Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada para pengunjung sekalian.
Hari ini saya nak kongsikan sedikit cara-cara untuk memulakan bisnes butik samada online atau offline. Saya pasti ramai yang telah tahu bagaimana untuk membuka sebuah butik online/ offline kerana kini telah banyak butik baru yang muncul bagaikan cendawan tumbuh. Dan saya pasti pengetahuan mereka amat luas melalui ilmu yang diperolehi semasa pengajian di institusi pengajian tinggi ataupun pengalaman yang mereka perolehi semasa bekerja di butik ataupun kedai-kedai menjahit pakaian. Semuanya mempunyai keunikan dan idea yang tersendiri dalam memperkenalkan rekaan pakaian dan butik mereka.
Namun demikian, saya masih ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi untuk mereka di luar sana yang masih mencari-cari maklumat berkenaan bisnes butik dan ingin memulakannya tetapi tidak tahu caranya. Oleh itu marilah ikut bersama saya untuk meneroka dunia bisnes butik.
Cara-cara memulakan bisnes butik dari awal hingga akhir :
1. Pertama sekali anda mesti mempunyai pengalaman dalam dunia butik. Caranya dengan bekerja sebagai jurujual ataupun penyelia di butik.
2. Belajar menjahit pakaian sekiranya anda berminat dalam dunia jahitan tidak kira belajar sendiri ataupun dengan mengikuti kursus-kursus jahitan.
3. Kalau anda tidak minat menjahit, anda boleh menjual secara terus produk atau perkhidmatan yang terdapat di pasaran, dengan mengkaji terlebih dahulu apa produk yang sedang popular atau terkini.
4. Penyelidikan perlu dijalankan terlebih dahulu mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak dijual dan mencari pelanggan sasarannya.
5. Mestilah ada modal terlebih dahulu, kalau tak macam mana nak jual produk kan. Modal boleh anda perolehi dengan bekerja secara sambilan, ataupun duit simpanan sewaktu anda bekerja. Anda boleh juga membuat pinjaman dalam jumlah yang kecil. Mestilah buat pinjaman di institusi kewangan yang sah sahaja, jangan pula pinjam dengan Along!!!
6. Penting juga untuk anda membuat pelan perancangan terlebih dahulu untuk bisnes anda.
7. Kemudian anda boleh mendaftarkan bisnes anda apabila telah yakin untuk membukanya secara rasmi.
8. Cari pembekal yang berkaitan dengan produk supaya mudah anda memperolehi produk yang dikehendaki.
9. Jika hendak membuka kedai untuk butik pastikan anda mencari lokasi yang strategik dan sesuai dengan bajet yang anda miliki.
10. Anda juga perlu membuka laman web yang rasmi untuk butik anda supaya ada alternatif yang lain selain butik fizikal.
11. Anda boleh mulakan bisnes anda secara online terlebih dahulu sebelum anda membuka kedai fizikal. Apabila kedai fizikal telah wujud, anda boleh juga menjalankan kedua-duanya sekali, iaitu online dan offline.
12. Sekiranya anda telah benar-benar yakin dan segalanya telah berjalan dengan sempurna, anda boleh meneruskan bisnes butik anda dan memajukannya.
13. Anda juga boleh mempromosikan produk anda dengan cara membuat jualan di lokasi-lokasi terpilih seperti di pasaraya-pasaraya terkenal untuk mencari sasaran pelanggan dan menyesuaikan fokus produk pilihan anda.
14. Selain itu, anda perlu menghadiri mana-mana kursus keusahawanan atau yang berkaitan dengan dunia butik atau jahitan untuk menambahkan pengetahuan secara berterusan, tidak kira samada anda masih belum membuka butik atau telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya.
15. Jalinkanlah rangkaian bisnes bersama usahawan butik yang lain, pembekal tekstil, pereka fesyen dan juga pelanggan sasaran anda untuk mengembangkan lagi bisnes butik anda.
16. Pastikan anda sentiasa mencari maklumat yang terkini berkenaan dunia fesyen, fabrik atau tekstil dan yang seumpama dengannya yang berkaitan dengan dunia butik.
17. Sentiasa membuat perancangan dan mempromosikan produk anda sepanjang tahun terutamanya menjelang waktu perayaan tertentu.
18. Hendaklah kreatif dengan mencari idea yang segar untuk menarik pelanggan dan memastikan ikatan dengan pelanggan setia sentiasa terjalin erat melalui promosi-promosi yang anda berikan sepanjang tahun.
19. Tingkatkan ilmu dalam dunia keusahawanan dan ilmu khidmat pelanggan supaya pelanggan lebih yakin dengan anda.
20. Pastikan produk keluaran anda adalah original daripada rekaan anda sendiri dan tidak meniru atau menciplak idea orang lain, kerana menciplak adalah sama dengan mencuri. Kepercayaan adalah penting.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Semoga ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda menjayakan bisnes butik impian anda. Semoga berjaya!!!...
No comments:
Post a Comment