Wednesday, 6 August 2014

Kesan Penggunaan Telefon Pintar Terhadap Kehidupan Seharian

Pengenalan

Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu dimiliki oleh golongan korporat dan ahli perniagaan yang berjaya, tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh orang biasa dan pelajar-pelajar di Malaysia. Dengan telefon pintar, kita bukan sahaja boleh menghubungi ibu bapa, rakan-rakan dan saudara-mara di samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan harian.

Keutamaan Penggunaan

Kebiasaannya keutamaan penggunaan telefon pintar dilihat pada pengetahuan menggunakannya oleh masyarakat, kekerapan menggunakan telefon pintar dalam urusan seharian serta tahap kepentingan telefon pintar kepada mereka.

Permulaan Penggunaan

Telefon pintar merupakan salah satu gajet telefon yang terkenal di seluruh dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar kerana harganya semakin murah. Terdapat empat jenama atau aplikasi telefon pintar yang terkenal di pasaran iaitu Android, iPhone, Blackberry dan Windows. Setiap jenama utama telefon pintar ini menawarkan aplikasi yang berbeza dalam pelbagai bentuk, jenis dan citarasa serta memiliki keistimewaan yang tersendiri.

Jenama "telefon pintar" ini mempunyai pelbagai jenis fungsi dan kemudahan untuk pengguna yang dicipta di mana keupayaan telefon pintar ini bukan sahaja terletak pada fungsi tradisional iaitu untuk membuat dan menerima panggilan sahaja sebaliknya telah dipelbagaikan sesuai dengan selera dan kehendak pengguna. Antara fungsinya adalah akses kepada maklumat yang pantas ke seluruh dunia, pembaikan atau peningkatan telefon secara automatik, penghantaran data, penerimaan data infrared dari telefon ke telefon, keupayaan input abjad, terbina dalam permainan dan utiliti. Justeru, set telefon yang lebih canggih yang dijangka berfungsi untuk telefon pintar yang sebenar adalah lebih besar daripada daripada telefon mudah alih yang lama yang sudah menjadi kebiasaan kita menggunakannya.

Bagi mengetahui asal-usul telefon pintar moden, kita mesti memahami evolusi bahasa-bahasa yang telah dicipta. Pada permulaannya, satu-satunya bahasa untuk telefon bimbit dikenali sebagai "peranti thehandhled bahasa tambahan (HDML)". Kini peningkatan telah mengubah bahasa ini ke dalam "WML - the Markup Language Wireless". Selain itu, di Jepun, NTT DoCoMo telah menawarkan perkhidmatan yang sangat bejaya dikenali sebagai "i-mode" berdasarkan "bahasa chtml (padat HTML)".

Di sebalik tabir aplikasi telefon pintar utama

Aplikasi dan sistem yang digunakan dalam telefon pintar didominasi oleh empat syarikat teknologi maklumat utama di dunia. Syarikat-syarikat yang memiliki sistem ini ialah Android, iPhone, Blackberry dan Windows.

Android

Android adalah sistem operasi dan fungsi penggunaannya adalah jauh lebih hebat dan canggih. Ia adalah timbunan teknologi yang dibina khusus untuk peranti mudah alih yang termasuk sistem operasi, middleware dan aplikasi utama. Timbunan perisian ini adalah daripada rangka kerja untuk keping khusus perisian seperti mesin maya yang memudahkan pengoptimuman sumber ingatan dan perkakasan untuk teknologi sambungan seperti Bluetooth dan Wi-Fi. Ia sangat membantu dalam memudahkan segala aktiviti dan pekerjaan manusia.

Bermulanya Android adalah dari seorang yang bernama Rubin yang percaya bahawa pengguna telefon bimbit pada hari ini mempunyai keperluan yang berbeza. Beliau membuat platform mudah alih yang membolehkan mana-mana pengaturcara untuk menulis sebarang permohonan bagi platform telefon mudah alih bagi memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit. Pada tahun 2005, beliau telah menemui Google untuk mencari sokongan.

Rubin bukanlah mencari pembiayaan sebaliknya mencari suatu jaminan kelulusan. Beliau telah pun mengetahui bahawa Google mempunyai "coattais lama untuk sebuah syarikat mudah alih. Apabila Rubin pergi mencari kelulusan Google, beliau mendapat tawaran yang tidak mampu untuk menolaknya. Google menawarkan untuk membayar Rubin sekitar AS $50 juta bagi Android dan bersetuju untuk memasukkannya ke dalam projek Android sebagai pengendali projek.

iPhone

Bermulanya iPhone dengan Steve Jobs yang merupakan seorang jurutera di syarikat Apple yang memperkenalkan teknologi sentuhan jari dan komputer berbentuk tablet. Beliau tidak percaya bahawa telefon bimbit akan menjadi antara salah satu daripada alat penting yang digunakan untuk mengakses maklumat secara mudah alih dan mempunyai perisian penyegerakan yang sangat baik. Pada masa itu, dengan memberikan tumpuan terhadap susulan kepada Newton PDA mereka, Steve Jobs mempunyai model Apple yang telah meletakkan tenaga ke dalam ipod dan perisian iTunes.

Pada Januari 2007, Steve Jobs telah mengumumkan iPhone akan dikeluarkan pada akhir tahun itu. Pada 29 Jun 2007, iPhone yang pertama telah dikeluarkan.

Blackberry

Blackberry adalah merupakan telefon pintar yang semakin canggih dan mencipta nama. Keluaran model telefon pintar pertama jenis Blackberry telah dilakukan pada tahun 2003. Blackberry adalah peranti selaras yang menggunakan perkhidmatan talian tanpa wayar iaitu secara pegang tangan telah direka dan dipasarkan oleh Research In Motion Limited (RIM) yang beroperasi sebagai Blackberry. Peranti Blackberry pertama ialah e-mel yang telah dikeluarkan pada tahun 1999.

Telefon Windows

Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows adalah satu dari sistem operasi mudah alih hak milik Microsoft. Ia telah dibangunkan oleh Microsoft yang menjadi pengganti kepada Windows mobile. Berbeza dengan sebelumnya, tujuan utamanya adalah untuk pasaran pengguna dan bukannya untuk pasaran perusahaan. Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows ini telah dilancarkan pada pertama kalinya pada Oktober 2010.

Kebaikan dan keburukan menggunakan telefon pintar

Pada masa kini, telefon pintar telah dianggap sebagai satu gaya hidup semua golongan masyarakat tidak kira samada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Maka tidak dapat dinafikan bahawa gajet pintar ini telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat dalam menguruskan urusan seharian mereka.

Di antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. Misalnya, ia membolehkan individu untuk berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berjauhan untuk bertanya khabar di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka. Selain itu, gajet ini juga merupakan aset penting kepada pemandu kenderaan dengan menggunakan aplikasi seperti GPS  untuk mengetahui arah tujuan ke sesuatu tempat dengan mudah. Begitu juga jika berlaku kerosakan kepada kenderaan, mereka akan lebih mudah untuk mendapatkan bantuan dengan mencari maklumat bengkel membaiki kenderaan berhampiran atau juruteknik untuk membaiki kerosakan pada kenderaan mereka.

Selain itu, telefon pintar juga boleh digunakan untuk melayari internet. Pada masa dan zaman kini, internet adalah amat penting kepada semua orang, tidak kira pekerja kerajaan atau swasta untuk memudahkan tugasan harian, para pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi untuk mencari maklumat dan tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah, malah suri rumah juga menggunakan internet untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, mereka boleh melayari internet di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka inginkan dan maklumat yang diperlukan dapat diperolehi dengan pantas dan tepat.

Di universiti pula, telefon pintar digunakan untuk mengesan kehadiran pelajar ke dewan kuliah. Contohnya di Universiti Tokyo, Jepun, pihak universiti memberi iPhone kepada 550 orang pelajar Fakulti Sosial Informatik yang mengkaji penggunaan internet dan teknologi komputer dalam masyarakat. Alat berkenaan boleh digunakan untuk kajian mereka tetapi ia juga dilengkapi dengan GPS untuk mengesan kedudukan setiap pelajar.

Dan lagi telefon pintar juga boleh digunakan untuk merehatkan minda dengan hiburan seperti mendengar lagu-lagu dan menonton video kegemaran anda yang diperolehi melalui download atau dengan melayari laman sesawang seperti Youtube. Kita juga boleh memiliki pelbagai aplikasi permainan mengikut gaya masa kini, dan semestinya para pelajar yang paling meminati aplikasi ini untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan tekanan selepas menyiapkan kerja sekolah atau tugasan mereka. Telefon pintar ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan, tetapi akan mendatangkan keburukan jika salah menggunakannya.

