog BOSB

Hampir 2 tahun rasanya saya sudah tidak menggunakan laptop untuk menaip entri di dalam blog ini. Ini disebabkan broadband yang saya gunakan telah diblock. Salah saya sendiri sebab sudah lama tidak top-up untuk aktifkan semula broadband tersebut. Jadi, terpaksalah saya menggunakan talian internet pada handphone untuk menaip entri pada blog saya. Rasa payah juga menaip teks yang panjang menggunakan handphone. Alhamdulillah, sekarang sudah beli nombor baru untuk digunakan pada broadband. Mudah nak menaip menggunakan laptop semula.

Alhamdulillah kini saya telah dapat menulis sehingga ke entri yang ke 81. Seingat saya, mulanya saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah ni semenjak bulan Julai 2013. Sekarang dah masuk 3 tahun lebih usia Blog Bisnes Online Suri Berkerjaya ni. Walaupun blog ini bukanlah blog yang hebat, tetapi dengan penulisan yang ada kini saya boleh mencapai entri yang ke 81. Terima kasih diucapkan atas tunjuk ajar dan bimbingan dari Puan Anys Idayu Zakaria, guru online saya di Akademi Bekerja Di Rumah ini.

segala tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan oleh Puan Anys Idayu Zakaria membuatkan blog BOSB ini menjadi lebih matang. Mempunyai guru dalam menulis blog, amat berbeza jika kita menulis sendiri. Jika menulis sendiri, kita tidak tahu hala tuju dan menulis berdasarkan keinginan dan naluri sahaja. Dengan berguru blog menjadi lebih terarah berpandukan bimbingan yang disediakan berdasarkan tajuk utama blog. Jadi blog akan lebih bermanfaat untuk dibaca oleh pengunjung. Selepas ini mungkin saya akan membina blog lain yang menumpukan kepada produk-produk saya sahaja.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anys Idayu Zakaria dan guru-guru serta rakan-rakan di ABDR, di atas segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan blog BOSB saya ini. Segala jasa kalian akan sentiasa diingati sepanjang hidup saya. Semoga Allah memberkati semua usaha kalian dalam melahirkan usahawan yang berjaya melalui blog.

Tuesday 20 September 2016

Makan Buah Durian Boleh Membunuh



Oleh : Dr. Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara.

Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian...dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia...makan seulas sahaja...sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." Ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. 

Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. 

Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih. Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction).

Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini.

Dalam kes ini, potassium. Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. 

Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya. Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini.

Ia boleh meragut nyawa mereka. BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus.

Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula! Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya.

Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya. Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah." Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada. Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa.

Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan. Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan. Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500 ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi itu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya.

Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan "perubatan sunnah" iaitu habbatussauda.

Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "phatological" bagi seorang yang lain. Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya.

Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada. Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri.

Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Sumber : e-mjm.org

Saturday 3 September 2016

3 Tahun Bersama ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah)


Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin

Syukur Alhamdulillah, kini telah menjangkau 3 tahun usia saya bersama jemaah ABDR. Ini menandakan bahawa selama 3 tahun juga saya telah menjadi seorang blogger. Tidak pernah saya mimpikan untuk bertahan sehingga kini. Saya akui bukan suatu yang mudah untuk merubah diri, dari seorang yang hanya sekadar menjadi pembaca, sekarang menjadi penulis pula (walaupun bukan sepenuh masa). Faham2 sahaja la, kita ni bukan orang yang berpengalaman dalam dunia blogging. Banyak membaca dan tengok2 blog orang lain ada la. Bila sudah terlanjur mendaftar ke dalam Kelas Asas Blog ni, maka saya gagahkan juga diri untuk menulis walaupun payah untuk mencari waktu lapang bagi menghasilkan sesuatu entri. Sebenarnya saya bukan pandai sangat dalam bab-bab mengarang ni, tetapi untuk mengisi blog saya lakukan juga. Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus menulis dan moga memberi manfaat kepada para pembaca.

Selama beberapa tahun menjadi blogger, banyak juga kebaikan yang saya dapati. Pada permulaan dulu, saya hanya berkongsi berkenaan produk2 yang terdapat di ABDR, di samping entri berkaitan pengalaman diri dan catatan harian yang dirasakan sesuai untuk dikongsi dengan para pembaca. Syukur Alhamdulillah, dengan bantuan rakan2 di ABDR, kini jumlah pengunjung ke blog saya semakin meningkat. Setelah selesai tugasan sebanyak 44 entri, saya telah ditawarkan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan mengiklankan produk2 yang terdapat di ABDR kerana pada waktu itu saya tidak mempunyai produk sendiri. Dengan peluang yang diberi, ia menjadi salah satu cara untuk saya menambah pendapatan.

Melalui pengalaman yang saya perolehi sebagai Rakan Niaga di ABDR, saya mula menjual produk sendiri di blog (walaupun hanya menjadi ejen). Alhamdulillah, kini dapat menambah pendapatan saya. Lagi pula blog merupakan medium yang paling sesuai dan berkesan untuk memasarkan produk, terutamanya bagi usahawan secara online seperti saya. Mengimbas semula kenangan manis yang pernah saya alami, apabila kali pertama mendapat panggilan daripada seorang pelanggan yang berminat untuk membeli salah satu produk yang saya iklankan di blog iaitu ChoCollagen. Ia berlaku tidak lama setelah saya mempromosikannya di blog. Alhamdulillah, saya tidak menyangka begitu cepat respon dari pembaca yang saya terima. Semua itu adalah faedah yang saya terima dari berblogging.

Setelah itu saya menanamkan azam yang saya akan terus setia dan berusaha menambahkan ilmu dalam dunia blog. Walaupun kadang-kadang tiada idea langsung untuk menulis. Diharapkan semangat ini tidak akan luntur dan terus diberi kekuatan dan mendapat kelapangan waktu untuk menghadirkan entri yang bermanfaat untuk para pembaca. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengasas ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad yang telah sudi memberi peluang berharga ini kepada saya. Tidak lupa juga kepada guru online saya iaitu Puan Anys Idayu Zakaria (AIZ) yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu yang sangat berguna. Semoga Allah memberkati usaha kalian semua dalam mencurahkan ilmu dalam dunia blog dan melahirkan insan2 yang berkualiti dalam memperbaiki kehidupan dan menjadikan hidup mereka lebih sempurna. Syukran Jazilan Kathiira.

Friday 26 August 2016

Resepi Donut Labu


Resepi Donut Labu

Bahan-bahannya :
200 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera mauripan
100 gm isi labu dipotong dadu
1 sudu besar susu pekat manis
50 gm gula halus
1 1/2 sudu besar mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60 ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya :
  1. Labu yang dipotong dadu kukus sehingga lembut. Ambil labu mengikut sukatan dan lenyek.
  2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan isi labu lenyek tadi dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
  3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain/ plastik sehingga doh mengembang.
  4. Canai dan terap dengan acuan donut dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka. Boleh la dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Tuesday 16 August 2016

Serum Rambut Wanita Berhijab - Cool Hijab


Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin
Foto : Cool Hijab

Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya minta maaf sekiranya entri ini mengganggu anda. Saya hendak sharing peluang tambah pendapatan dengan marketkan produk COOL HIJAB ini.

INFO SYARIKAT & PRODUK :
- Produk terbaru di pasaran.
- Serum Rambut Wanita Berhijab.
- Pertama di dunia.
- Produk dari Malaysia.
- Pengasas : Melayu Islam.
- KKM : NOT141000693K.
- HSA : CCPN 1437321.
- Halal.
- Dikilangkan di Malaysia.
- Bertaraf GMP.

KEBAIKKAN COOLHIJAB :
- Sejukkan kepala & rambut.
- Hilangkan bau hapak pada rambut.
- Lembutkan rambut.
- Kurangkan kelemumur.
- Elakkan kegatalan kepala.
- Baiki rambut rosak.
- Legakan sakit migraine.
- Rambut wangi 24 jam.
- Rawat keguguran rambut.
- Tidak melekit & tidak berminyak.
- Guna bahan herba tradisional.

PELUANG JANA INCOME :
- Konsep jualan : Trading Bersystem.
- Konsep pemasaran : Ejen & Stokis.
- 3 bentuk income (3 in 1).
  a) Komisen jualan runcit
  b) Komisen lantik ejen
  c) Komisen repeat sale
- Boleh fokus pada jualan runcit.
- Boleh lantik ejen.
- Tiada maintain bulanan.
- Tiada kuota target jualan.

PAKEJ & KEUNTUNGAN : 
1) Pakej Stokis 100 Botol :
     - komisen jualan runcit : RM30/botol
     - komisen lantik ejen : RM25
     - komisen repeat sale ejen : RM1.50
     - stock : 100 botol
     - sistem stock & register ejen
     - flyers : 2000 pcs

2) Pakej Stokis 50 Botol : 
     - komisen jualan runcit : RM25/botol
     - komisen lantik ejen : RM25
     - komisen repeat sale ejen : RM1.50
     - stock : 50 botol
     - sistem stock & register ejen
     - flyers : 1000 pcs

3) Pakej Ejen 10 Botol :
     - komisen jualan runcit : RM15/botol
     - komisen lantik ejen : RM25
     - komisen repeat sale ejen : RM1
     - stock : 10 botol
     - sistem stock & register ejen
     - flyers : 500 pcs

4) Pakej Ejen 5 Botol : 
     - komisen jualan runcit : RM10/botol
     - komisen lantik ejen : RM25
     - komisen repeat sale ejen : RM1
     - stock : 5 botol
     - sistem stock & register ejen
     - flyers : 500 pcs

KELEBIHAN SEMUA PAKEJ :
- Ejen boleh lantik ejen. Tiada had.
- System Upgrade - Peluang bagi yang tiada modal besar buat permulaan. Tapi berkeinginan dapatkan income besar.
- Setiap ejen miliki web system.

HARGA PASARAN :
RM70 sebotol (30 ml). Boleh guna sampai 50 hari.

TAWARAN :
- Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami sebagai stokis @ ejen yang sah. Bagi yang sudah ada bisnes, sila teruskan. Ini hanya tambahan bisnes anda. 

BERMINAT?? SERIUS??
- Serius nak jadi Ejen @ Stokis? Whatsapp saya untuk dapatkan HARGA PAKEJ EJEN.
- Whatsapp : 017-5240739 Nor Mahsuri

##ABAIKAN IKLAN INI, JIKA ANDA TIDAK BERMINAT! TERIMA KASIH!

Tuesday 21 June 2016

8 Petua Berkesan Hilangkan Parut Jerawat Cara Tradisional


Bila jerawat tumbuh di muka memang tak best dan paling tak best kesan jerawat meninggalkan parut yang dah payah nak hilang. Masalah ni bermula dari anak remaja sampai la yang dah berkahwin.

Pipi dah tak licin dan tak menarik lagi. Jom kita tengok apa cara hilangkan jerawat yang efektif.

1. Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kulit kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. Lidah Buaya/ Aloe Vera

Kaedah ini lebih semulajadi, tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. In Shaa Allah, parut akan hilang.

3. Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air.

Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In Shaa Allah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. Madu Lebah

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. Timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. Daun Senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

7. Daun Sirih Muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

8. Getah Betik

Getah betik dapat diguna untuk merawat parut jerawat, dengan cara menggosok getah itu pada kawasan parut. Cara yang mudah ialah dengan memotong sedikit sebiji betik hijau dan digunakan untuk menggosok di bahagian parut tadi.

Selain itu getah betik dapat digunakan untuk merawat kulit terbakar, menghilangkan parut, merawat jerawat, kutil, ketuat, dan juga merawat bisa patukan ular.

Alternatif Lain?

Tapi masalahnya mana nak cari semua benda-benda kat atas tu? Leceh jugak kadang-kadang sebab melekit, dan tak selesa kat muka.

Nak cuba kaedah yang lagi CEPAT, MUDAH dan BERKESAN?

Dyamia Scar Serum 15ml Formulasi dari Vitamin E & Carica (Ekstrak Betik). Serum Ajaib Ni Berasaskan Air Mudah Menyerap, Melembab Dan Melembut Kulit. Hanya Sapu 2 Kali Sehari Dan Kesan Seawal 14 Hari Parut Mula Hilang!

Hanya RM69.90 Sebotol Dan Jika Whatsapp Hari Ni, Kami Bagi Free Postage. Pakej KOMBO (2 Botol) Hanya RM120 FREE Postage.

Whatsapp "PARUT" Ke 017-5240739
Whatsapp "PARUT" Ke 017-5240739
Whatsapp "PARUT" Ke 017-5240739

Monday 7 March 2016

Last Penghantaran untuk kali ini...


In Shaa Allah ini adalah penghantaran terakhir #aiskrimMalaysia untuk kali ini. Penghantaran dihentikan seketika kerana tuan kedai yang mengambil ais krim ni akan pergi menunaikan umrah. Semoga dipermudahkan. Amin....

