Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Koleksi Handsocks Yang Berwarna-warni


HANDSOCKS DWITONE 26CM



HANDSOCKS DWITONE 26CM



HANDSOCKS DWITONE 26CM



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda sekalian. Pertama sekali marilah bersama-sama kita mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah bagi mengukuhkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. dan meneruskan sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W. iaitu dalam bidang perniagaan yang sedang kita jalankan.

Dalam perniagaan kita haruslah berani untuk melakukan sesuatu tindakan. Yakinlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita selalu. Berdoalah dan bertawakkallah semoga apa yang kita lakukan beroleh kejayaan.

Oleh itu di sini saya ingin mengajak anda untuk menyertai bisnes handsocks dan juga dropship bagi sesiapa yang berminat.

Di sini terdapat pelbagai jenis handsocks yang berwarna-warni samada plain atau dwitone. Terdapat pelbagai ukuran dari yang terpanjang 30cm hingga yang pendek berukuran 26cm.

Untuk gambar di atas adalah Handsocks Plain 30cm sebenarnya. Di bawahnya pula adalah Handsocks Dwitone 26cm. Semuanya adalah free size. Panjang hingga ke siku. Dwitone juga terdapat dalam saiz 30cm.

Bagi yang berminat untuk menjadi agen atau membeli secara borong, harga adalah seperti berikut :

HANDSOCKS PLAIN 30CM   
Harga agen/ borong : RM 4.50
Harga jual : RM 6.00
Untung : RM 1.50

HANDSOCKS DWITONE 26CM
Harga agen/ borong : RM 4.50
Harga jual : RM 7.00
Untung : RM 2.50

Order adalah mengikut nombor-nombor yang terdapat pada gambar di atas. Borong pula maksimum sebanyak 24 pasang.

Kos pos untuk Semenanjung RM 6.00 500gm ke bawah.
Kos pos Sabah  RM 8.50
Kos pos Sarawak RM 9.30

Bagi yang berminat boleh PM/ Whatsapp di 017-5240739
Email : normahsurinordin@gmail.com

Boleh bankin ke no akaun 08077020153774
Bank Islam
atas nama AHMAD ZAKI BIN SAPIAI

Pembayaran boleh dibuat dalam masa 48 jam. Selepas tempoh itu, booking anda akan dibatalkan. Selepas bankin terus info kepada kami dengan segera.

Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari. Kami akan berikan tracking no kepada anda melalui SMS atau Whatsapp. Minta kerjasama untuk meklumkan kepada pihak kami sekiranya barang telah selamat diterima. Supaya kami dapat memperbaiki perkhidmatan dan melancarkan kerja-kerja merekod. Terima kasih.

Friday, 29 May 2015

Isi Masa Lapang Sambil Berbisnes


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang penuh barakah ini. Di waktu petang yang damai ini saya tinggal berdua dengan anak kedua saya yang sedang tidur. Anak sulung dah ikut ayahnya keluar, biasa kalau ayah dia nak ke mana-mana mesti tak boleh tinggal. Ambil masa sekejap nak update blog ni.

Kenapa saya letak gambar aiskrim Malaysia ni pulak kan? Terliur tengok tu, dah lama tak makan aiskrim Malaysia ni. Saya ingatkan dah tak ada lagi orang nak makan aiskrim Malaysia. Ye la kat pasaran tu dah ada bermacam-macam jenis aiskrim yang pastinya lebih berwarna-warni dan rasanya pasti lebih enak. Rupanya masih ada orang yang berminat dengan aiskrim Malaysia ni.

Ni la saya nak cerita. Mulanya saya saje sembang-sembang dengan kakak ipar saya, apa nak buat kat rumah sambil isi masa lapang. Kebetulan kakak ipar saya ni baru mula berniaga kuih-muih berhampiran kawasan perumahannya. Dia juga membuat aiskrim Malaysia ni untuk dijual juga. Dari situ dia mencadangkan saya supaya membuat aiskrim Malaysia ni di rumah. Apabila tiba masanya aiskrim akan dihantar kepada orang tengah. Setelah dijual komisen akan diambil oleh beliau.

Pada awalnya saya hanya membuat sedikit sahaja. Tetapi tidak cukup kerana permintaan banyak. Jadi saya menambah lagi bilangan aiskrim yang saya buat. Tidak banyak modal diperlukan untuk membuat aiskrim Malaysia ni. Cuma perlu beli gula, perasa dan pewarna serta plastik aiskrim. Air yang digunakan perlulah menggunakan air yang telah dimasak untuk mendapatkan aiskrim yang gebu. Saya menggunakan beberapa perisa seperti jagung, sarsi dan anggur. Kemudian saya akan menukarkannya kepada perisa yang lain seperti oren, milo dan asam masin. Banyak lagi perisa yang boleh dibuat jika mahu. Aiskrim ni pula dijual dengan harga RM0.30 sebatang. Sekali jual boleh la dapat dalam lebih kurang RM30.00. Kalau aiskrim banyak lebih lagi saya dapat

Mulanya sekadar untuk isi masa lapang, tapi tak sangka boleh menambah sedikit pendapatan. Sekali dah mula saya akan meneruskannya. Sambil tu dapat juga saya menikmati aiskrim ni. tak payah beli aiskrim di kedai. Anak-anak pun suka makan aiskrim ni. Tapi tak boleh selalu, nanti batuk pulak. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah aiskrim ni. Mana la tahu boleh menjana pendapatan pula.

