Tuesday 29 August 2017

Antara Mahligai Ego Dan Cinta 1

Telefon Iphone di atas meja yang masih berdering itu sekadar diperhatinya. "Larra? Don't tell me it's your dad again" tegur satu suara membuatkan dia pantas menoleh ke arah Amanda yang sedang tergelak tidak jauh darinya. Dia mengeluh perlahan sebelum pantas mencapai telefon bimbitnya dan berjalan keluar menuju balkoni. Sudah beberapa kali papanya cuba menghubunginya sepanjang minggu itu.

"Assalamualaikum, papa".

"Waalaikumussalam. Kamu sengaja mengelak dari angkat call papa ya?" kedengaran suara papanya di hujung talian agak keras. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Aduh, bukan sengaja tak nak angkat tapi aku buntu apabila sering disoal soalan yang sama.

Pangkal hidungnya dipicit perlahan cuba memikirkan alasan terbaik. "Sorry, papa. Larra...Larra sibuk sikit" jawabnya. Aku tahu, tujuan papa telefon sebab nak pujuk aku balik semula ke Malaysia. Masih mengharap aku untuk mengambil alih syarikat. Padahal papa sendiri tahu, aku belum bersedia nak balik. Kedengaran satu keluhan berat dilepaskan di hujung talian.

"Busy ke, atau buat-buat busy? Berapa lama lagi kamu nak teruskan hidup macam ni?"

"Papa tahu kan Larra tak sedia lagi nak balik sana" jawabnya lembut. Dia benar-benar berharap papa akan faham situasinya. Aku belum bersedia bertemu sesiapa dari masa silam. Kisah lampaunya masih menjadi igauan buruk baginya.

"Dah 9 tahun dah pun benda tu lepas. Baliklah Larra. Kalau bukan kamu, siapa lagi nak tolong papa uruskan syarikat ni?" pujuk papanya lagi namun sedikitpun tidak berjaya mengubah fikirannya. Hidupnya musnah kerana peristiwa itu.

"Larra belum bersedia lagi nak balik sana, papa. Tolonglah faham Larra" kata-katanya terhenti sejenak di situ sebelum menarik nafas panjang.

"Erm, dah lewat dah ni. Larra nak masuk tidur dulu. Goodnight, pa" ujarnya sengaja memberi alasan untuk memutuskan talian.

"Wait, Larra! Sebelum tu ada hal yang papa nak beritahu kamu" ujar papanya membuatkan dia tidak jadi hendak memutuskan talian. Telefon itu kembali dilekapkan ke telinganya. "Hal apa?" soal Larra kembali.

"Mama sebenarnya sakit. Kalau Larra sayangkan mama, baliklah rumah. Jumpa dia". Bulat mata Larra mendengar berita itu. Jantungnya berdegup kencang. "Ma...Mama sakit? Sakit apa, papa?" soalnya cemas.

"Kalau kamu masih kisah dan sayangkan mama. Kamu balik. Tengok sendiri keadaan mama. Papa tak nak cakap banyak. Sekarang terserahlah dekat kamu nak balik atau tak" ujar papanya membuatkan dia diamuk rasa serba salah. Fikirannya buntu. Dia tersepit antara keinginannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Aku tak nak balik Malaysia, tapi mama perlukan aku dekat sana.

***

Langkahnya diatur kemas masuk ke balai ketibaan di kawasan lapangan terbang itu. Tersenyum sendiri. Ah Malaysia. Dah lama aku tak tengok suasana macam ni. Rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik namun masih mampu mengekalkan adat dan budaya masing-masing. Berkongsi negara dan hidup secara aman.

Dia memerhati sekeliling. Pak Mat yang sepatutnya menjemputnya masih belum muncul. Lalu dia membuat keputusan untuk berjalan-jalan di ruang sekitarnya dahulu. Tangannya menyentuh seketika rantai emas putih bersama loket yang tertera huruf awal namanya iaitu L dan A. Tersenyum sendiri.

Rantai itu merupakan hadiah dari mamanya. Memakai rantai itu membuatkan dia merasa dekat dengan mama.

Syaheera tergamam seketika sebaik sahaja menangkap susuk tubuh gadis tinggi lampai yang kini sedang berjalan melepasinya. Wajah gadis itu benar-benar mengingatkannya pada seseo5rang. Dia pasti itu adalah gadis sama yang pernah dikenalinya dahulu. Langkahnya pantas diatur mengekori gadis itu yang kelihatannya masih leka. Telefon bimbit dari kocek seluarnya dikeluarkan sebelum beberapa gambar gadis itu diambil secara curi-curi olehnya. Tersenyum gembira dia menatap satu persatu gambar-gambar yang berjaya diambilnya. "Tak hairan kalau kau tak kenal aku. Tapi mana mungkin aku tak kenal kau, Elle". Dia menaip sesuatu sebelum gambar itu pantas disebarkan melalui broadcast message kepada beberapa rakannya yang lain.

*She's back!! Guess who i just met by chance in KLIA. Still remember her?* Selesai menghantar gambar, dia memandang sekeliling. Kini dia sudah kehilangan jejak gadis itu. Tak kisahlah. Yang penting aku dah dapat gambar kau. Telefonnya berbunyi menandakan ada beberapa notification diterimanya.

Ridza Hazim : Is that Elle? The head of Stelesta, right? Perempuan dalam gambar tu nampak macam dia. Gorgeous as always. Tolong kirim salam dekat dia. Hehe

Adilah : Biar betul perempuan tu dah balik sini? Hahah! Memang gosip terhangat ni kalau budak-budak lain tahu. Tapi kau, aku nasihatkan jangan diri dekat-dekat dengan dia. She's a devil!

Syazu : Elle? OMG! Tu dia kan?!! Takkanlah aku tak ingat. Dekat 4 tahun hidup aku dekat sekolah macam neraka sebab perempuan ni. Habislah kalau budak sekolah kita nampak gambar ni. Hahaha mesti kecoh!

No comments:

Post a Comment