Wednesday 10 February 2016

Baju Kemeja @abgterlajaklaris



Haiii semua jejaka di luar sana... koleksi terbaru @abgterlajaklaris yang bakal menjadikan duit tabungan anda habis sebab memang smart sangat baju @abgterlajaklaris ni...please pre order before sold out. Jangan lupa dapatkan segera dengan harga yang sangat berpatutan. 

RM69 sahaja... model Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris sendiri... haha... dapatkan di stokis @abgterlajaklaris...

SENARAI STOKIS ATL :-
  • NOR AZLINAWATI ROZLAN 017-8565484 (MIRI, SARAWAK)
  • SHAIFUL 017-2233944 (KUALA LUMPUR)
  • NOR HANA ISMAIL 013-6609662 (JELEBU, NEGERI SEMBILAN)
  • JUNAIDAH BT JUPRI 013-3450096 (CHERAS, SELANGOR)
  • NUR SYAFIQAH/ AHSRAFF 019-3013595/ 011-28237365 (PUCHONG, SELANGOR)
  • WAN NIDA BT WAN ABDUL HAMID 016-5260852 (IPOH, PERAK)
  • AHMAD NAYATUL NAIM 011-23617866 (KUALA LUMPUR & GOMBAK)
  • ABDUL NASIR HUSAIN 019-2080095 (KAJANG, SELANGOR)
  • IZAN NOR SAFRINNA 012-7984277 (JOHOR BAHRU)
  • AZY JEANS 011-19771391 (KOTA BAHRU, KELANTAN)
  • MUHAMMAD TAUFIQ B MOHD KHAIR 016-69235183 (TEMERLOH, PAHANG)
  • IKHSAN 011-35736768 (KANGAR, PERLIS)
  • WAN ELANI BT MAZLAN 010-9489831/ 010-9489877 (PUTRAJAYA)
  • AMIR 016-9285069 (SHAH ALAM & SUBANG)
  • MOHD ANIIS 012-6992408/ 012-9451607 (PETALING JAYA/ SHAH ALAM/ KLANG/ SINGAPORE DAN OVERSEAS)
  • AMAMI XXL 013-4382096 (ALOR SETAR, KEDAH)
  • AIZAN 012-5296252 (PUCHONG)
  • DATIN SHIKIN 016-9216669 (KUALA TERENGGANU)
  • NAZUHA 011-15740607 (SG PETANI)
  • MUHAMMAD DHIAUDDIN 017-7778786 (JOHOR/ SINGAPORE)
  • Butik Grandeur 019-7262321 (Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi)
  • JALAL SAYUTI 011-10714903 (NILAI)
  • HISHAM 017-7328846 (JOHOR)
  • EN HADRI 016-2620747 (AMPANG, CHERAS)
  • MUHAMMAD FAISAL 019-3032808 (DAMANSARA, SHAH ALAM, KLANG)
  • SYAIFUL 016-5565170/ 017-5017173 (PERLIS)
  • SAMIRA WAHID 019-4008824 (SERDANG)
  • MOHD AZAM 010-9113790 (TERENGGANU)
  • FAIZ HAYAZI 011-35375003 (ARAU, PERLIS)
  • YUSHMERI KAMAL 012-3473400 (KUALA LUMPUR)
  • ABDUL NAS 017-3089316/ 017-2080095 FB : stokis atl kajang
  • Ariff Palil 010-4218591 (Tampin)
  • Wan Ahmad Affiddean bin Wan Adnan 011-16260468 (Bangi, Cyberjaya) Ig : atl_stokis, Fb : Atl stokis
  • Noorli binti Mohamed Nordin 012-9899794/ 016-3796521 (Bukit Jalil, Subang) Ig : sitiaminah77, Fb : Elle Dean Atl

Sunday 31 January 2016

Pengurus Online ABDR


Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin

Assalamualaikum tuan/ puan, saudara/ saudari, encik/ cik sekalian.
Hai, perkenalkan saya Nor Mahsuri Mhd Nordin, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Kami dalam group ABDR menyediakan peluang yang luas kepada para suri yang mahu belajar asas dalam penulisan serta cara membina kedai secara online.

