Salam hari Jumaat yang penuh barakah. Penghulu segala hari. Saya pasti ramai blogger di luar sana yang lebih mahir menulis daripada saya. Dan saya yakin pasti anda berpuas hati dengan apa yang telah anda tuliskan atau luahkan. Walaupun ilmu saya masih kurang dalam dunia penulisan ini, saya tetap akan terus menulis dan menulis untuk melatih kemahiran diri.
Oleh itu saya ingin kongsikan tips untuk menulis di blog, yang mana saya juga sedaya upaya untuk mengikutinya. Tips agar idea untuk menulis mengalir dengan lancar :
- Jadikanlah kebiasaan untuk anda menulis pada setiap hari
- Tulislah apa sahaja yang terlintas di fikiran anda, walaupun pendek.
- Berkongsi pelbagai tips yang mudah tentang kepakaran kita atau yang berkaitan dengan tajuk blog kita.
- Pasti lama-kelamaan blog kita akan dipenuhi dengan informasi, jadi tanpa kita sedari kita sedang membina kepakaran diri. Apabila ada orang bertanya tentang Norazizah Sudin, pasti pembaca terus teringat tentang blog beliau "Tips Urusniaga Online". Apabila ada pembaca yang mencari tentang tips butik online, teringat pula akan blog "Sarimah Deeply Adzrina".
Apabila teringat Masayu Ahmad, sudah tentu anda akan teringat "Panduan Bekerja Dari Rumah". Marilah kita bina dan bina penjenamaan diri kita bermula dari sekarang.
Semoga bermanfaat. Wassalam.
Sumber : Ebook Asas Blog
No comments:
Post a Comment