Hari ke 28 Ramadhan, diharap kita meneruskan amal ibadah dan merebut segala kebaikannya di hujung-hujung bulan ini. Tentunya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk Syawal yang bakal tiba 2 hari saja lagi. Ketika ini sudah tentu ramai yang sudah pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga masing-masing, dan membantu untuk membuat persiapan terakhir menjelang syawal. Dalam kegembiraan menyambut syawal nanti jangan dilupa kepada mereka yang tidak berdaya dan tidak berkemampuan. Hulurkan sedekah bagi mereka yang memerlukan. Ingatlah saudara seagama kita yang sedang mengalami penderitaan di Gaza yang sedang menghadapi serangan Israel laknatullah. Ingatlah bahawa kita perlu bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang melimpah ruah di samping keamanan dan kedamaian yang kita miliki sekarang. Berdoalah semoga keamanan ini sentiasa berpanjangan dan terhindar daripada sebarang kekacauan dan peperangan, serta bencana.
Tinggal 2 hari kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa masih belum cukup amal di bulan Ramadhan, tetapi ia sudah hampir meninggalkan kita. Semoga dapat bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan. Sayunya rasa di hati, mudah-mudahan bertemu lagi wahai Ramadhan.
Hari ni pagi-pagi lagi suami dah bersiap untuk bersahur. Kemudian dia menyiapkan barang-barang perniagaan untuk dibawa. Selepas solat Subuh dia terus bertolak ke tempat kerja untuk menyusun barang-barang. Jika lewat takut tidak sempat kerana hari ni pasti pelanggan datang awal ke market. Biasanya dekat-dekat raya ni ramai yang membeli keperluan dapur untuk masak-masak. Kalau lambat takut habis, maklum la pembekal pun semua dah start bercuti untuk balik kampung. Suami saya pun mengambil barang-barang lebih awal untuk stok 2 hari lagi. Kalau tak tempah awal-awal takut takde barang. Permintaan banyak pada musim perayaan ni. kalau hari biasa ambil setakat cukup-cukup sahaja. Tetapi untuk hari raya ni, terpaksa ambil 2 ke 3 kali ganda barang. Alhamdulillah rezeki masuk. Seperti tahun-tahun yang lepas kebanyakkan barang habis dijual. Jadi tak perlu simpan lebihan stok. Maklum la lepas tu nak kena tinggal bercuti raya pulak. Biasanya hari pertama sampai ketiga hari raya tak ramai yang nak beli barang di market, kalau ada pun orang bukan melayu yang tak sambut raya.
Tahun ni suami bercuti selama seminggu. Ye la nak balik beraya di kampung. Kali ni beraya di kampung suami dahulu, lepas tu raya ketiga baru kampung saya. Sunyi kampung saya tahun ni, ye la adik-adik yang dah berumahtangga semuanya beraya di rumah mertua. Tinggal adik-adik yang masih bersekolah temankan mak dan ayah beraya di kampung tu. Sabar ye mak, ayah, tunggu kepulangan anakmu ini. Jika sebelum ini kami beraya bertiga, tahun ini berempat pula. Perkenalkan ahli baru kami, 'Ainul Mardhiyyah puteri kami. Nanti kami jumpa datuk dan nenek ye.
Sebelum mengundur diri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri saya. Juga tidak lupa kepada Pn. Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), Pn. Anys Idayu Zakaria, Guru Online ABDR, dan semua rakan-rakan yang sama-sama berada di akademi. Salam Aidilfitri diucapkan. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.
Minal 'Aidil Wal Faizin....
No comments:
Post a Comment