Hari ni adalah hari ke 17 di dalam bulan Ramadhan, dan juga hari Nuzul Al-Quran. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini.
Walaupun kita sedang berpuasa tidak ada alasan untuk tidak melakukan kerja-kerja yang lain. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, bukan bulan untuk berehat dan bermalas-malas di rumah.
Begitu juga dengan saya, walaupun saya adalah suri rumah sepenuh masa, tidak bermakna tugas saya hanya mengurus hal rumahtangga, tetapi ada tugas dan tanggungjawab lain yang harus saya tunaikan. Contohnya seperti sekarang, saya adalah pelajar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), jadi saya perlu menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sentiasa mengulangkaji serta mengamalkan apa yang telah saya pelajari di kelas. Dengan itu akan berpanjangan ilmu yang saya perolehi dan semoga ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru online dapat memberi manfaat juga kepada semua yang mempelajarinya. Masih banyak lagi ilmu yang masih belum digali, saya masih lagi berada di permukaan, perlu menggali lebih dalam untuk sampai ke dasarnya.
Di dalam Kelas Asas Blog Fanpage, saya tela mempelajari cara-cara untuk membina blog dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasukkan aplikasi yang lain seperti link ke blog yang lain dan juga label. Setelah menyertai kelas ini barulah saya nampak dengan lebih jelas setelah diterangkan langkah demi langkah pembinaan blog. Sekarang saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran.
Jika anda berminat untuk memiliki blog sendiri tidak kira untuk perniagaan atau untuk peribadi, boleh sertai kami dan mendaftar di sini sekarang. Layari laman web guru online http://anysidayu.blogspot.com/.
Semoga bermanfaat....wassalam.
No comments:
Post a Comment