Monday, 18 September 2017

Pendaftaran Peserta Geng Like

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua yang baru nak mengenali apa itu Geng Like, anda perlu tahu semua persoalan anda mengenai selok-belok bisnes akan terjawab di sini.😘

Anda tidak perlu berasa segan kerana ramai lagi orang seperti anda berada di dalam group ini.

Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu tahu, iaitu :
  1. Tarikh group kelas yang seterusnya akan diadakan pada 28hb September - 4 Oktober 2017.
  2. Anda sudah boleh mendaftar mulai sekarang.
  3. Maklumat peserta yang perlu diberikan adalah seperti nama penuh, nama fb, no. telefon & email.
  4. Kami akan menghantar details mengenai kelas Geng Like kepada anda melalui maklumat yang diberikan.
  5. Setiap seorang peserta yang mendaftar dan jika membawa/ mengajak kawan-kawan sama ada berdua atau berkumpulan, anda akan diberikan komisen.
Jika anda berminat untuk menyertai group kelas Geng Like Family L pada 28hb September ini, boleh terus whatsapp ke nombor yang tertera di bawah :

www.wasap.my/+60175240739



Saturday, 16 September 2017

Geng Like For Personal Branding


Geng Like bukanlah sekadar satu kumpulan yang Like semua post sahabat-sahabat di Facebook semata-mata. Geng Like sebenarnya adalah satu platform yang perlu digunakan oleh semua peniaga online terutamanya untuk membuat PERSONAL BRANDING dengan cara yang betul agar dapat memajukan bisnes mereka. Melalui Geng Like anda dapat belajar cara membuat PERSONAL BRANDING, PENULISAN YANG MENARIK & BERNETWORKING bersama ahli-ahli yang lain di dalam komuniti ini. 

Banyak kelebihan yang akan anda perolehi apabila join Geng Like, antaranya :
  • Anda dapat membuat PERSONAL BRANDING dengan cara yang betul.
  • Anda akan dapat tersenyum gembira apabila melihat WALL FB anda semakin MERIAH.
  • Anda akan menemui RAMAI KENALAN BISNES di dalam GENG LIKE.
  • Anda akan menjadi penulis yang lebih baik. Tulisan anda akan jadi LEBIH MENARIK & follower akan SUKA untuk membaca post anda di FB.
  • Anda akan mendapati sales semakin NAIK & dalam masa yang sama boleh mendapat lebih RAMAI AGENT.
Anda berminat untuk menyertai Family Geng Like? Pada 28hb September ini kelas akan bermula. Tempat adalah terhad! 

Siapa yang nak, cepat-cepat whatsapp untuk menempah tempat anda. 

Whatsapp ke : www.wasap.my/+60175240739

Saturday, 9 September 2017

Doa Dan Zikir Harian

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kebimbangan dan kesedihan, aku berlindung denganMu daripada berasa lemah dan malas, aku berlindung denganMu daripada sifat takut dan kedekut, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan tekanan manusia.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...

Wednesday, 6 September 2017

Bersyukur

Kebahagiaan hidup apabila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Tak merungut dengan apa yang belum dicapai. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan.

Assalamualaikum. Salam pagi Khamis. Teruskan kehidupan anda dengan gembira.😁😁😁

Tuesday, 29 August 2017

Antara Mahligai Ego Dan Cinta 1

Telefon Iphone di atas meja yang masih berdering itu sekadar diperhatinya. "Larra? Don't tell me it's your dad again" tegur satu suara membuatkan dia pantas menoleh ke arah Amanda yang sedang tergelak tidak jauh darinya. Dia mengeluh perlahan sebelum pantas mencapai telefon bimbitnya dan berjalan keluar menuju balkoni. Sudah beberapa kali papanya cuba menghubunginya sepanjang minggu itu.

"Assalamualaikum, papa".

"Waalaikumussalam. Kamu sengaja mengelak dari angkat call papa ya?" kedengaran suara papanya di hujung talian agak keras. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Aduh, bukan sengaja tak nak angkat tapi aku buntu apabila sering disoal soalan yang sama.

Pangkal hidungnya dipicit perlahan cuba memikirkan alasan terbaik. "Sorry, papa. Larra...Larra sibuk sikit" jawabnya. Aku tahu, tujuan papa telefon sebab nak pujuk aku balik semula ke Malaysia. Masih mengharap aku untuk mengambil alih syarikat. Padahal papa sendiri tahu, aku belum bersedia nak balik. Kedengaran satu keluhan berat dilepaskan di hujung talian.

"Busy ke, atau buat-buat busy? Berapa lama lagi kamu nak teruskan hidup macam ni?"