Kalau anda berminat nak dapatkan dari saya boleh sms/whatsapp : 017-5240739 Nor Mahsuri.



Sunday, 15 March 2015

Mengapa Jenama Penting Dalam Perniagaan?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengunjungi rumah kedua saya ini. Banyak yang perlu dikemaskini dan perlu diberi sedikit kesegaran supaya ia segar dan ceria kembali. 

Sempena cuti sekolah yang baru bermula ini, pasti ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak ke tempat-tempat yang menarik. Jika tidak pun pasti ramai yang akan menghadiri majlis kenduri-kendara yang diadakan di kampung-kampung ataupun di kawasan kejiranan anda. Di samping dapat bergembira, dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga yang jauh dan jarang-jarang berjumpa.

Dalam sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan, pasti ramai yang telah membuat persiapan awal dalam keperluan untuk majlis persandingan, contohnya tempahan pelamin, pakaian pengantin, mak andam dan sebagainya. Pasti semuanya diambil daripada syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan tersebut tidak kira secara berasingan ataupun secara pakej. Yang penting semuanya dapat disediakan dengan sempurna. 

Pada masa kini banyak syarikat yang telah menyediakan bermacam-macam pakej yang lengkap untuk sesebuah majlis perkahwinan yang mudah dipanggil sebagai "wedding planner". Pelanggan hanya perlu datang berbincang tentang tema yang diinginkan, konsep beserta bajet yang diperlukan, dan segalanya akan diuruskan oleh mereka. Pastinya mereka mempunyai jenama mereka sendiri, ada yang sudah terkenal, dan ada yang masih membina nama. 

Bercakap mengenai jenama, kita pasti terfikir apa yang ada pada jenama? Jika kita membeli barang contohnya pakaian, beg tangan, jam tangan, kasut dan sebagainya, pasti kita akan memilih yang berjenama. Mengapa? Adakah ia stylo, adakah ia cantik dipandang, adakah kerana kualitinya? Semua terpulang pada keselesaan kita. Ada juga barang yang tidak berjenama, tetapi selesa dan berkenan di hati kita, pasti kita akan membeli dan memakainya bukan. 

Begitu juga dalam perniagaan, pasti syarikat mementingkan jenama kerana dengan jenama itu mereka dapat memperkenalkan perniagaan mereka. Seperti sesetengah syarikat di negara-negara maju mereka sanggup melabur sehingga jutaan ringgit demi mengembangkan jenama mereka.

Apa itu jenama? Sekali lagi ditanya soalan ini? Jawapannya mengikut yang ditafsirkan oleh kamus Oxford, Penjenamaan (branding) bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membeli atau mendapatkan khidmat yang diperlukan.

Jenama boleh disamakan seperti perasa di dalam masakan. Jika kurang rasanya, maka kurang enaklah makanan tersebut. Jenama boleh dikatakan sebagai penambah nilai kepada produk syarikat, ataupun pada diri anda sendiri juga. Dengan menggunakan jenama sesuatu barangan atau produk akan nampak bernilai dan lebih berharga dipandang, tidak kira sekecil atau sebesar mana syarikat tersebut.

Dengan menggunkan jenama bukan sahaja dapat menambah nilai sesuatu produk atau barangan kita, tetapi ia juga amat penting untuk memastikan produk kita laku di pasaran. Jenama juga akan menjadi iklan percuma kepada barangan kita dengan memastikan barangan yang akan dijual itu berkualiti dalam pembuatannya. Contohnya jika kita seorang penjual nasi lemak, dan kita namakan produk itu dengan 'Nasi Lemak Baiduri'. Jika nama sedap, pasti rasanya juga sedap, itu bagi pandangan sesetengah pelanggan, maka mereka akan rasa ingin mencuba dan membeli produk kita. Apabila mereka telah merasa kelazatannya, maka mereka akan datang dan membeli lagi, seterusnya mereka akan mencanang kepada rakan-rakan yang lain dan akan turut membeli dan setersunya juga menjadi pelanggan kita. Dapatlah kita iklan secara percuma. Mudah bukan?

Kebiasaannya sesebuah syarikat akan menggunakan lambang atau simbol tertentu bagi melambangkan jenama produk atau barangan mereka yang membezakan produk mereka dengan produk syarikat yang lain. Apabila jenama telah dibangunkan dan ia mesti berhubung atau berkaitan dengan produk yang akan dijual. Seterusnya menetapkan spesifikasi produk yang dicipta agar dapat memudahkan pelanggan apabila mereka memerlukan penjelasan yang lanjut berkenaan produk kita. Dengan adanya kualiti tersebut akan dapat menguatkan persepsi pelanggan bahawa produk kita adalah istimewa dan dapat menyelesaikan masalah mereka apabila menggunakannya.

Jenama adalah satu-satunya cara yang paling efektif digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu berkuasa dalam pasaran dan menjadi instrumen utama dalam kebanyakan pemasaran sesuatu produk. Dalam era moden ini perniagaan amat memerlukan jenama. Dengan adanya jenama itu seterusnya akan menjadi identiti syarikat tersebut dan menjadikan syarikat lebih mudah dikenali. Jika di Barat, kebanyakan syarikat perniagaan yang lebih maju ke hadapan, mereka sanggup melabur dengan jumlah yang banyak dalam sesuatu penjenamaan. Contohnya, Coke telah terkenal dalam penajaan sukan Olimpik  sejak dari tahun 1928, Adidas juga turut menaja kejohanan Bola Sepak Piala Dunia sejak beberapa dekad yang lalu. Dengan aktiviti penajaan ini menjadikan jenama mereka lebih dikenali di seluruh dunia, dan menjadikan pelanggan dan orang ramai rasa teruja untuk memiliki jenama tersebut.

Dalam kehidupan kita ini, jenama bukan sahaja terkenal ketika adanya acara sukan antarabangsa sahaja, malah ia turut memberi impak dalam kehidupan seharian kita. Anda tidak percaya? Cuba kita lihat berapa ramai orang menggunakan ungkapan, "saya hendak membeli sabun cuci pinggan" dibandingkan dengan ungkapan "saya hendak membeli axion". Sudah pasti ungkapan kedua yang lebih sering kita dengar banyak digunakan untuk menunjukkan jenama tersebut lebih dikenali dan juga kualiti yang ada padanya menjadikan ia lebih menjadi pilihan pengguna berbanding jenama lain yang ada di pasaran. Walaupun harga produk tersebut tentu lebih tinggi daripada yang lain, oleh kerana kualiti yang ada padanya, pengguna tidak kisah untuk memilih jenama tersebut. Selaras dengan itu penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi sesuatu produk akan tetap dilakukan oleh syarikat perniagaan bagi memastikan produk mereka mengekalkan kualiti yang dikehendaki dan seterusnya meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada jenama mereka. Maka pelanggan akan setia dan tetap memilih produk mereka walaupun lebih banyak lagi produk yang lebih kurang sama wujud dan menjadi pesaing mereka dalam pasaran.

Kebanyakan syarikat yang baru muncul menggunakan kaedah harga yang rendah bagi menarik pelanggan berbanding kualiti produk. Kaedah ini tidak akan kekal lama kerana pelanggan kini lebih tahu taktik yang digunakan oleh peniaga dan mereka tahu membezakan produk mana yang lebih berkualiti dan mana yang tidak. Kulaiti adalah amat penting bagi pelanggan untuk terus kekal menggunakan sesuatu jenama produk tertentu, di samping itu syarikat tetap terus mengekalkan kualiti dan juga menambah baik produk dan mengembangkannya dengan mencipta produk baru megikut perkembangan semasa. Ini kerana pelanggan akan mudah beralih arah jika didapati produk yang digunakan sekarang masih berada di tahap yang sama dan mereka mendapati produk syarikat lain adalah lebih efektif  untuk dimiliki. Oleh itu peniaga perlu mengikuti perkembangan semasa dunia perniagaan terutamanya daripada pesaing-pesaing agar produk anda tidak ketinggalan zaman dan seterusnya mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Perlu diingatkan kepada pengeluar produk supaya sentiasa mematuhi slogan kepada jenama yang mereka keluarkan kepada pelanggan. Contohnya salah satu produk kecantikan yang telah lama berada di pasaran, Atika Beauty dengan menggunakan slogan Cantik Luaran, Sihat Dalaman. Slogan yang digunakan oleh syarikat ini berkesan dan berjaya menarik pelanggan dengan kenyataan produk ini tidak perlu dipuji, hanya perlu diuji untuk mengetahui kehebatannya. Dengan adanya testimoni yang telah berjaya dan juga stokis-stokis dan pengedar yang terdapat di seluruh negeri menjadikan ia lebih menarik kepercayaan pengguna untuk menggunakannya. Dengan kesungguhan dan kemajuan yang ditunjuukkan menjadikan syarikat ini sentiasa berada di iklan muka depan di salah sebuah majalah kegemaran masyarakat iaitu Mingguan Wanita. Produk ini juga menjadi antara pesaing hebat jenama yang lain seperti produk D'Herbs Terlajak Laris, V'Asia, DNars dan banyak lagi.

Teknik penjenamaan ini telah banyak digunakan oleh peniaga-peniaga muda pada hari ini kerana mereka tahu potensi yang tinggi untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Penjenamaan yang berkesan akan mudah diingati oleh orang ramai dan pelanggan, malah tidak disangsikan jika kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik, pelanggan tidak akan sangsi untuk kembali lagi mendapatkannya. Apabila kepercayaan telah diperolehi, pelanggan akan terus melabur kepada perniagaan anda dan pemasaran produk anda akan menjadi lebih mudah jika pelanggan tersebut menjaja dari mulut ke mulut berkenaan produk anda. Untuk menjadikan sesuatu jenama itu lebih dikenali dan meningkat naik ternyata bukanlah sesuatu yang mudah, dan memerlukan masa yang lama dan usaha yang lebih gigih. Tetapi jenama adalah strategi percuma yang efektif untuk sepanjang masa dan ketika. Ciptalah jenama apa pun, di samping produk yang berkualiti pasti anda akan dapat hasilnya.

Apabila kita memasuki restoran makanan segera contohnya KFC, pasti terdapat tema yang ditunjukkan iaitu "Sedap Hingga Menjilat Jari". Contoh ini adalah menunjukkan jenama yang kuat melalui tema yang digunakan. Tema tidak semestinya niche, slogan atau tajuk utama produk tersebut, tetapi merangkumi konsep keseluruhannya supaya ia mudah diadaptasi oleh pelanggan yang semestinya mereka akan seronok merasainya.

Friday, 28 November 2014

Nak Diet... Tapi Takut Lapar...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Salam Jumaat buat semua pengunjung dan pembaca blog saya ini. Hari yang baru lagi bermula dan menghitung hari yang semakin menghampiri ke tahun yang baru. Adakah telah tercapai semua matlamat dalam hidupku? Adakah telah terlaksana semua rencanaku? Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang? Semua itu bermain di dalam fikiranku.

Semakin kufikir-fikir semakin runsing, mungkinkah masih ada peluang untuk diriku menjadi lebih baik. Sedangkan hari-hari yang lepas telah kubiarkan sia-sia. Ya Allah bantulah hambamu ini dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaanMu. Berilah kekuatan kepada diriku ini untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang kurasakan semakin menyesakkan. 

Dalam merenung diri aku teruskan jua mengharungi hari ini. Setelah bangun seawal jam 6.00 pagi, sejurus mendengar azan Subuh saya terus membersihkan diri. Walaupun air yang sejuk tidak kuhiraukan kerana itu sudah menjadi kebiasaan. Kerana hujan yang lebat malam tadi air menjadi semakin dingin seperti ais. Kuteruskan jua sehingga selesai, dan mengambil air sembahyang, bersiap lalu terus menunaikan solat Subuh. Setelah selesai berdoa aku bermuhasabah seketika sebelum meninggalkan tikar sembahyang.

Kebiasaannya saya akan memasak sarapan awal untuk suami kerana dia akan keluar bekerja pada pukul 7.00 pagi. Sambil itu saya memasukkan baju-baju yang kotor ke dalam mesin basuh dan memutar mesin. Sementara itu saya menyelesaikan kerja-kerja di dapur. Selepas semua selesai dan suami telah keluar bekerja, saya akan menyidai kain dan mengemas rumah sementara anak-anak belum bangun dari tidur. Biasanya si adik yang akan bangun awal, manakala abang pula akan bangun lewat sekitar jam 9.00 pagi.

Sambil melayan si adik saya menyelesaikan kerja-kerja yang masih belum siap, kemudian menyedikan sarapan untuk si abang dan si adik pula. Adik sekarang sudah mula makan, jadi perlu sediakan bubur nasi untuk adik. Setelah siap adik akan sarapan dahulu. Biasanya bila abang bangun, adik sudah selesai mandi dan bermain. Abang pula bangun-bangun tidur terus mintak susu. Lepas tu main dengan adik. Dia suka cium adik. Sayang sangat kat adik dia, tapi ada masa-masa dia suka sakat adik dia pulak. Seronok tengok gelagat 2 beradik ni. Abang dia suka baca buku. Baca depan adik dia, tapi adik ni geram nak buku juga, lepas tu masuk ke mulut. Hehe...

Si adik pula dah pandai menjulur. Habis keliling rumah dijelajahnya. Nak ikut abang lari ke sana, ke sini adik masih belum boleh lagi. Kenalah ibu angkat adik ke tempat asal dia, tapi tak lama. Sekejap sahaja adik dah sampai ke tempat lain. Bila adik letih, adik minum susu lepas tu tidur. Sampai masa mak nak sediakan makan tengah hari pula. Abang pun sibuk tanya itu ini, riuh mulut dia. Dah bosan tunggu mak masak, dia ambil basikal dia naik pusing keliling ruang tamu. Nasib baik la adik dia tak hirau bunyi bising. Senang sikit nak selesaikan memasak. 

Bila ayah balik, abang dengar je bunyi kereta ayah terus menuju ke pintu sambut ayah. Seronok sangat tengok ayah balik, nak tolong ayah angkat barang. Biasanya ayah dia balik dekat pukul 2.00 petang. Masa tu biasanya adik belum bangun. Ayah balik-balik je terus tengok adik. Selepas berehat dan makan tengah hari, ayah biasanya akan tidur sekejap. Abang pun akan tidur juga, masih tidur di dalam buaian. Jadi ada dua buaian, satu untuk adik dan satu untuk abang.

Hari ni ayah nak balik ke kampung, abang pun nak ikut sekali. Selalunya ayah akan balik ke kampung 2 atau 3 hari sekali, sebab ayah nak tengok ayam itik yang diternaknya di sana. Dia akan membersihkan kandang dan reban, serta menambah makanan dan minuman untuk ayam itik tersebut. Biasanya ayah akan kutip telur-telur ayam dan itik untuk dibawa balik dan dijual. Sekarang kami tinggal di rumah sewa, jadi ayah tak boleh nak ternak ayam itik di sini, jadi dia buat di kampung. Lagi pun abang dia ada di sana, boleh tolong tengok-tengokkan apabila dia tidak sempat balik kampung. Ayah memang berminat dengan ternakan ayam itik, dan bercita-cita nak besarkan perniagaan untuk ternakan kerana pasaran dan permintaan tinggi.

