Selamat tahun baru 2015 diucapkan, walaupun terlewat sedikit saya memulakan tahun baru ini. Bukan saya berniat untuk melupakan blog ini, tetapi saya masih menyesuaikan diri dengan suasana baru, di rumah sewa baru, di tempat baru, kerana baru berpindah. Jadi jadual berubah sedikit setelah selesai mengemas rumah dan mendapat momentum untuk memulakan semula penulisan saya.
Oleh kerana saya menulis di dalam blog, maka saya akan berkongsi berkenaan tips berblog. Walaupun saya juga adalah orang baru di dalam dunia blog ini, saya merasa bertanggungjawab untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi bersama anda.
Bagi anda yang telah memiliki blog sendiri, tetapi bila membuat search di google anda tidak menemui blog tersebut, anda mula terfikir di mana silapnya? Begitulah antara permasalahan yang sering bermain di fikiran mereka yang baru berjinak dengan dunia blog. Kerana blog anda baru diwujudkan, maka hanya anda seorang sahaja yang mengetahui tentangnya. Ia akan tersimpan dan terus kekal begitu sahaja sekiranya anda tidak berusaha untuk memperkenalkannya kepada umum dan seterusnya akan dekenali di seluruh dunia blogger.
Jadi, kepada semua blogger-blogger baru, mari teruskan langkah untuk upgrade blog anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
1. Perkenalkan blog anda pada google
Langkah ini memerlukan anda untuk memasukkan alamat blog anda pada google agar blog anda dapat diindeks pada senarai google. Masuk ke wed Add URL.
Masukkan alamat blog anda pada ruangan URL, taipkan teks catcha yang dipaparkan di bawahnya dan klik butang submit request.
2. Ping blog anda
Ping adalah bertujuan untuk memberitahu search engine seperti google bahawa anda baru sahaja mengupdate blog anda. Ping perlu dibuat setiap kali anda memasukkan artikel baru ke dalam blog. Laman web untuk ping blog contohnya seperti pingomatic, feedshark dan sebagainya.
3. Perkongsian artikel blog
Banyak laman web yang membolehkan anda berkongsi artikel seperti pingbusuk, pingje.org, blogr dan blogged.my. Pingbusuk akan ping entri yang anda buat secara automatik (dengan memasang widget di blog anda), sementara yang lainnya adalah dibuat secara manual. Dengan ini anda akan menerima banyak trafik (pengunjung) dengan berkongsi artikel anda di laman web tersebut. Seterusnya artikel anda akan mula tersenarai dalam carian google.
4. Blogwalking
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan blog anda lebih popular dan menerima trafik yang banyak. Caranya ialah dengan berkunjung ke laman-laman blog dan meninggalkan pesanan atau mesej di chatbox yang ada di blog tersebut. Klik link pengunjung yang ada di chatbox tersebut untuk ke blog yang seterusnya. Pasang juga widget (chatbox) tersebut di blog anda.
Begitulah antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan blog anda lebih popular dan memudahkannya tersenarai di search engine. Anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa hari sahaja. Selamat mencuba....!!!!
No comments:
Post a Comment