Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang penuh barakah ini. Di waktu petang yang damai ini saya tinggal berdua dengan anak kedua saya yang sedang tidur. Anak sulung dah ikut ayahnya keluar, biasa kalau ayah dia nak ke mana-mana mesti tak boleh tinggal. Ambil masa sekejap nak update blog ni.
Kenapa saya letak gambar aiskrim Malaysia ni pulak kan? Terliur tengok tu, dah lama tak makan aiskrim Malaysia ni. Saya ingatkan dah tak ada lagi orang nak makan aiskrim Malaysia. Ye la kat pasaran tu dah ada bermacam-macam jenis aiskrim yang pastinya lebih berwarna-warni dan rasanya pasti lebih enak. Rupanya masih ada orang yang berminat dengan aiskrim Malaysia ni.
Ni la saya nak cerita. Mulanya saya saje sembang-sembang dengan kakak ipar saya, apa nak buat kat rumah sambil isi masa lapang. Kebetulan kakak ipar saya ni baru mula berniaga kuih-muih berhampiran kawasan perumahannya. Dia juga membuat aiskrim Malaysia ni untuk dijual juga. Dari situ dia mencadangkan saya supaya membuat aiskrim Malaysia ni di rumah. Apabila tiba masanya aiskrim akan dihantar kepada orang tengah. Setelah dijual komisen akan diambil oleh beliau.
Pada awalnya saya hanya membuat sedikit sahaja. Tetapi tidak cukup kerana permintaan banyak. Jadi saya menambah lagi bilangan aiskrim yang saya buat. Tidak banyak modal diperlukan untuk membuat aiskrim Malaysia ni. Cuma perlu beli gula, perasa dan pewarna serta plastik aiskrim. Air yang digunakan perlulah menggunakan air yang telah dimasak untuk mendapatkan aiskrim yang gebu. Saya menggunakan beberapa perisa seperti jagung, sarsi dan anggur. Kemudian saya akan menukarkannya kepada perisa yang lain seperti oren, milo dan asam masin. Banyak lagi perisa yang boleh dibuat jika mahu. Aiskrim ni pula dijual dengan harga RM0.30 sebatang. Sekali jual boleh la dapat dalam lebih kurang RM30.00. Kalau aiskrim banyak lebih lagi saya dapat
Mulanya sekadar untuk isi masa lapang, tapi tak sangka boleh menambah sedikit pendapatan. Sekali dah mula saya akan meneruskannya. Sambil tu dapat juga saya menikmati aiskrim ni. tak payah beli aiskrim di kedai. Anak-anak pun suka makan aiskrim ni. Tapi tak boleh selalu, nanti batuk pulak. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah aiskrim ni. Mana la tahu boleh menjana pendapatan pula.
Kalau anda berminat nak dapatkan dari saya boleh sms/whatsapp : 017-5240739 Nor Mahsuri.
No comments:
Post a Comment