Anda juga dapat belajar cara untuk memaksimumkan pemasaran produk secara percuma dengan menggunakan blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui kaedah dropship
  • Belajar menjual produk berbentuk fizikal
  • Belajar menjual produk berbentuk digital
  • Juga anda belajar mula membuat tabungan dan memperolehi pendapatan aktif tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Apakah dia Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini?
  • Kumpulan sokongan khas untuk para suri belajar memulakan perniagaan secara online
  • Kumpulan sokongan khas untuk para suri belajar memperolehi pendapatan walaupun hanya di rumah
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri yang berkerjaya memperolehi pendapatan sampingan
  • Kumpulan sokongan untuk mereka yang bergelar WAHM
  • Platform yang digunakan untuk belajar memulakan perniagaan produk fizikal dengan kaedah dropship dan juga produk digital seperti ebook dan servis atau perkhidmatan yang pelbagai.
2 pakej kelas utama yang paling popular sepanjang tahun adalah :
  1. KELAS ASAS BLOG PENULISAN
  2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
KELAS ASAS BLOG PENULISAN :
  1. Belajar asas pembinaan blog (blogspot)
  2. Belajar menulis berasaskan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
  3. Menukar PEMBACA menjadi PELANGGAN.
  4. Belajar menulis secara berterusan dan konsisten.
  5. Menjadikan minat, kemahiran dan kepakaran yang sedia ada diadaptasi kepada penulisan. Jadikan ia sebagai rujukan dan panduan.
  6. Menukar blog yang sebelum ini tidak mempunyai pembaca kepada blog yang dapat membina kumpulan pembaca sasaran.
  7. Apabila blog sudah memiliki kelompok pembaca sasaran yang 'tepat', maka ia sudah boleh bertukar kepada pembeli pula.
  8. Blog adalah salah satu medium yang digunakan untuk pemasaran secara percuma. Namun begitu, dengan adanya penulisan yang bagus dan menarik, ia dapat menarik minat dan memberi pengaruh yang baik kepada pembaca blog anda.
  9. Di dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ini anda perlu terlebih dahulu menguasai 44 entri dan juga 5 label berdasarkan fokus penulisan. Ini akan diberikan selepas anda membuat pendaftaran dan juga menjawab soalan analisa terlebih dahulu.
KELAS ASAS BLOG MULA BISNES :
  1. Membina kedai online berdasarkan apa produk dan servis yang bakal dijual. Contohnya seperti produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya.
  2. Kelas ini dikhususkan untuk para suri yang yang benar-benar zero berkenaan perniagaan online ini.
  3. Khas untuk mereka yang mahu bermula berniaga secara online, tetapi tidak tahu cara yang betul.
  4. Khas untuk mereka yang mahu mula berniaga tetapi tidak mempunyai idea atau produk. Di ABDR kami ada menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan juga ruang pengiklanan untuk memudahkan anda memasarkan produk.
  5. Belajar mula menjana pendapatan melalui blog.
  6. Belajar asas-asas kedai online seperti membuat borang tempahan dan menulis entri berdasarkan 5 label utama.
  7. Bila sudah ada shopping cart, juga bina blog yang khusus untuk sasaran pembaca dan juga kepada bakal pelanggan.
  8. Anda juga boleh menyimpan stok barang sendiri ataupun tidak. Terpulang kepada kemampuan anda. Anda juga boleh mula menjana pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah. In Shaa Allah.

Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej  yang anda pilih :

PAKEJ YURAN KELAS BLOG BISNES & PENULISAN (BERMULA 28 JULAI 2015) :

YURAN 1 - RM150 - Kelas Asas Blog Penulisan (Bonus Ebook Belajar Asas Blog)
YURAN 2 - RM180 - Kelas Asas Blog Penulisan (Bonus 3 Ebook : Belajar Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online)

YURAN 3 - RM200 - Kelas Asas Blog Penulisan ATAU Kelas Asas Blog Bisnes Fanpage (Bonus 4 Ebook : Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes)

YURAN 4 - RM250 - Kelas Blog Bisnes ATAU Penulisan serta layak menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE ABDR. (Bonus 6 Ebook : Asas Blog, Super Wahm Super Mom, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes, Yeay Mama Sudah Resign, 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1).

YURAN 5 - RM300 - Kelas Blog Bisnes dan Penulisan Serentak serta layak menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE ABDR. (Bonus 10 Ebook : Asas Blog, Mula Bisnes Butik Online, 101 Idea Home Based Bisnes, Panduan Berpantang, Resepi Pantang, Super Wahm Super Mom, Rahsia Khidmat Pelanggan, Yeay Mama Sudah Resign, 10 Langkah Bina Kedai Online Edisi 1, Panduan Rakan Niaga).