Bila ayah dan abang tiada di rumah, tinggallah mak dan adik dua orang di rumah, Sunyi rasa bila adik dah tidur. Sementara menunggu ayah dan abang balik, tak tau nak buat apa, ambil majalah Mingguan Wanita. Sambil tu cari idea nak tulis apa dalam blog. Selak-selak majalah masih tak dapat lagi idea nak tulis apa. Jadi nak kongsi tips je la. Saya berminat pulak dengan tips kesihatan ni. Pasti ramai di luar sana yang ingin berdiet kan? Kalau sebut je pasal diet pasti ramai yang menahan lapar untuk mendapatkan badan yang kurus dan langsing. Jangan risau, walaupun anda berdiet, anda boleh elakkan untuk tidak berasa lapar sepanjang tempoh berdiet nanti. 

Biasanya apabila anda tidak dapat menahan lapar, pasti anda akan makan lebih banyak untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Dengan itu, niat untuk berdiet bukan sahaja terbantut, malah harapan untuk mendapatkan bentuk badan impian juga turut musnah. Jangan cepat berputus asa. Selepas membaca tips ini anda pasti akan bersemangat semula untuk meneruskan semula program diet anda. Cubalah beberapa tips ini, yang pasti mudah untuk anda ikuti. 

Tips mengelakkan rasa lapar ketika berdiet :

1. Banyakkan minum air kosong

Amalkan meminum segelas air pada setiap jam. Dengan ini dapat membantu menyingkirkan toksik dari tubuh dan memberikan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu tubuh terhidrasi dengan baik, seterusnya menyihatkan dan memberikan tenaga.

2. Masukkan kayu manis ke dalam masakan

Kayu manis adalah sejenis rempah yang menyihatkan dan banyak manfaatnya. Ia berfungsi menstabilkan gula dalam darah dan melambatkan proses pencernaan. Jadi anda akan berasa kenyang lebih lama.

3. Makan dengan perlahan

Dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dapat membantu pencernaan dengan baik dan sempurna. Sekiranya anda makan dengan laju pencernaan tidak dapat dilakukan dengan baik, dan membuatkan anda tidak berasa kenyang. Sebab itu anda akan makan lebih banyak.

4. Makan buah-buahan

Amalkan makan buah-buahan kerana ia sangat baik untuk kesihatan anda. Ada juga yang suka meminum jus buah-buahan sahaja. Walaupun ia lebih mudah, tetapi adalah lebih bagus makan buah segar yang telah dipotong, kerana ia dapat membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

5. Kurangkan pengambilan gula

Pasti anda sedar bahawa gula dapat memberikan rasa kenyang dengan segera, tetapi rasa kenyang akan hilang dalam tempoh yang singkat. Apabila tekanan darah menurun, kita akan mudah merasa lapar. Oleh itu, cara tebaik adalah dengan mengurangkan pengambilannya dalam kehidupan seharian kita.

6. Makan makanan tinggi serat

Serat adalah sejenis makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Anda digalakkan untuk mengambil serat setiap kali sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ia juga dapat membantu memudahkan sistem pencernaan kita.

7. Minum teh atau kopi

Untuk mengurangkan rasa lapar, minumlah teh atau kopi. Lebih elok jika diminum dengan mengurangkan kandungan gula. Teh juga dikatakan dapat meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

8. Makan dengan kuantiti yang sedikit

Tidak salah anda makan 3 kali sehari, tetapi cuba amalkan dengan mengambil kuantiti yang sedikit tetapi seimbang. Dengan mengamalkan ini ia dapat mengawal paras gula dalam darah, dan juga mengelakkan kita berasa lapar sepanjang masa. 

Bagi anda yang mengamalkan diet dengan menahan lapar, akan menyebabkan tubuh kekurangan kalori yang menjadi sumber tenaga. Anda akan menjadi hilang tumpuan dan mudah pengsan. Anda juga cuba menahan nafsu untuk makan. Apabila ini terjadi pasti anda tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan sempurna. Oleh itu amalkan diet dengan cara yang sihat. 

Selamat berdiet diucapkan, dan semoga berjaya...!!!


Thursday, 30 October 2014

Buanglah Sikap Negatif

Assalamulaiakum w.b.t. dan salam sejahtera.

Walaupun sudah larut malam, saya ambil juga kesempatan ini untuk menukilkan sepatah dua kata di dalam blog ini untuk tatapan anda para pembaca, dan juga untuk peringatan diri sendiri. 

Pada awal pagi tadi, sambil mengemas rumah dan melayan anak-anak saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Saya berminat dengan satu topik yang diketengakan iaitu berkaitan dengan kebersihan di kawasan perumahan bagi mengelakkan wabak denggi. 

Pasti ramai yang bersetuju untuk menghapuskan denggi dan juga bersimpati apabila mendengar berita tentang mangsa-mangsa yang dijangkiti demam denggi. Kita juga berusaha untuk menjaga diri dan keluarga daripada mengalami perkara yang sama.

Namun ia hanya berlaku ketika wabak tersebut sedang hangat diperkatakan. Apabila ia sudah reda kita pun sedikit demi sedikit melupakannya dan menganggap tidak perlu lagi berhati-hati kerana wabak tersebut sudah berlalu, dan mengatakan ianya adalah wabak yang bermusim. Boleh dikatakan tindakan ini adalah seperti hangat-hangat tahi ayam. Begitulah sikap segelintir masyarakat yang yang terdapat di sekitar kawasan wabak tersebut.

Terdapat beberapa sikap negatif yang boleh dilihat, dan diharap anda bukanlah termasuk di dalam golongan tersebut.

1. Sikap Tidak Peduli 

    Kita mungkin terdengar kata-kata seperti ini. Ahh!!..Peduli apa aku??!!..Mereka yang mempunyai sikap seperti ini adalah terdiri daripada mereka yang tahu dan faham berkenaan denggi dan cara mencegahnya tetapi mereka tidak mahu melaksanakannya. Kebanyakan rakyat Malaysia sedar akan bahaya denggi tetapi mereka endah tak endah di dalam tindakan untuk melakukan pencegahan.

2. Tidak Mahu Berdikari

    Golongan ini sentiasa mengharapkan pihak kerajaan yang harus bertindak untuk menyelesaikan masalah wabak denggi. Mereka bertubuh sihat, sempurna akal fikiran dan mampu untuk melaksanakannya. Tetapi mereka lebih suka menunggu pihak lain yang melakukannya dan melihat hasilnya sahaja serta suka menyalahkan pihak tersebut atas apa yang berlaku.

3. Tidak Suka Mengemas (Pengotor)

    Wabak denggi yang berlaku di kawasan perumahan biasanya dilihat mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu mereka kurang menitikberatkan soal kebersihan kawasan sekitar. Biasanya di kawasan-kawasan ini dapat dilihat botol-botol plastik bertaburan, tayar-tayar lama terbiar bergelimpangan, serta bau-bau yang kurang menyenangkan dari longkang-longkang yang tersumbat serta semak samun yang tidak ditebas. Jelas sekali mereka gemar mengundang wabak tersebut kepada mereka.

4. Suka Percaya Kepada Perkara Tahyul @ Konspirasi

    Golongan seperti ini percaya bahawa mereka tidak akan dihinggapi oleh wabak tersebut, kononnya mereka kebal kerana sistem imun yang kuat hasil daripada latihan yang sering dilakukan di gim dan aktiviti-aktiviti kesihatan memberi antibodi yang kuat apabila digigit nyamuk pembawa denggi.

Selain itu ada juga yang percaya dengan mengamalkan pengambilan daun betik, meminum jus jambu batu dan 100plus dapat menghindari dan mengubati demam denggi. Terdapat juga mereka yang percaya dengan membiasakan diri digigit nyamuk akan membuatkan badan lali dengan nyamuk Aedes. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan hutan pula percaya bahawa nyamuk yang datang dari kawasan tersebut adalah tidak berbahaya kerana datang dari habitat semulajadi. Manakala orang-orang tua pula percaya bahawa nyamuk tidak dapat menembusi kulit mereka  yang tebal apabila digigit.

5. Kurang Kefahaman

    Melihat kawasan yang bersih tidak semestinya ia selamat daripada wabak denggi kerana nyamuk boleh terbang ke mana sahaja dengan membawa wabak tersebut. Ia tidak peduli sama ada anda orang biasa, orang kenamaan, ataupun olahragawan terkenal, kerana ia tidak mengenal mangsanya. Selagi anda berada di dalam kawasannya, selagi itu anda tidak akan terlepas. Oleh itu berwaspada sentiasa.

6. Tidak Mempunyai Disiplin

    "Buang je...nanti ada lori sampah datang ambik!!!... Kata-kata ini didengar seperti tidak bertanggungjawab dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang menjalankan tugas. 

Bayangkan di Jepun, semua penduduk rumah pangsa diberi tanggungjawab terhadap kebersihan kawasan tersebut. Pada setiap hari Ahad pertama, ketua setiap rumah atau keluarga diwajibkan menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan. Jika mereka gagal menyertainya, mereka akan dikenakan denda. Setiap keluarga atau rumah disenaraikan di dalam jadual dan diberi tanggungjawab untuk membersihkan sampah-sampah besar.

Jika perkara ini diamalkan di Malaysia pasti akan bahagialah masyarakat kita kerana terhindar daripada wabak yang berbahaya. Seperti kata pepatah, alah bisa, tegal biasa, maka akan berakhirlah kisah denggi dan menjadi sejarah. Ke mana pula hilangnya nilai-nilai murni yang selalu kita bangga-banggakan dahulu?

Adakah masyarakat kita sudah lali melihat timbunan sampah yang melimpah di tong-tong sampah, dan lali melihat botol-botol kosong bertaburan serta tidak mengendahkannya, lalu membiarkannya begitu sahaja. 

Adakah anda pasti tidak tersenarai dalam golongan yang disebutkan di atas tadi? Jika ada, marilah sama-sama kita mengubahnya ke arah yang lebih positif untuk kebaikan kita serta masyarakat seluruhnya. Walaupun usaha memerangi denggi adalah sesuatu yang memenatkan, tetapi atas usaha kita itu akan membuahkan hasil yang amat menakjubkan.

Fikir-fikirkanlah...sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum.....




Sunday, 12 October 2014

Bertemu Kembali (Setelah Lama Menyepi)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada para pembaca dan pengunjung yang dihormati sekalian.

Bertemu di hujung minggu ini, sambil bersantai bersama keluarga bagi yang sedang bercuti, manakala bagi yang bekerja diucapkan selamat menjalankan tugas. Bukan niat saya untuk meninggalkan blog ini, apalagi melupakannya. Hati saya berasa ingin sekali untuk sentiasa berada di sini untuk mencurahkan dan melestarikan sepatah dua kata untuk tatapan pembaca sekalian. Apakan daya niat itu terhalang disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Maklum saja kita ini manusia biasa, banyak kelemahannya. Baru kini saya berkesempatan untuk menaip. Antara penyebab kesukaran saya adalah kehabisan kredit untuk internet. Apabila kredit sudah habis maka, untuk topup kembali mengambil masa yang lama. Apalagi saya ni hanya seorang suri rumah yang hanya mengharap wang belanja dari suami. Jika nak minta topup tunggu berhari-hari baru dapat. Tapi saya tidak jadikan itu sebagai penghalang untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan ini. Apabila saya telah mendapat kesempatan ini, saya akan gunakan sepenuhnya. Maklum saja bila dah habis kredit nanti entah bila pula saya akan menulis kembali.

Jika saya tidak menghadap laptop ini, seperti biasa saya akan melakukan tugas-tugas harian sebagai suri rumah, mengemas rumah, memasak, melayan anak-anak. Tetapi mata masih menjeling-jeling laptop ni, bila la boleh nak aktif semula. Ye la, kalau tak ada internet rasanya tak ada apa-apa yang nak dibuat dengan laptop ni kan? Time dah selesai semua kerja rumah, anak-anak pun dah tidur, inilah masanya yang sesuai untuk mengadap laptop. Tenang sikit rasanya. 

Saya merasa gembira apabila melihat kini telah ramai yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi akademi dan juga berjaya memajukan diri sendiri. Jika dibandingkan dengan yang lain-lain, juga pelajar-pelajar yang baru menyertai, saya dikira telah banyak ketinggalan. Walaupun saya telah lama menyertai akademi ini, tetapi saya masih lagi merangkak untuk menyelesaikan tugasan. Mungkin rezeki masing-masing telah ditentukan. Tetapi saya tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha bagi menjayakan blog ini.

Ok la, walaupun saya dapat menjenguk sekejap, saya tetap berharap akan menjadi seperti individu yang telah berjaya. Doakan saya sentiasa istiqamah dalam apa yang saya lakukan ini. Saya bermohon diri dahulu kerana anak saya sudah memanggil (menangis). Wassalam.

Friday, 25 July 2014

Menjelang Tiba Syawal Mulia

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ke 28 Ramadhan, diharap kita meneruskan amal ibadah dan merebut segala kebaikannya di hujung-hujung bulan ini. Tentunya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk Syawal yang bakal tiba 2 hari saja lagi. Ketika ini sudah tentu ramai yang sudah pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga masing-masing, dan membantu untuk membuat persiapan terakhir menjelang syawal. Dalam kegembiraan menyambut syawal nanti jangan dilupa kepada mereka yang tidak berdaya dan tidak berkemampuan. Hulurkan sedekah bagi mereka yang memerlukan. Ingatlah saudara seagama kita yang sedang mengalami penderitaan di Gaza yang sedang menghadapi serangan Israel laknatullah. Ingatlah bahawa kita perlu bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang melimpah ruah di samping keamanan dan kedamaian yang kita miliki sekarang. Berdoalah semoga keamanan ini sentiasa berpanjangan dan terhindar daripada sebarang kekacauan dan peperangan, serta bencana.

Tinggal 2 hari kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa masih belum cukup amal di bulan Ramadhan, tetapi ia sudah hampir meninggalkan kita. Semoga dapat bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan. Sayunya rasa di hati, mudah-mudahan bertemu lagi wahai Ramadhan.

Hari ni pagi-pagi lagi suami dah bersiap untuk bersahur. Kemudian dia menyiapkan barang-barang perniagaan untuk dibawa. Selepas solat Subuh dia terus bertolak ke tempat kerja untuk menyusun barang-barang. Jika lewat takut tidak sempat kerana hari ni pasti pelanggan datang awal ke market. Biasanya dekat-dekat raya ni ramai yang membeli keperluan dapur untuk masak-masak. Kalau lambat takut habis, maklum la pembekal pun semua dah start bercuti untuk balik kampung. Suami saya pun mengambil barang-barang lebih awal untuk stok 2 hari lagi. Kalau tak tempah awal-awal takut takde barang. Permintaan banyak pada musim perayaan ni. kalau hari biasa ambil setakat cukup-cukup sahaja. Tetapi untuk hari raya ni, terpaksa ambil 2 ke 3 kali ganda barang. Alhamdulillah rezeki masuk. Seperti tahun-tahun yang lepas kebanyakkan barang habis dijual. Jadi tak perlu simpan lebihan stok. Maklum la lepas tu nak kena tinggal bercuti raya pulak. Biasanya hari pertama sampai ketiga hari raya tak ramai yang nak beli barang di market, kalau ada pun orang bukan melayu yang tak sambut raya.

