Thursday, 3 July 2014

Starting.... Pengenalan....

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua, nama saya seperti di dalam ic ialah NOR MAHSURI BINTI MHD NORDIN. Boleh juga panggil saya Mahsuri, Suri atau yang paling mudah Su. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn. Masayu Ahmad kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Juga kepada Pn. Anys Idayu Zakaria selaku guru online ABDR dan pembimbing saya, maka saya dapat memulakan entri ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan group yang telah lama menyertai ABDR, salam perkenalan diucapkan.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka dari Darjah 1 hingga Darjah 6, iaitu pada tahun 1990-1995. Pada peringkat menengah pula saya belajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam, iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, dari tahun 1996-1998. Selepas PMR saya ditawarkan kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Lil Banat, Bukit Naga, Klang, dari Tingkatan 4 hingga 5, pada tahun 1999-2000. Selepas SPM saya menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 Bawah untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Klang pada tahun 2001. Kemudian mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2002. Pada tahun 2003 saya mengikuti kursus di Pusat Latihan Kemahiran dan Pengurusan Wawasan, Kuantan, Pahang dalam bidang Perkeranian dan Kesetiausahaan. Saya mengikuti pengajian di UiTM (Universitti Teknologi MARA), Shah Alam pada tahun 2008-2010, iaitu Diploma Pengurusan Pejabat sambil bekerja (Part Time Study).

Pengalaman kerjaya saya pula, saya mula mengenal alam pekerjaan selepas SPM. Sementara menunggu keputusan keluar saya bekerja di Kilang Desa Hijau, Bagan Nakhoda Omar sebagai Operator Pengeluaran. Pada tahun 2002 pula saya bekerja sementara menunggu keputusan STAM, saya bekerja sebagai guru tidak terlatih di Sekolah Rendah Agama KAFA Al-Islah, Parit Baru Baroh. Pada tahun 2003 juga saya menjadi guru tidak terlatih di Sekolah Rendah Agama KAFA Teluk Rhu sementara menunggu keputusan STPM. Pada tahun 2004 saya menjalani praktikal di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kuala Lumpur sebelum saya ditawarkan untuk bekerja di situ. Setelah 2 tahun bekerja saya mendapat jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pembangunan Modul, YADIM pada tahun 2007. Kemudian saya bertukar ke Unit Liaison, Jabatan Yang Dipertua YADIM sebagai Pembantu Tadbir/Setiausaha kepada Pengurus Besar pada tahun 2009. Pada tahun 2010 saya bertukar ke Pejabat YADIM Cawangan Perak (Ipoh) sebagai Pembantu Tadbir Operasi sehingga tahun 2013.

Mengenai pengalaman bisnes, saya pernah membuat jualan langsung yang dibuat sendiri. Pada mulanya sekadar suka-suka di samping untuk mencari pendapatan tambahan. Saya pernah menjual kain pasang yang dibeli secara borong dan dibuat kecil-kecilan sahaja. Pelanggan adalah di kalangan rakan-rakan dan kenalan di pejabat. Biasanya saya buat bisnes ni bila hampir musim perayaan terutamanya bila hendak menyambut Hari Raya. Sudah lama saya tidak melakukannya, ye la sebab dah berpindah, jadi sukar untuk mendapatkan bekalan. Buat masa ini saya hanya menjadi pengedar untuk produk Coklat Minda Hijrah. Untuk maklumat lanjut sila layari facebook.com/CoklatMinda atau hubungi saya di no. 017-5240739 jika berminat untuk membeli produk Coklat Minda.

Saya juga mempunyai sedikit kemahiran menjahit. Biasanya saya menjahit sendiri baju raya. Kalau nak lebih meriah saya tambah dengan jahitan manik. Design saya reka sendiri, boleh la kalau nak dipakai. Tak la cantik sangat, itu pun saya belajar dari internet cara-cara untuk menjahit manik. Saya juga minat membuat biskut dan kek. Dah nak dekat raya ni, kalau boleh nak buat biskut sendiri, maklum la nak jimat. Kalau buat sendiri boleh dapat 2 ke 3 jenis biskut sekali buat, malah bahan yang lebih boleh buat biskut yang lain pula. Rasa pun kita boleh tambah ikut citarasa sendiri. Kalau kita beli, 2 3 jenis dah berapa RM yang keluar. Kalau sedap tak pe la, kalau tak membazir je beli kan.

Pada waktu lapang untuk meredakan keletihan dan kadang-kadang stress saya suka membaca. Bahan bacaan yang biasa saya belek adalah majalah, terutamanya Mingguan Wanita. Saya suka dengan isi kandungannya yang padat, sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Yang paling saya suka adalah ruangan fesyen, kerana terdapat berbagai fesyen muslimah terkini yang disiarkan. Jadi saya dapat mengikuti perkembangan fesyen semasa. Ruangan lain saya suka resepi-resepi masakan dan juga motivasi. Selain itu banyak juga produk kesihatan dan kecantikan boleh didapati di dalamnya. Selain dapat menenangkan jiwa, dapat juga ilmu pengetahuan dengan membaca ni.

Setelah berceloteh panjang di sini, tidak lupa saya ingin mengingatkan diri saya bahawa matlamat utama saya menyertai ABDR adalah untuk mendalami ilmu berkaitan blog dan fanpage, serta seterusnya mempelajari dunia perniagaan secara online/offline. Seterusnya saya dapat mengaplilaksikannya dalam kehidupan harian saya dan juga dapat membantu orang lain juga dengan ilmu yang ada. Insyaallah, doakan semoga segala impin saya ini tercapai. Sekian dahulu untuk kali ini, semoga berjumpa di lain kali.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment