- Letakkanlah sedikit makanan dan semangkuk air untuk kucing di luar rumah. Jika ada kucing2 yang datang makan, kita telah menyelamatkan kucing tersebut daripada kelaparan.
- Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
- Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
- Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
- Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat, belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain2).
- Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
- Belilah mushaf (al-Quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
- Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka2 yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
- Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
- Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
- Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
- Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah...
Semoga kita dilimpahi rezeki...Aamiin...
No comments:
Post a Comment