Tahun ni suami bercuti selama seminggu. Ye la nak balik beraya di kampung. Kali ni beraya di kampung suami dahulu, lepas tu raya ketiga baru kampung saya. Sunyi kampung saya tahun ni, ye la adik-adik yang dah berumahtangga semuanya beraya di rumah mertua. Tinggal adik-adik yang masih bersekolah temankan mak dan ayah beraya di kampung tu. Sabar ye mak, ayah, tunggu kepulangan anakmu ini. Jika sebelum ini kami beraya bertiga, tahun ini berempat pula. Perkenalkan ahli baru kami, 'Ainul Mardhiyyah puteri kami. Nanti kami jumpa datuk dan nenek ye.

Sebelum mengundur diri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri saya. Juga tidak lupa kepada Pn. Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), Pn. Anys Idayu Zakaria, Guru Online ABDR, dan semua rakan-rakan yang sama-sama berada di akademi. Salam Aidilfitri diucapkan. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Minal 'Aidil Wal Faizin....


Friday, 18 July 2014

Senarai Blog Rakan Akademi

Di dalam Kelas Asas Blog Fan Page bersama guru online Pn. Anys Idayu Zakaria, setelah create blog dan memasukkan entri, saya diajar pula cara untuk memasukkan senarai blog rakan akademi.

Cara memasukkan senarai blog di ruangan tepi blog anda adalah seperti berikut :

  • Pergi ke design - pilih layout 
  • Kemudian klik mana-mana kotak add gadget di sebelah tepi
  • Cari Blog List
  • Copy link blog dari senarai blog rakan akademi ke kotak tersebut
  • Kemudian save
  • Ulang semula copy link blog, klik add a list - save
  • Buat satu-satu sehingga habis
  • Selesai semua save - save arrangement
Pengasas Kelas Online :
http://naufalsayang.blogspot.com/
(buat dalam satu kotak add gadget yang pertama) 

Guru Online :
http://anysidayu.blogspot.com/
(buat dalam satu kotak add gadget yang kedua)

Blog Rakan Akademi :
(buat semua dalam satu kotak add gadget yang sama) - selain yang pertama dan kedua di atas
Contoh blog rakan akademi : http://asmahmdisa.blogspot.com/ dan lain-lain lagi.

Tujuan senarai blog ini adalah untuk berkenalan dan untuk menaikkan dan membantu aliran trafik ke blog masing-masing. 

Selamat melayari blog rakan-rakan kita ye... :)

Tuesday, 15 July 2014

Create Blog pula....

Selepas kita create email, apa kata kita create blog pula. Saya rasa sudah ramai yang tahu cara-cara untuk create blog ni kan. Tapi untuk yang belum tahu tu di sini saya tunjukkan caranya.

Untuk create blog, anda boleh klik link ini ye:

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&passive=1209600&continue=http://www.blogger.com/home&followup=http://www.blogger.com/home&ltmpl=start#s01

Untuk blog ni tulis nama anda, contoh : normahsurinordin.blogspot.

Pastikan semuanya nama dan huruf kecil serta berdekatan.

Mudah diingat dan ada kaitan dengan carian google juga.

Fokus blog, pilih apa yang anda suka baca, contoh :

Tajuk atas blog tu : Panduan Kesihatan dan Kecantikan.

Blog dan google, gmail hubungannya macam adik beradik, saling kait mengait, begitu juga you tube.

Kemudian mulakan dengan entri pengenalan.

Entri pertama pengenalan diri - tulis tentang :

  • analisa - nama mengikut ic
  • pendidikan, kerjaya
  • pengalaman kerja, bisnes
  • kemahiran
  • minat
  • matlamat jangka pendek
  • matlamat jangka panjang
Diharap anda boleh mengikuti langkah-langkah yang diberikan. Apabila sudah mahir teruskan dengan entri-entri yang lain berdasarkan pembacaan atau pengalaman anda. Selamat berblog... :)





Monday, 14 July 2014

Update Blog : BISNES ONLINE SURI BEKERJAYA

Sesuatu yang telah saya mulakan akan saya teruskan hingga ke akhirnya. Begitu juga dalam pembinaan blog BISNES ONLINE SURI BEKERJAYA. 

Setelah selesai mengemas rumah dan menguruskan anak-anak saya meluangkan masa untuk mengupdate blog ini. Seperti biasa apa yang dipelajari di Kelas Asas Blog Fanpage akan saya masukkan ke dalam blog tersebut.

Perkara pertama yang saya pelajari dalam pembinaan blog ini adalah create email, kerana email ini juga akan menghubungkan saya dengan blog ini juga. Ia tidak dapat dipisahkan seperti adik-beradik.
  1. Untuk create email pilih nama mengikut ic, contoh : normahsurinordin@gmail.com. Kemudian klik link di bawah : 


Alasannya untuk bina penjenamaan diri, email ini kelak boleh digunakan untuk bisnes dan juga urusan profesional yang lain.