"Papa tahu kan Larra tak sedia lagi nak balik sana" jawabnya lembut. Dia benar-benar berharap papa akan faham situasinya. Aku belum bersedia bertemu sesiapa dari masa silam. Kisah lampaunya masih menjadi igauan buruk baginya.

"Dah 9 tahun dah pun benda tu lepas. Baliklah Larra. Kalau bukan kamu, siapa lagi nak tolong papa uruskan syarikat ni?" pujuk papanya lagi namun sedikitpun tidak berjaya mengubah fikirannya. Hidupnya musnah kerana peristiwa itu.

"Larra belum bersedia lagi nak balik sana, papa. Tolonglah faham Larra" kata-katanya terhenti sejenak di situ sebelum menarik nafas panjang.

"Erm, dah lewat dah ni. Larra nak masuk tidur dulu. Goodnight, pa" ujarnya sengaja memberi alasan untuk memutuskan talian.

"Wait, Larra! Sebelum tu ada hal yang papa nak beritahu kamu" ujar papanya membuatkan dia tidak jadi hendak memutuskan talian. Telefon itu kembali dilekapkan ke telinganya. "Hal apa?" soal Larra kembali.

"Mama sebenarnya sakit. Kalau Larra sayangkan mama, baliklah rumah. Jumpa dia". Bulat mata Larra mendengar berita itu. Jantungnya berdegup kencang. "Ma...Mama sakit? Sakit apa, papa?" soalnya cemas.

"Kalau kamu masih kisah dan sayangkan mama. Kamu balik. Tengok sendiri keadaan mama. Papa tak nak cakap banyak. Sekarang terserahlah dekat kamu nak balik atau tak" ujar papanya membuatkan dia diamuk rasa serba salah. Fikirannya buntu. Dia tersepit antara keinginannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Aku tak nak balik Malaysia, tapi mama perlukan aku dekat sana.

***

Langkahnya diatur kemas masuk ke balai ketibaan di kawasan lapangan terbang itu. Tersenyum sendiri. Ah Malaysia. Dah lama aku tak tengok suasana macam ni. Rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik namun masih mampu mengekalkan adat dan budaya masing-masing. Berkongsi negara dan hidup secara aman.

Dia memerhati sekeliling. Pak Mat yang sepatutnya menjemputnya masih belum muncul. Lalu dia membuat keputusan untuk berjalan-jalan di ruang sekitarnya dahulu. Tangannya menyentuh seketika rantai emas putih bersama loket yang tertera huruf awal namanya iaitu L dan A. Tersenyum sendiri.

Rantai itu merupakan hadiah dari mamanya. Memakai rantai itu membuatkan dia merasa dekat dengan mama.

Syaheera tergamam seketika sebaik sahaja menangkap susuk tubuh gadis tinggi lampai yang kini sedang berjalan melepasinya. Wajah gadis itu benar-benar mengingatkannya pada seseo5rang. Dia pasti itu adalah gadis sama yang pernah dikenalinya dahulu. Langkahnya pantas diatur mengekori gadis itu yang kelihatannya masih leka. Telefon bimbit dari kocek seluarnya dikeluarkan sebelum beberapa gambar gadis itu diambil secara curi-curi olehnya. Tersenyum gembira dia menatap satu persatu gambar-gambar yang berjaya diambilnya. "Tak hairan kalau kau tak kenal aku. Tapi mana mungkin aku tak kenal kau, Elle". Dia menaip sesuatu sebelum gambar itu pantas disebarkan melalui broadcast message kepada beberapa rakannya yang lain.

*She's back!! Guess who i just met by chance in KLIA. Still remember her?* Selesai menghantar gambar, dia memandang sekeliling. Kini dia sudah kehilangan jejak gadis itu. Tak kisahlah. Yang penting aku dah dapat gambar kau. Telefonnya berbunyi menandakan ada beberapa notification diterimanya.

Ridza Hazim : Is that Elle? The head of Stelesta, right? Perempuan dalam gambar tu nampak macam dia. Gorgeous as always. Tolong kirim salam dekat dia. Hehe

Friday, 18 August 2017

Tahniah Untuk Diri Anda

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang semua. 

Tahniah kepada anda kerana berjaya mengharungi kehidupan sehingga ke hari ini. Selamat berjuang untuk mengharungi pula kehidupan hari esok dan hari-hari yang mendatang. Didoakan agar semuanya selamat sejahtera dalam menjalani setiap saat dalam kehidupan. 

Mari kita bersama-sama mengucapkan tahniah kepada diri kita sendiri.👏👏👏👏

Wednesday, 16 August 2017

Order Customer



Alhamdulillah...

Order dari customer sudah selamat diterima.

1. Armsock dwitone 17cm
2. Handsock dwitone 26cm
3. Handsock plain 38cm
4. Penutup dagu

Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi whatsapp 0175240739.