Monday, 27 July 2015

Memulakan Bisnes Melalui Dropship

Pengenalan Dropship.

Ia adalah sejenis kaedah yang digunakan dalam perniagaan dengan melibatkan penjualan produk atau servis oleh pengedar, dan perlu dibayar kepada pembekal produk atau servis yang terlibat dalam perniagaan berkenaan. Pengedar akan memperolehi keuntungan yang besar dan tidak perlu menyimpan stok atau mengeluarkan modal. Melalui dropship seseorang peniaga boleh terus menjalankan perniagaannya walaupun tidak memiliki produk atau servis yang dihasilkan sendiri oleh mereka.

Fungsi Dropship yang perlu anda tahu.

Fungsinya amat mudah seperti berikut :
1. Terdapat pelbagai katalog Dropshippers daripada laman web yang boleh anda pilih bagi yang ingin menjadi  agen Dropship.
2. Kemudian senaraikan produk atau servis yang telah anda pilih sama ada di Facebook, laman web atau di tempat lain berdasarkan foto dan keterangan produk.
3. Apabila terdapat pelanggan yang membuat tempahan kepada anda, maka anda perlu membuat tempahan daripada dropshippers tersebut. Kemudian penghantaran akan dibuat oleh Dropshippers terus kepada pelanggan anda. Dengan itu pelanggan akan berfikir bahawa barang tersebut dikirim oleh anda.
4. Anda akan mendapat keuntungan dengan mudah daripada komisyen yang diberikan.

Langkah demi langkah dropship :

1. Agen dropship akan menjual barangan dari pemborong.
2. Pembeli bersetuju untuk membeli produk tersebut.
3. Pembeli membayar harga + caj penghantaran yang dikenakan terus kepada agen dropship.
4. Agen dropship membayar harga + caj penghantaran yang telah ditetapkan kepada pemborong.
5. Pemborong akan menghantar terus barang yang telah dibayar kepada pembeli atas maklumat agen dropship.

Dengan cara ini anda akan mendapat keuntungan tanpa perlu membeli barang atau menyimpan stok, malah anda tidak perlu melihat produk-produk berkenaan. Semuanya akan dilakukan oleh dropshipper.

Anda akan beroleh keuntungan lebih dengan menggunakan dropshipping bergantung kepada banyaknya waktu yang anda gunakan. Terpulang kepada anda, jika mahu lebih perlu berusaha lebih banyak.

Contohnya jika anda hanya ada beberapa jam dalam sehari atau pun seminggu, maka peruntukkanlah waktu tersebut untuk melakukan dropshipping ini, kerana ia masih lagi akan memenuhi keperluan kewangan anda, tanpa memerlukan masa yang panjang.

Seterusnya anda akan dapat membina perniagaan anda sendiri menurut kemahuan anda. Setelah anda berasa lebih yakin dan selesa, mungkin satu hari nanti anda akan dapat menambah produk yang lain untuk perniagaan anda.

Tarikan utama dropship adalah anda tidak perlu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan atau menyimpan stok barangan. Apa yang perlu anda lakukan adalah membayar kepada dropshipper pesanan pelanggan setelah pelanggan membayar kepada anda. Seterusnya dropshipper akan menguruskan segala-galanya seperti pembungkusan dan penghantaran terus kepada pelanggan sehingga segalanya selesai.



No comments:

Post a Comment