Friday 18 July 2014

Kelas Asas Blog Fan Page (Mula Bisnes)

Salam seindah Ramadhan....

Di Hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat rakyat palestin di Gaza, semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi serangan dari Israel laknatullah yang sungguh kejam. Juga doakan untuk ahli keluarga mangsa tragedi Kapal Terbang MH17 milik syarikat penerbangan MAS, supaya mereka juga diberi ketabahan menerima kehilangan keluarga yang terlibat dalam nahas kapal terbang yang terhempas ditembak peluru berpandu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ketika melalui ruang udara Ukraine. 

Untuk hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang telah saya pelajari di dalam Kelas Asas Blog dan Fan Page (Mula Bisnes). Apa yang saya belajar dalam kelas ini? Di bawah ini saya tunjukkan....
  1. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online. 
  2. Mereka yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara.
  3. Mahu bermula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang pengiklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di Akademi Bekerja Di Rumah.
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian ditingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya. (Ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
  5. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  6. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
  7. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/ minat/ pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
  8. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Untuk maklumat lanjut layari lamn web berikut : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment