Allah datangkan ujian itu mengikut kemampuan hambanya. Dan Allah berikan sesuatu itu memang ketika hambanya sudah bersedia untuk menerima dan menempuhnya.
Tuesday, 15 August 2017
Sunday, 13 August 2017
Magnet Menarik Rezeki
- Letakkanlah sedikit makanan dan semangkuk air untuk kucing di luar rumah. Jika ada kucing2 yang datang makan, kita telah menyelamatkan kucing tersebut daripada kelaparan.
- Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
- Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
- Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
- Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat, belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain2).
- Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
- Belilah mushaf (al-Quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
- Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka2 yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
- Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
- Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
- Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
- Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah...
Semoga kita dilimpahi rezeki...Aamiin...
Sunday, 6 August 2017
Zikir
Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
Zikir :
Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaahaillallah
Allahuakbar
Istighfar
Selawat
100 kali
Al-Fatihah untuk diri sendiri, pasangan and parents 😘
Zikir :
Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaahaillallah
Allahuakbar
Istighfar
Selawat
100 kali
Al-Fatihah untuk diri sendiri, pasangan and parents 😘
Wednesday, 2 November 2016
Handsock Dwitone 26cm - November 2016
Handsock Dwitone 26cm :
Harga RM7 sepasang
Borong juga diterima. Untuk melihat lebih banyak koleksi atau untuk tempahan bolehlah...
Whatsapp ke : 017-5240739
Email : normahsurimhdnordin@gmail.com
Wednesday, 19 October 2016
Soka Original
Material yang lembut, tebal dan menyerap peluh.
Terdapat dalam dua warna :
- Coklat
- Hitam
Harga : RM7 sepasang
Borong : RM5.50 sepasang
Berminat sms/whatsapp ke 017-5240739
Wednesday, 12 October 2016
Soka Vintage
Soka Vintage :
Stokin dengan tema vintage, dengan motif classic dan menampilkan kesan etnik yang kuat sehingga menambah keanggunan penampilan pemakai. Stokin ini tersedia berbagai warna dan dapat dipadankan dengan pakaian yang anda kenakan.
Bahan : Spandek Nylon
Panjang : 32 - 34 cm
Lebar : 8 - 9 cm
Harga : RM9
Warna available :
❤Purple gelap
❤Purple muda
❤Pink terang
❤Hitam
❤Coklat muda
❤Pink muda
❤Coklat gelap
❤Skin
❤Biru
❤Putih
❤Kelabu gelap
❤Biru gelap
Berminat boleh sms/ whatsapp 017-5240739
E-mail : normahsurimhdnordin@gmail.com
Thursday, 6 October 2016
Ulasan Tentang Kelas Asas Blog - Penulisan Konsisten
Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah
Guru Bimbingan : Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum w.b.t. pengunjung blog BOSB
Hampir 2 tahun rasanya saya sudah tidak menggunakan laptop untuk menaip entri di dalam blog ini. Ini disebabkan broadband yang saya gunakan telah diblock. Salah saya sendiri sebab sudah lama tidak top-up untuk aktifkan semula broadband tersebut. Jadi, terpaksalah saya menggunakan talian internet pada handphone untuk menaip entri pada blog saya. Rasa payah juga menaip teks yang panjang menggunakan handphone. Alhamdulillah, sekarang sudah beli nombor baru untuk digunakan pada broadband. Mudah nak menaip menggunakan laptop semula.
Alhamdulillah kini saya telah dapat menulis sehingga ke entri yang ke 81. Seingat saya, mulanya saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah ni semenjak bulan Julai 2013. Sekarang dah masuk 3 tahun lebih usia Blog Bisnes Online Suri Berkerjaya ni. Walaupun blog ini bukanlah blog yang hebat, tetapi dengan penulisan yang ada kini saya boleh mencapai entri yang ke 81. Terima kasih diucapkan atas tunjuk ajar dan bimbingan dari Puan Anys Idayu Zakaria, guru online saya di Akademi Bekerja Di Rumah ini.
segala tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan oleh Puan Anys Idayu Zakaria membuatkan blog BOSB ini menjadi lebih matang. Mempunyai guru dalam menulis blog, amat berbeza jika kita menulis sendiri. Jika menulis sendiri, kita tidak tahu hala tuju dan menulis berdasarkan keinginan dan naluri sahaja. Dengan berguru blog menjadi lebih terarah berpandukan bimbingan yang disediakan berdasarkan tajuk utama blog. Jadi blog akan lebih bermanfaat untuk dibaca oleh pengunjung. Selepas ini mungkin saya akan membina blog lain yang menumpukan kepada produk-produk saya sahaja.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anys Idayu Zakaria dan guru-guru serta rakan-rakan di ABDR, di atas segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan blog BOSB saya ini. Segala jasa kalian akan sentiasa diingati sepanjang hidup saya. Semoga Allah memberkati semua usaha kalian dalam melahirkan usahawan yang berjaya melalui blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)




