Saturday, 9 January 2016

Apa Tujuan Menjalankan Perniagaan?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pasti ramai yang berpendapat bahawa menjalankan perniagaan adalah untuk mencapai segala impian di dalam kehidupan... seperti memiliki kereta mewah, rumah mewah, pergi melancong bersama keluarga, simpanan yang banyak untuk masa depan dan berbagai-bagai lagi KEHENDAK... Kerana itulah mereka bertungkus lumus dan berusaha kuat tidak kira siang dan malam, tanpa mengira hujan atau panas. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai semua impian tersebut.

Anda tidak perlu risau...pasti Allah akan memperkenankan segala usaha kita satu masa nanti... Namun ramai di antara kita mula menjadi LEKA apabila memperolehi NIKMAT... Mereka akan mula memenuhi kehidupan mereka dengan cara yang lebih MEWAH, hanya ingin berkawan dengan orang-orang tertentu atau yang setaraf sahaja. Mula meninggikan diri dan merendah-rendahkan orang lain. Cara berpakaian juga mengikut gaya yang moden. Bahkan semakin lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan tersebut hanya bersifat SEMENTARA...

Oleh sebab itu tidak ramai yang menjadikan tujuan TERTINGGI berniaga adalah mengajak orang lain untuk lebih mengenali Allah SWT dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW... Ini adalah dengan cara menggunakan harta kekayaannya, rumahnya dan segala nikmat yang diperolehi untuk  menyebarkan MATLAMAT TERTINGGI manusia dan seterusnya untuk dijadikan sebagai bekal apabila bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil.

Dengan cara ini sahaja dapat mengajar manusia supaya menjadi TAKUT dan TAAT kepada Allah SWT. Ia juga mengajar manusia supaya menjadi orang yang sentiasa BERSABAR dan sentiasa BERSYUKUR... agar sentiasa berdoa dan bergantung HARAP hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada MANUSIA... Dan meletakkan kepercayaan bahawa segala HASIL yang diperolehi bukan kerana atas USAHA sendiri... tetapi segalanya adalah dengan kekuasaan dan rahmat daripada ALLAH SWT...

Semoga kita semua tidak dilalaikan dan terpesong daripada tujuan yang sebenar...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment