Assalamualaikum w.b.t......
Bertemu lagi di hari Rabu yang penuh barakah, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sambil menunggu anak-anak bangun dari tidur update blog sekejap. Maklum la diorang mengantuk sebab bangun awal pagi tadi, nak ikut sama bersahur. Padahal bukannya diorang boleh berpuasa pun. Umur sorang 2 tahun, sorang lagi 2 bulan. Hehehe....rajin betul nak bangun pagi-pagi tu....Tak kisah la, asalkan diorang gembira, saya pun gembira sebab dapat tengok diorang membesar depan mata.
Ok....hari ni ceq nak cerita sikit pasal Kelas Asas Blog dan Penulisan. Bila kita dah ada blog mestilah kita kena menulis. Betul tak? Kalau tak menulis tak bermakna la wujudnya blog tu kan. Anda nak tahu apa yang kita belajar dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ni? Meh...ceq nak habaq naa....aiii cakap loghat utara lak...hehe...
Kat bawah ni adalah apa yang kita akan belajar dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan ni ye.... :
- Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
- Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/ bakal pelanggan.
- Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
- Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
- Bergabung dengan lebih ramai blogger - lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
- Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika anda berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Boleh pm inbox atau mesej saya 017-5240739 sekiranya berminat. Anda akan dibimbing oleh guru-guru online yang terdapat di akademi.
Sumber : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment