Sunday, 12 October 2014

Bertemu Kembali (Setelah Lama Menyepi)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada para pembaca dan pengunjung yang dihormati sekalian.

Bertemu di hujung minggu ini, sambil bersantai bersama keluarga bagi yang sedang bercuti, manakala bagi yang bekerja diucapkan selamat menjalankan tugas. Bukan niat saya untuk meninggalkan blog ini, apalagi melupakannya. Hati saya berasa ingin sekali untuk sentiasa berada di sini untuk mencurahkan dan melestarikan sepatah dua kata untuk tatapan pembaca sekalian. Apakan daya niat itu terhalang disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Maklum saja kita ini manusia biasa, banyak kelemahannya. Baru kini saya berkesempatan untuk menaip. Antara penyebab kesukaran saya adalah kehabisan kredit untuk internet. Apabila kredit sudah habis maka, untuk topup kembali mengambil masa yang lama. Apalagi saya ni hanya seorang suri rumah yang hanya mengharap wang belanja dari suami. Jika nak minta topup tunggu berhari-hari baru dapat. Tapi saya tidak jadikan itu sebagai penghalang untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan ini. Apabila saya telah mendapat kesempatan ini, saya akan gunakan sepenuhnya. Maklum saja bila dah habis kredit nanti entah bila pula saya akan menulis kembali.

Jika saya tidak menghadap laptop ini, seperti biasa saya akan melakukan tugas-tugas harian sebagai suri rumah, mengemas rumah, memasak, melayan anak-anak. Tetapi mata masih menjeling-jeling laptop ni, bila la boleh nak aktif semula. Ye la, kalau tak ada internet rasanya tak ada apa-apa yang nak dibuat dengan laptop ni kan? Time dah selesai semua kerja rumah, anak-anak pun dah tidur, inilah masanya yang sesuai untuk mengadap laptop. Tenang sikit rasanya. 

Saya merasa gembira apabila melihat kini telah ramai yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi akademi dan juga berjaya memajukan diri sendiri. Jika dibandingkan dengan yang lain-lain, juga pelajar-pelajar yang baru menyertai, saya dikira telah banyak ketinggalan. Walaupun saya telah lama menyertai akademi ini, tetapi saya masih lagi merangkak untuk menyelesaikan tugasan. Mungkin rezeki masing-masing telah ditentukan. Tetapi saya tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha bagi menjayakan blog ini.

Ok la, walaupun saya dapat menjenguk sekejap, saya tetap berharap akan menjadi seperti individu yang telah berjaya. Doakan saya sentiasa istiqamah dalam apa yang saya lakukan ini. Saya bermohon diri dahulu kerana anak saya sudah memanggil (menangis). Wassalam.

No comments:

Post a Comment