  • Kelas online berada di dalam group kelas di facebook sahaja.
  • Masa belajar adalah sangat fleksibel, mengikut kesesuaian dan kelapangan masa pelajar sendiri. Tiada limit masa yang ditetapkan, bila-bila sahaja anda boleh datang ke kelas.
  • Nota tutorial yang lengkap bergambar disediakan untuk memudahkan pembelajaran.
  • Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang kesemuanya merupakan usahawan online dan WAHM.
  • Anda masih boleh menghadiri kelas dan mengikuti tutorial secara berterusan walaupun tugasan anda sudah selesai.
  • Dapat menjana pendapatan melalui produk yang terdapat di ABDR jika anda mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE ABDR.
Jika anda sudah bersedia untuk menggunakan blog sebagai kaedah pemasaran yang paling efektif dan berkesan, menjadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi idea dan menjadi platform pelanggan untuk mendapatkan produk serta untuk menjadikan blog anda mudah mendapat tempat di carian google, serta mudah dijejaki oleh para pembaca, marilah sertai segera KELAS ONLINE BLOG ABDR ini ye.

Anda boleh membaca lebih banyak ulasan pelajar-pelajar ABDR di blog utama iaitu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com

Jika anda sudah bersedia, boleh mendaftar untuk menyertai keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan untuk para suri secara online.

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya melalui :
Email : normahsurinordin@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-5240739

Untuk terus mendaftar, boleh terus isikan borang tempahan di sini ye :

http://normahsurinordin.blogspot.com/p/borang-tempahan.html




Tuesday 19 January 2016

Marilah Menuju Kejayaan...

Assalamualaikum...

Ada sesuatu yang saya nak beritahu anda semua ni...
...
...
...
Sekarang tibalah masanya kita bersama-sama menuju ke arah kejayaan...😊
...
Anda faham?
...
Salam Asar semua...😊😊😊



Saturday 9 January 2016

Apa Tujuan Menjalankan Perniagaan?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pasti ramai yang berpendapat bahawa menjalankan perniagaan adalah untuk mencapai segala impian di dalam kehidupan... seperti memiliki kereta mewah, rumah mewah, pergi melancong bersama keluarga, simpanan yang banyak untuk masa depan dan berbagai-bagai lagi KEHENDAK... Kerana itulah mereka bertungkus lumus dan berusaha kuat tidak kira siang dan malam, tanpa mengira hujan atau panas. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai semua impian tersebut.

Anda tidak perlu risau...pasti Allah akan memperkenankan segala usaha kita satu masa nanti... Namun ramai di antara kita mula menjadi LEKA apabila memperolehi NIKMAT... Mereka akan mula memenuhi kehidupan mereka dengan cara yang lebih MEWAH, hanya ingin berkawan dengan orang-orang tertentu atau yang setaraf sahaja. Mula meninggikan diri dan merendah-rendahkan orang lain. Cara berpakaian juga mengikut gaya yang moden. Bahkan semakin lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan tersebut hanya bersifat SEMENTARA...

Oleh sebab itu tidak ramai yang menjadikan tujuan TERTINGGI berniaga adalah mengajak orang lain untuk lebih mengenali Allah SWT dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW... Ini adalah dengan cara menggunakan harta kekayaannya, rumahnya dan segala nikmat yang diperolehi untuk  menyebarkan MATLAMAT TERTINGGI manusia dan seterusnya untuk dijadikan sebagai bekal apabila bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil.

Dengan cara ini sahaja dapat mengajar manusia supaya menjadi TAKUT dan TAAT kepada Allah SWT. Ia juga mengajar manusia supaya menjadi orang yang sentiasa BERSABAR dan sentiasa BERSYUKUR... agar sentiasa berdoa dan bergantung HARAP hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada MANUSIA... Dan meletakkan kepercayaan bahawa segala HASIL yang diperolehi bukan kerana atas USAHA sendiri... tetapi segalanya adalah dengan kekuasaan dan rahmat daripada ALLAH SWT...

Semoga kita semua tidak dilalaikan dan terpesong daripada tujuan yang sebenar...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Friday 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016


Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi sahabat2 Positif

Moga semua yang dirancang dipermudahkan & diberi kelancaran oleh Yang Maha Pengasih.

Aamiin... 😊