Di antara keburukan telefon pintar ia menyebabkan peningkatan kadar jenayah di kalangan remaja di bawah umur. Ini kerana keinginan mereka untuk memiliki gajet pintar tersebut tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka, maka mereka mendapatkannya dengan cara yang salah seperti mencuri, malah ada yang sanggup membunuh kerana keinginan mereka dihalang atau tidak dapat ditunaikan. Biasanya keadaan ini berlaku kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, telefon pintar juga akan menyebabkan pelajaran terganggu kerana terlampau leka dengan gajet tersebut. Di samping itu juga ia menyebabkan berlakunya aktiviti yang kurang sihat seperti kelakuan sumbang di kalangan pelajar akibat melayari laman pornografi seterusnya membawa implikasi yang buruk di kalangan masyarakat. Tambahan pula ia akan menyebabkan pembaziran wang disebabkan kos yang tinggi untuk menambah nilai kredit telefon pintar, sedangkan pelajar masih belum mampu memperolehi pendapatan sendiri. Maka ibu bapalah yang terpaksa mengeluarkan wang demi memenuhi keperluan tersebut, di samping ia juga menambahkan kos sara hidup mereka. Jika ibu bapa yang berpendapatan tinggi, mungkin ia tidak menjadi suatu masalah. Tetapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan, ia akan menambahkan lagi beban mereka. Namun, ia perlu dipenuhi demi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat. Sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah dan mendatangkan manfaat seperti membeli buku rujukan atau untuk membayar yuran kelas tuisyen.

Dan lagi, dengan menggunakan aplikasi hiburan yang terdapat dalam telefon pintar tersebut boleh membuatkan pelajar menjadi taksub dan mendatangkan impak negatif. Ini dapat dilihat apabila mereka sering mengabaikan pelajaran dan keputusan semakin merosot akibat terlalu fokus pada alat teknologi tersebut. Contohnya banyak laman sosial yang mereka layari seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya yang menyebabkan mereka leka daripada mengingiti tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Hasil daripada pemerhatian

Daripada tinjauan yang dilakukan, maklumat yang diperolehi mendapati boleh dikatakan majoriti pelajar telah memiliki telefon pintar mereka sendiri, tidak kira pelajar sekolah rendah, menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar yang digunakan untuk tujuan pembelajaran atau untuk kemudahan berhubung. Jenama yang digunakan oleh mereka antaranya ialah Motorola, Apple, Samsung, Sony dan lain-lain lagi.

9 Soalan?

Ia adalah berkaitan penggunaan telefon pintar dan dijelaskan dalam pernyataan-pernyataan seperti berikut :

1. Setiap orang memiliki telefon pintar mereka sendiri.
2. Mereka tahu cara yang betul untuk menggunakan telefon pintar.
3. Telefon pintar menjadi keperluan asas kepada mereka.
4. Mereka sentiasa menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian.
5. Telefon pintar membantu mereka menyelesaikan tugasan harian.
6. Telefon pintar sentiasa ada di tangan walau di mana mereka berada.
7. Kebanyakkan mereka bersetuju telefon pintar boleh mendatangkan keburukan.
8. Ramai yang bersetuju telefon pintar membawa kepada perubahan sosial.
9. Mereka tidak pasti bagaimana kehidupan ini jika tanpa telefon pintar.

Kesimpulannya

Daripada semua tinjauan yang dilakukan menunjukkan telefon pintar memberikan pengaruh yang besar di dalam kehidupan semua masyarakat pada masa kini sama ada positif atau negatif. Dalam kalangan pelajar ia dapat memudahkan mereka mencari maklumat berkenaan pembelajaran jika dimanfaatkan dengan sepenuhnya teknologi ini. Manakala bagi golongan dewasa dan yang sudah bekerja ia memudahkan mereka untuk melakukan tugasan harian.

Penggunaan telefon pintar hendaklah dilihat dari sudut yang positif supaya kita mendapat lebih banyak manfaat dan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Kemudahan yang diwujudkan ini hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan jadikan ia sebagai instrumen untuk menjulang kejayaan, dan tidak mensia-siakannya begitu sahaja.

Oleh itu, bagi sesiapa yang memiliki telefon pintar atau gajet pintar yang lain, marilah sama-sama kita manfaatkannya dengan melayari laman web ini : http://www.akademibekerjadirumah.blogspot.com/. Dengan ini kita akan mendapat ilmu yang berguna, juga dapat menjana pendapatan sampingan. Sesiapa yang serius boleh juga menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa. Jangan membuang masa untuk mendapatkan sesuatu yang berguna. Saya yakin anda pasti tidak akan menyesal.













No comments:

Post a Comment